Friday, September 17, 2010

Saya dah Malas ke

raya ke-2 open house di rumah pelajar baru


raya pertama- di rumah saya selepas solat raya

Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Sebelum terlewat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog saya ini. Kullu am wa antum bikhair........

Hampir sebulan lebih saya menyepi. Ramadhan yang lalu saya begitu tegar menghafaz kembali surah Yunus kerana ingin mentertai pertandingan hafazan yang diadakan di sini. Ayat menghafaz kembali itu agak perit. Bila saya dapat tahu tentang pertandingan tersebut, saya katakan kepada suami yang saya nak masuk. Moga -moga ia menjadi batu loncatan kepada saya untuk menjaga hafazan saya. Saya nekad nak jaga hafazan kali ini betul-betul. Tak nak biarkan ia lupa.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya memenangi pertandingan itu. Pertandingan tersebut diadakan pada malam 27 Ramadhan, hampir ke pukul 12 malam selepas solat sunat tarawikh. Tubuh saya sudah terlalu letih dan penat. Saya hanya bertawakkal kepadaNya.

MALAM 27, PESTA IBADAH

Saya begitu kagum dengan masyarakat Muslim disini yang begitu mengimarahkan masjid pada malam 27 Ramadhan yang lalu. Mereka sanggup berjaga sampai ke subuh dengan harapan moga-moga ianya malam Lailatul-qadar. Sehinggakan solat sunat tarawikh mencecah hingga 4 saff lebih di pihak perempuan. Tetapi saya sedikit terkilan bila ianya hanya dilakukan pada malam 27. Tidak pada malam-malam yang lain. Seolah-olah ia sudah menjadi satu tradisi dan adat bahawa malam 27 adalah malam lailatul-qadar. Sedangkan tiada hadith yang sahih mengatakan malam 27 adalah malam lailatul-qadar.

Alhamdulillah Ramadhan yang lepas lebih dihayati maknanya. Mungkin kerana dengan tiadanya bazar Ramadhan, moreh, iklan-iklan raya di kaca televisyen, konsep Ramadhan itu lebih mudah dihayati dan difahami. Terasa kepiluan dan kesyahduan di malam terakhir solat sunat tarawikh yang lalu. Air mata saya mengalir tanpa dipinta. Moga-moga ia bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.

Saya juga begitu kagum dengan 'kemasyian' imam Tarawikh pada tahun ini yang menyebabkan saya sangat terharu dan malu pada diri sendiri. Atau dengan kata sangat lancar. Istilah 'masyi' begitu popular digunakan di darul Quran dahulu. Dia merupakan seorang pelajar Master jurusan Engineering di sini yang juga merupakan seorang hafiz. Berasal dari Libya dan bacaannya merupakan riwayat Qalun.

Sedikit tentang dirinya yang saya dapatkan dari zauji. Mula menghafaz Al-Quran seawal 6 tahun. Kali kedua mengahafaz ketika berumur 20-an dan baru sahaja menghatamkannnya. Sejak dari kecil dibesarkan dengan suasana masjid. Sehinnga sekarang rumahnya terletak di belakang masjid. Saya sangat teruja mendengarnya. Moga-moga boleh diaplikasikan dengan anak-anak.

EIDUL FITRI 1431H

Alhamdulillah kedatangan lebaran ini sangat bermakna. Doa saya yang tak pernah putus-putus dimakbulkan. Saya mengandung lagi.

Kali kedua menyambut lebaran dirantauan. Persiapan hanya ala kadar. Terima kasih kepada keluarga di Malaysia yang mengirim kuih raya dan baju raya untuk Kauthar. Tak sempat nak amik gambar sebab Kauthar da rosakkan kamera. huhu.

Boleh tahan juga ujian mengandung kali ini. Tetapi sempat saya mengusik suami. Dalam saya x larat pun, dapat juga saya sediakan rendang 4 ekor ayam, kuah kacang kegemaran zauji dan ditambah raya kedua memasak lontong untuk open house dirumah student-student baru..

Yang terakhir, tahniah buat sahabat saya Nurul Akimi dan suami Dr Fahmi atas walimah mereka pada2 syawal yang lalu. Kimi, akhirnya dapat juga suami yang bertitle Dr sebagaimana didoakan maminya. In advance buat sahabat saya juga, Dr Hamdan dan Pasangan insya allah pada 9 syawal. Wish awal sebab x tau lagi bila berkesempatan untuk menulis.


Friday, August 13, 2010

Rindu Bertamu



Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..


Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..



Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..


Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..


Ramadhan...



www.iluvislam.com
Oleh: harum_mawar
Editor: Erma Farida



p/s: Ramadhan Mubarak dari kami sekeluarga. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Ramadhan kedua kami di perantauan. Alhamdulillah, tanpa kami sedari, keberkatan Ramadhan lebih di hayati di sini lebih-lebih lagi tanpa Bazar Ramadhan.

Thursday, August 5, 2010

Women, Infants, Children (WIC)


Bismillah hir rahmaa nir rahiim....

2 hari ni sibuk menguruskan WIC. WIC is stand for Women, Infants, Children. Ini merupakan satu program di USA ini untuk mengurangkan kadar kelaparan dan menolong orang2 yang kurang berkemampuan. Lebih kurang macam program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dekat Malaysia.

Tapi program ni berbeza ikut State. Macam dekat Arizona ni dia akan bagi check. Pada check tu ada list barang2 yang boleh dibeli. Contohnya macam susu, bijirin, telur, sayur & buah, roti, etc. Kemudian kita boleh pergi ke kedai dan beli barang2 yg ada pada cek tu. Tapi dia dah hadkan hanya kepada beberapa buah kedai je. Tak kira la berapa harga brg tu kita boleh ambil selagi barang tu termasuk dalam WIC approved.

Setiap orang mungkin akan dapat berlainan cek bergantung kepada keperluan dan syarat2 yang ditetapkan. Antara syarat2nya untuk menjadi pemohon adalah:

  • Kanak2 berumur hingga 6 tahun. (lagi ramai anak. lagi bnyk boleh dapat, sbb dia kira per person)
  • Perempuan yg mengandung
  • Immunization record
  • Bukti pendapatan keluarga
  • Wrga tua
  • Ada ID
Macam kami sekeluarga (tumpang tuah Kauthar, =) )dapat 3 gallons susu segar, 2/3 kotak cereal, 1 dozen telur, 2 kotak jus, cheese, beras perang, sayur & buah up to 6 dollars.
Alhamdulillah syukur pada Allah dengan rezeki yg x pernah putus.

*********************************************************************************

Berjalan-jlan di ruang maya, saya berminat nak kongsi tips puasa cemerlang. For more tips clickhere


1. PUASA CEMERLANG SEORANG SUAMI DAN BAPA

a. Sebagai ketua keluarga, suami dan bapa perlu memimpin keluarganya untuk menjalani ibadah Ramadhan. Suami/bapa perlu menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak.

b. Ajak isteri untuk bertadarus di rumah masing-masing. Tiada siapa yang sempurna dalam bacaan al-Quran. Perlu tegur-menegur di dalam bacaan al-Quran, terutamanya tajwid dan makhraj. Dapat sehelai mukasurat pun alhamdulillah. c. Sebaik-baik solat sunat ialah di rumah, dan solat wajib di Masjid. Akan tetapi tiada siapa pun meragui afdholnya solat tarawih di Masjid. Walaupun tarawih di Masjid mungkin akan tamat sekitar tengah malam pada musim panas ini, apa kata suami atau bapa meletakkan azam sekurang-kurangnya satu hari di hujung minggu, menunaikan solat tarawih di Masjid? Kalau dapat buat setiap hari, alhamdulillah. d. Memimpin isteri dan anak-anak sebagai imam tarawih di rumah. Buat yang ringkas pun tidak mengapa. e. Ketika sahur, beri sedikit peruntukan masa untuk menunaikan solat tahajjud, atau sekurang-kurangnya 1 rakaat solat witir. f. Sekali-sekala, berbuka puasa di Masjid. Ini ialah amalan yang baik, kerana akan mengelakkan kita daripada makan berlebihan di rumah. Di rumah, sudah tentu isteri akan menyediakan pelbagai juadah. Kalau tidak menambah, sudah tentu tidak cukup syarat. Kalau di masjid, biasanya akan makan sepinggan sahaja. Banyak makan ketika berbuka puasa pada musim panas ini memungkinkan kita mengabaikan solat Isya’ dan tarawih. g. Kenal pasti kelemahan duniawi keluarga di rumah, dan kurang atau tinggalkannya di bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kalau kelemahan duniawi keluarga kita ialah televisyen, maka jadikan Ramadhan sebagai masa untuk mengurangkan masa menontonnya. Begitu juga dengan amalan menontot movie/drama di internet, merokok dan sebagainya.

2. PUASA CEMERLANG SEORANG ISTERI DAN IBU

a. Melatih anak-anak berpuasa. Dapat beberapa jam pun alhamdulillah, sebagai latihan awal supaya tidak terkejut apabila dah masuk umur baligh nanti. Bagi anak-anak kecil yang membesar di perantauan khususnya di negara minoriti Muslim, ketiadaan suasana meriahnya berpuasa boleh menyebabkan anak-anak kita terabai dalam menunaikan ibadah ini. Justeru ibu kena kreatif. Contohnya, anda boleh buka cerita Upin Ipin mengenai puasa di bulan Ramadhan, dan biasakan membuka yotube nasyid niat puasa oleh Raihan.

b. Walaupun kehidupan ibu agak memenatkan juga sebagai pengurus rumah tangga, apa kata anda menjadikan semua kerja-kerja di rumah sebagai ibadah dengan menjaga niat? c. Ketika berehat pun kita masih boleh beribadah. Ketika baring, kita boleh berwirid atau baca al-Quran. Atau baca sahaja mana-mana ayat yang kita hafal. d. Apa kata, anda minta suami anda jadi imam solat di rumah? Dan minta mereka menyemak bacaan al-Quran anda? e. Sekali-sekala, ‘halau’ (baca:ajak) suami anda ke Masjid. Letakkan sasaran, sekurang-kurangnya seminggu sekali contohnya. Kalau suami mengadu penat kerana tarawih panjang, bagi cadangan kepadanya supaya cuba dulu 2 raka’at sahaja setiap malam. Kemudian yang berbaki, boleh buat di rumah. f. Terutama kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang kecil, mungkin masa mereka untuk beribadah secara khusus agak terhad. Apa kata minta suami untuk memberi peruntukan masa kepada si ibu, minta mereka jaga anak-anak, supaya dapat bertadarus atau berprogram bersama-sama dengan kaum ibu lain dalam sejam dua?

3. PUASA CEMERLANG ANAK YANG SOLEH

a. Berlatih untuk berpuasa sedari awal. b. Membiasakan diri dengan mengikuti bapa anda ke Masjid. c. Utamakan bersahabat dengan Muslim supaya dapat saling memberikan sokongan ketika berpuasa. d. Kurangkan amalan yang sia-sia seperti menonton televisyen, bermain video game dan seumpamanya.

4. PUASA CEMERLANG SEORANG YANG MASIH BUJANG

a. Lazimi diri anda ke masjid, khususnya untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Isya’ dan tarawih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, termasuklah juga keberkatan dari sudut penyimpanan wang. Anda tidak perlu berbelanja untuk membeli makanan ketika berbuka puasa, cukup datang ke masjid yang menyediakan juadah yang mengenyangkan. b. Sertai tadarus al-Quran. Kalau malu untuk membaca pun tidak mengapa. Boleh dengar sahaja sambil belajar memperbaiki kualiti bacaan. Sedangkan Rasulullah, insan yang paling fasih lidah Arabnya pun masih bertadarus dan minta disemak bacaan Baginda, inikan pula kita.

c. Kurang atau tinggalkan perkara yang sia-sia ketika berpuasa. Jadikan semua amalan dan aktiviti harian kita sebagai ibadah. d. Beri’tikaf di Masjid terutamanya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan pun adalah amalan mulia. Bersyukurlah dengan nikmat kuat dan masa lapang yang Allah beri ketika muda dan bujang dengan mencabar diri kita menyertai ‘aktiviti lasak’ ini.

Mari sahabat-sahabat sekalian, kita letakkan sasaran masing-masing. Biarlah sedikit, asalkan ada peningkatan dan keikhlasan.

Monday, August 2, 2010

GIVEAWAY CONTEST

Bismillah hirrahmaa nir rahim...

Dah lama tak join contest. Kali ini nak join contest daripada gerairizqi. Mana tahu ada rezeki dpat tudung labuh free. Boleh kirim pada adik2 di Malaysia yang akan balik ke sini tak lama lagi.


MENGAPA SAYA BERTUDUNG LABUH?

"Esfa, awak nanti tak boleh pakai macam ni dah tau. Silap2 nanti kena tahan dengan imigresen". Itu teguran yang saya dapat ketika saya berpraktikal semasa belajar dahulu. Kecut hati saya mendengarnya. Perlukah saya mempertaruhkan pakaian saya hanya kerana ingin ke negara Uncle Sam itu? Sejak dari itu saya terus berdoa agar Allah mudahkan urusan saya di sana dan saya dapat terus istiqamah dengan pakaian tudung labuh ini.

Ada sayu di situ. Terasa sayang. Terasa malu dengan Al-Quran. Allah lebih2 lagi. Sudah lama saya berjinak-jinak dengan tudung labuh itu. Sejak tingkatan satu lagi. Tiada sesiapa yang memaksa. Tiada siapa yang menyuruh. Ia datang dari hati yang kerdil ini. Saya suka melihat orang yang bertudung labuh. Saya jatuh hati. Terasa selamat disitu. Walaupun hanya saya dalam keluarga yang bertudung labuh. Tiada janggal disitu. Moga ia dapat menjadi dakwah fardhiah....

Alhamdulillah, sudah setahun saya di sini. Tudung labuh itu masih kekal di situ. Itu doa saya. Itu harapan saya. Juga sokongan daripada suami yang tak pernah pudar. Moga saya terus dapat istiqamah hingga ke akhir nyawa. Doa dari kalian saya pinta......

emel saya esfa_ina@yahoo.com

p/s: join contest last minute. Moga ada rezeki. Alhamdulillah tahniah buat sahabat saya nurhidayah dan akh elmi dapat baby pink. Saya ada menulis tentang mereka beberapa hari lepas. Bacaan lanjut klik di sini

Selamat Bertunang!

Bismillah hir rahmaanir raahimm....

Entry kali ini khas ditujukan buat adik ipar saya....SAIFUL HAZREEN. Dia yang juga mengusahakan Urut dan Rawatan Islam.....nak tahu lebih lanjut, klik di sini





SELAMAT BERTUNANG POKDE
DARI KAUTHAR SEKELUARGA
MAAF KAUTHAR TAK DAPAT NAK HADIR SEKALI.......


P/S: Tiada gambar yang dapat saya sertakan kerana saya juga masih belum menerima ap2 gambar dari Malaysia. Epul, jangan lupa hantar gambar ke sini.



Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah....Saya tumpang gembira...

Bismillah hir rahman nir rahim......

Entry kali ini, bnyak kali tertangguh. Beberapa kali tersimpan di dalam draft.

Beberapa hari lepas, saya berchatting di facebook. Patutla akhir-akhir ini saya kerap teringatkan dia. Rupa-rupanya ada khabar gembira yang ingin disampaikan. Alhamdulillah, tahniah buat mereka. Penantian setelah tiga tahun ini berakhir. Saya bakal dapat anak sedara baru.....

Begitu juga buat Naza dan suami. Tahniah dia ats kelahiran baby boy 2 minggu yang lalu....Alhamdulillah berkat kesabaranmu adikku.....Penantian setelah 6 tahun itu berakhir jua....

Baby Faris
-------------------------------------------------------------------------------------------

CERITA KE-2

Anak-anak DQ..



Nur Mujahidah Musaybah, masih dalam pantang (Permata Hairena dan Hawari)


Nidaaul Awatif, 4 bulan (Permata K.ac dan Azreen)

Umar Al-faruoq, 1 tahun lebih ( permata Nik Sue dan Abdullah)

Menunggu hari.....Dayah dan Helmi



Kami la TU......


PENGANTIN BARU DAN LAMA........

SYAHIR DAN ISTERI


FATIMAH DAN HAFIZI




KAMI DAHULU........

9 banin (Izmil, Hafizi, Rizuan, Azreen, Syahir, Usama, Bazli, Safwan)


13 banat (Nik Sumayyah, Hairena, Hidayah, Akimi, Nurliana, Saya, Hayati, hajar, aini, Rafidah, Khalissah, Asiyah, Fatimah)


Bersama Ust Ehsan (Guru tasmi')

SAHABAT.......
BERTEMU KITA KERANA AL-QUR'AN
MOGA UKHWAH FILLAH INI KEKAL HINGGA KE SYURGA
MOGA KITA SEMUA DAPAT ISTIQAMAH DENGAN AL-QUR'AN

HAFIZAH SOLEHAH MUJAHIDAH ANSARULLAH

Friday, July 23, 2010

Toilet Training dan PROMOSI!!!!!

Bismillah hir rahman nir rahim....

2,3 hari lepas Kauthar asyik2 accident je.....Accident (xsempat ke toilet, pee kat atas karpet je) huhu....=(...Ummi pun pelik kenapa la anak ummi sorang ni. Sebelum ini Kauthar da pandai cakap kat ummi nak pergi toilet setiap kali nak membuang..

Itupun setelah banyak kali sesi latihan. Anak ummi da 2 tahun lebih, so da kena didik la untuk guna toilet. Sebenarnya saya da ajar dia sejak umur dia setehun setengah lagi. Tapi waktu on off . Lagipun waktu tu musim sejuk, so x de la betul2 ajar lagi. kesian juga kat dia.

Bila umur Kauthar cukup 2 tahun,saya pun terus ajar secara konsisten. Mengajar anak menggunakan toilet sangat memerlukan kesabaran yang tinggi...hehe..=)..Alhamdulillah sekarang ni, Kauthar da pandai, x payah pakai diapers kalau duduk kat rumah, tapi kalau pergi masjid or jalan2 saya pakaikan lagi la , takut teraccident....Jimat sikit belanja kami..Tak gitu cik abang.





So, kat sini saya nak kongsi tips sikit cara-cara nak mengajar menggunakan toilet:
  1. Apa yang perlu dibuat adalah, lipat dan gulung karpet2 kesayangan anda, kalau rasa sayang la....hehe kalau tak nnti kena basuh la macam saya. Sebab kat sini karpet dia x boleh nak lipat, so x boleh nak buat apa.
  2. Bangun pagi2 tu terus bawa dia ke toilet, then jangan pakaikan diapers dah. Waktu nak pakai baju tu, cakap la dengan anak, "hari ni Kauthar x pakai diapers tau. kalau nak kencing, kencing dekat toilet ye." Tnya lagi toilet kat mana? Lagi satu pastikan anak anda da tahu kat mana toilet tu....
  3. Ajar anak buang air besar dulu sebelum air kecil. Saya mulakan dengan air kecil dulu baru air besar, TETAPI, yang dia pandai dulu adalah buang air besar.
  4. Anak anda pasti akan teraccident......so, kena banyak2 bersabar...JANGAN MARAH anak. JANGAN PUKUL anak. Saya dulu, awal2 ada juga saya marah2 dan pukul sikit2. Tapi saya rasa itu tak berkesan. Malah bnyk bg kesan negatif. Alhamdulillah cepat saya tersedar, terus saya tukar cara.
  5. SEBELUM INI...
  • "ummi pukul nanti nak" "ummi cubit nnti nak" hendaklah dielakkan...KERANA anak akan jawab, "x nak, pukul sakit" sedar x sedar kita da ajar negatif aspek pada dia
  • SEKARANG ayat saya adalah....."Kauthar jgn kencing merata-rata, nnti habis kotor rumah. habis baju basah. kesian ummi kena basuh"
  • kdg2 x habis lagi, saya cakap, dia da sambug, "kesian ummmi kan"
  1. JANGAN LUPA....bila anak da pandai, bagi pujian dan galakkn pada dia....ctnya,,tepuk tangan, yeee anak ummi da pandai...

huhu betul ke cara saya ni, kalau ada ap2 idea atau nasihat sangat di alu-alukan. Saya x de pengalaman lagi, duk kat sini pun x de kawan melayu tpt rujukan...keseorangan di perantauan..

Ermmmm berbalik kepada cerita pertama, rupa-rupanya Kauthar nak demam...Sian anak ummi. Semalam merengek je....Moga hari ini da sihat dan cepat sembuh sayang.....



Cerita kedua, sebenarnya saya dah lama berhasrat nak berkerja dari rumah.....jadi untuk melaksanakan hasrat saya itu...saya bercadang untuk menjual Breastpump.....alang2 da duduk kat sini dan senang dapat produk...


Inilah yang saya nak jual....

Medela Free Style hands-free Breastpump


Menyahut seruan say no to POWDER MILK!!!!!!!

  • Sangat sesuai untuk ibu -ibu yang bekerja
  • Harga yang sangat berpatutan.......RM 1349....(market price malaysia 1700-2000)
  • the best high quallity beastpump in the market
  • FREE SHIPPING AND DELIVERY FROM US
******sesiapa yang berminat boleh hubungi saya
******maklumat mengenai pump akan di update dari masa ke semasa

Tuesday, July 20, 2010

Genap setahun sudah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....


Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar dah genap setahun lebih saya di perantauan. Tanggal Julai 11, 2010 genaplah setahun kami di sini....

Saya cuba menoleh ke belakang seketika, menghitung hari-hari yang berlalu.Tiada yang lebih indah kini, melainkan dapat dekat dengan suami yang tercinta, dan anak yang sentiasa ada di sisi.

2 TAHUN DULU.......
  • Saya dan suami adalah husband and weekend wife
  • Hidup tiga penjuru, saya di UIA, suami di Bangi, anak di kampung. Kemudian saya dan suami semakin jauh berpisah apabila suami menyambung belajar di sini.
  • Kami tiada rumah, hanya bergilir-gilir minggu di rumah mak saya di Bera atau mak mertua di Temerloh
  • Kereta viva CCA 6513, pengangkutan kami ke sana kemari.....
  • Anak saya membesar bagaikan kehidupan orang nomad....sentiasa berpindah setiap minggu, bergilir rumah wan aki dan wak atuk
KINI.........
  • Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dapat duduk sebumbung
  • Saya suri rumah sepenuh masa, suami masih sibuk dengan pembelajarannya....anak kami kauthar membesar dengan kasih-sayang ummi dan abahnya..
  • Apartment Palm Shadow ini merupakan tempat kami berteduh
  • Kami memulakan kembara baitul muslim di negara Uncle Sam, di bumi Tucson, Arizona yang sangat panas sekarang ini...
  • Mazda Protege, nadi pengangkutan kami. Walaupun pada mulanya kami hampir ditipu, tetapi alhamdulillah Allah sentiasa membantu kami. Kami terselamat.
Allah hu akbar. Sayu rasa hati ini.
Sudah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan tanpa aku sedari ya Allah...
Patutkah aku menjadi hambaMu yang tidak bersyukur ?
Ya Allah
ampunkan dosaku, andai aku lalai..
Bimbing aku andai aku tersasar




Sebelum ini saya pernah menulis tentang sabat baik saya disini..Chen. Tetapi pada Jun 11 yang lalu dia sekeluarga telah berpindah ke North Calorina. Saya kehilangan seorang sahabat yang yang sangat memahami, tempat saya berkongsi cerita...Saya sangat terasa kehilangannya...

Toy house- beli dari Chen

Juadah kami

Farewell dinner di rumah saya


best friend Kauthar, Colin

Friday, July 9, 2010

Anak-Anakku Sayang


Dengan Nama Allah yang MAHA Pengasih LAGI Maha Penyayang.....


Sambil mendengar slot bersiri imam muda yang ditayangkan di Astro Oasis 106, saya cuba memenfaatkan masa yang ada melakar kisah di sini. Tapi saya bukan mendengar sacara live, hanya sekadar melihat di youtube. Itupun baru episode ke -5. Alangkah seronoknya kalau saya dapat megikitu slot ini secara live. (Boleh ke nak tgk live guna internet je????hehe)

Alhamdulillah, kini saya kembali kepada rutin yang lama. There is no baby sitter and no evening ssummer camp class. Semalam , hari terakhir evening summer camp pada tahun ini. Tetapi malangnya buat pertama kalinya saya tidak dapat mengahadirkan diri, atas sebab2 yang tidak ddapat dielakkan...Sayu sungguh rasa hati, tidak dapat melihat wajah -wajah kesayangan anak murid di hari terakhir. Siapalah saya untuk menghalang kuasaNya. Nikmat sihat itu ditarik seketika. Saya berdoa jauh di sudut hati agar mereka dapat mengamalkan semua ilmu yg dipelajari. Walaupun hanya 8 kali dalam tempoh sebulan, tetapi ianya cukup bermakna buat saya. Sedikit terkilan kerana saya tidak sempat mengabadikan walaupun sekeping gambar bersama mereka....tapi dihati saya ingatan terhadap mereka tak akan luput..

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH, saya merasai ketenangan itu. Doa saya moga-moga ia keputusan yang terbaik.

Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

"Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal (3;159)"

Walaupun kadang-kadang saya terbayang-bayang wajah si comel itu. Saya sudah mengaggapnya seperti anak sendiri. Perasaan ingin menimang cahaya mata lagi membuatkan kasih sayang saya terhadapnya bertambah erat.


Saya abadikan kenangan saya sepanjang memikul amanah sebagai pengasuh di sini.....

Adrit
Indian baby boy
D.O.B: November 30, 2009

Hari terakhir di rumah ummi.....sedapnya tido dalam buai tu....


Main dengan Kauthar (kak long)



BISIKAN HATI UMMI BERKATA:

" Adrit, walaupun kita berlainan agama, tapi tak mustahil kan suatu hari ini Adrit akan kembali kepada agama yang fitrah ini......"

Sebagaimana nabi bersabda:

"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah(beragama Islam). oleh itu terpulanglah kpd ibubapanya samada ingin menjadikannya yahudi, kristian atau majusi"

Hadis riwayat al- bukhari

p/s: sebenarnya tadi dalam fikiran nak tulis benda lain, tapi lain pula yang tercoret disini...SALAM ISRA' MIKRAJ....menghitung hari bertemu bulan yang penuh barakah itu...

Sunday, June 20, 2010

ALLAH beri JALAN dengan sedikit UJIAN

Bismillah hir rahmanir rahim.....


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya sentiasa yakin. Saya juga pasti.

Lama saya tidak menulis. Masa begitu mencemburui saya. Terngiang-ngiang di telinga saya nasyid raihan yang begitu popular dinyanyikan suatu ketika dulu.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara:

Muda sebelum TUA,
Lapang sebelum SIBUK,
Sihat sebelum SAKIT,
Hidup sebelum MATI...

(entah betul ke tidak susunan lirik ni, hik hik)

Kalau dulu, saya selesa berada di zon 'lapang' itu, tapi kini saya mengintai-intai ruang itu. Menjadi baby sitter tidak mudah. Itu jawapan saya setelah hampir dua bulan menggalas amanah tersebut. Tetapi mungkin minggu ini atau minggu depan adalah mingu terakhir saya menggalas amanah itu.

Kerana apa? Kerana saya gagal.......Gagal mematuhi syarat yang SATU itu.....

"Bila nak ada kat rumah nyer ni" tanya suami pada saya di suatu petang. Tersenyum saya mendengar rungutannya itu. Berbunga riang hati saya seketika. Seronok pula rasanya. Terasa kewujudan saya dihargai.

Biasanya saya yang yang selalu ditinggalkan. Tapi kini, saya tiba-tiba menjadi sibuk dan selalu meninggalkannya...hik hik tak pe la abang, bukan selalu pun.

Rutin saya yang dulu sebagai suri rumah sepenuh masa dan hujung minggu terlibat dengan Sunday School sudah lama berakhir. Insya allah ada rezeki, selepas aidil fitri nanti sekolah akan dibuka semula.

Kini saya dengan rutin yang baru. Weekdays sebagai baby sitter, dari 9.30 pagi-4.30/5.00 ptg, malam rabu ajar ngaji. Kemudian saya juga diminta terlibat dengan summer camp. Insya allah dalam tempoh masa sebulan. Bermula minngu lepas hingga awal julai. Saya diminta mengajar Quran untuk adik2 dalam lingkungan 9-11 tahun dan 12 tahun ke atas. Dua kali seminngu, selasa dan khamis dari pukul 6.00-maghrib. Walaupun agak sedikit penat dan terkejar-kejar saya cuba usahakan. Rasa bersalah untuk mengatakan tidak, kerana mereka sangat kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam al-quran. Saya tidak mengatakan saya begitu mahir dan hebat. Tetapi dengan ilmu yang sedikit di dada, yang saya timba di bumi Darul Quran dahulu, terasa berdosa jika dipersiakan, saya cuba untuk berbakti.

Teringat saya sebuah hadith yang berbunyi:

" Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya"

Kalau dulu, setiap Jumaat malam Sabtu, teratak kami disirami dengan sedikit majlis ilmu bersama pelaja-palajar Malaysia yang berada disini. Tetapi kini, memandangkan semuanya bercuti, ada yang pulang Malaysia. Sebahagiannya ada yang mengambil summer class, saya cuba mengintai peluang yang ada. Saya cuba berjinak-jinak untuk mendalami bacaan Qiraat Qalun daripada seorang rakan saya yang juga seorang pengahafaz Al-Quran. Alhamdulillah, sudah dua kali saya berguru dengannya.

Begitulah ketetapan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA. DIA yang memberi rezeki, DIA juga yang mengambilnya. Semuanya adalah dariNYA dan berlaku dengan IRADATNYA.

" Abang x de masalah apa-apa, cuma pastikan kalau suami dia nak hantar atau ambil anak dia, dan kalau abang x de kat rumah. x boleh. kalau isteri dia xde masalah. kalau dia x boleh ikut syarat ni, x boleh kerja". SATU syarat diberikan oleh suami saya ketika saya mula-mula hendak bekerja sebagai baby sitter ini.

Tetapi, syarat yang SATU itu saya GAGAL patuhi....

Saya akui, itu salah saya.....

"Abang, sayang rasa nak berhenti la kerja ni. Rasa letih sangat". Saya pernah mengajukan kepada suami niat saya untuk berhenti. Tapi, saya tiada alasan yang kukuh. Dulu, saya yang menawarkan diri untuk membantu jiran disebelah rumah saya sebagai pengasuh. Ketika itu, anaknya baru berusia 5 bulan. Saya berasa kasihan seandainya dia di hantar ke taska. Lalu saya menawarkan diri, disamping mengisi waktu lapang saya dan secara tidak langsung Kauthar ada kawan.

ALHAMDULILLAH ALLAH datangkan jalan. Tetapi dengan sedikit ujian.

Ianya sedikit perit, tapi saya redha. Jalan mencari gelaran isteri solehah itu tidak mudah jika bukan dengan sedikit ujian.

Maafkan saya ABANG.

Syurga saya dalam REDHAMU yang bernama SUAMI.....

p/s: saya nekad untuk berhenti kerja sebagai baby sitter

Tuesday, April 13, 2010

WARDATUL KAUTHAR DA 2 TAHUN...

Bismillah hir rahma nirrahim....



SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK UMMI YANG TERSAYANG...


WARDATUL KAUTHAR BINTI HAZRUL IZUAN
D.O.B: APRIL 7, 2008
4.21AM, 2.52 kg
HOSHAS, TEMERLOH






DOA UMMI:

MOGA KAUTHAR PENJADI PENYEJUK MATA UMMI DAN ABAH
MUJAHIDAH SOLEHAH ANSARULLAH...
AMEEN!!

Wednesday, March 10, 2010

WE LOVE MUHAMMAD, YES WE DO!


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang......


Teringat saya kata-kata suami 2 minggu lepas "minggu depan tak ada halaqah ye, ada program dekat masjid".

Program apa ya? saya tertanya-tanya di dalam hati.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEERAH RASULULLAH )

Bagaimana saya boleh terlupa. Inilah masalahnya bila kita tidak menggunakan kalendar hijrah. Kalau di Malaysia mungkin kita lebih alert. Lebih-lebih lagi hari tersebut merupakan cuti umum. Tetapi disini????

Alhamdulillah saya berkesempatan juga menghadiri satu majlis sambutan maulidur Rasul walaupun berada di negara Uncle Sam ini. Walaupun pendekatannya sedikit berbeza dari Malaysia, tetapi alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program tahunan yang merupakan kali ke-3 diadakan ini di anjurkan oleh Leaders of Tomorrow (one of the muslim student organization at univ of Arizona ). Majlis ini bermula selepas solat isya' berjemaah di Islamic Center of Tucson (masjid kat sini). Tetapi selepas solat maghrib, ICT sudah pun dipenuhi dengan ramai orang. Tak kira, tua muda, kana-kanak mahupun orang tua. Orang Arab mahupun orang kulit hitam. Tiada apa pun yang membezakan kita semua. Dinul Islam menyatukan kami semua. Terasa ruh Islam di situ.....








Antara agenda pada malam itu adalah:

  • Dimulakan dengan bacaan Al-Quran


  • Ucapan alu-aluan pihak penganjur
  • 2,3 lagi persembahan tambahan
  • Persembahan dari Al-Huda School
  • Persembahan dari Sunday School
  • ShortTalk (lupa sipa speaker)
Tetapi antara isi penting yang menarik hati saya:


  • Kisah pengislaman Umar Al-Khattab
  • Quote from him, "We love Muhammad". Then all the audience and children said "yes, we do!
SAYA JATUH CINTA....

Inilah antara sebab-sebab yang membuatkan saya jatuh hati dan jatuh cinta dengan bumi Tucson, Arizona ini. Alhamdulillah masjid atau lebih di kenali sebagai ICT di sini di makmurkan. Ada solat berjemaah setiap waktu, halaqah kecil-kecilan setiap kali selepas solat isya' setiap hari (untuk muslimin), kuliyyah mingguan, kelas mengaji untuk new muslim setiap Sabtu, ifthar setiap hari isnin minggu pertama setiap bulan, Sunday school. Tidak kurang juga hebatnya dengan sambutan bulan Ramadhan yang lepas. Solat tarawikh, ifthar jamaie dan qiyamullail besar-besaran pada malam 27 Ramadhan..

Faktor iklim yang tidak banyak beza dengan Malaysia juga menjadikan saya tidak susah untuk menyesuaikan diri di sini. Walaupun bukan negara beriklim Khatulistiwa, bumi Arizona ini bukanlah kawasan empat musim. Ia sangat kaya dengan cahaya matahari.

Membaca tulisan ustaz Hasrizal tentang kembaranya ke bumi Urdun membuatkan saya terkesima seketika. Pada hemat saya tak banyak beza antara bumi Urdun dengan Arizona. Bumi yang tandus dan kering dan kaya dengan pokok kaktus menjadi tempat titik bermulanya pentarbiyahan kami sekeluarga sebagai seorang pejuang kalimah Allah di muka bumi ini.








Jiran tetangga yang juga terdiri daripada kaum Cina, India membuatkan saya seperti rasa hidup di Malaysia.





Sunday, March 7, 2010

BUAT SAHABATKU PENGHAFAZ AL-QURAN

Bismillah hir rahmaa nir rahiim.....





diambil dari: saidhawwa.com (21 Disember 2008)

Sahabatku para penghafal Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal Al-Qur'an.Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan . Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal Al-Qur'an yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal Al-Qur'an tewas dan terlibat dengan maksiat yang sangat parah.

Al-Qur'an tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi Al-Qu'ran tersebut...

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal Al-Qur'an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawaapa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal Al-Qur'an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan Al-Qur'an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal Al-Qur'an.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi' Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meningggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. Al-Qur'an adalah cahaya. Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para sahabat yang ku kasihi...

Mata kita selalu melihat Al-Qur'an, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yang bertentangan dengan kata-kata Allah (cth: muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca kalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita selalu SMS atau chatting dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun solat tahajjud. Qiamullail adalah warisan bagi mereka yang menghafal Al-Qur'an.

Sehari kita meninggalkan Al-Qur'an, seminggu Al-Qur'an meninggalkan kita, sebulan kita tinggalkan Al-Qur'an, setahun Al-Qur'an meninggalkan kita...

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, kerana apabila kita megutamakan Al-Qur'an Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan Al-Qur'an (murajaah/mengulang) dalam seharian??? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berakhlak dengan akhlak Al-Qur'an. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan dengan Al-Qur'an. Malulah kita dengan Al-Qur'an terutama lagi dengan Pencipta kita, Allah.

Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang lemahdan hina ini, peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur'an.

Uhibbuka fillah
Barakallhu fikum....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...