Sunday, February 7, 2010

Yanadzul Giveaway: Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift

Assalamualaikum....

Kali ini saya berminat nak join contest yang dianjurkan oleh yanadzul.Seperti biasa mesti ada syarat2 mesti di patuhi.




Syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add Yanadzul dan Aivee Emart di blogroll/bloglist anda.
2. Wajib menjadi follower Aivee Emart.
3. Copy banner Contest @ Giveaway di atas pada sidebar blog anda.
4. Membuat simple review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift (jangan lupa link balik ke entri ini).
5. Entri boleh dalam English atau Malay.
6. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart (no link back will be disqualified).
7. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri contest ini.
8. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.(ini bermakna sesiapa saja boleh jadi pemenang..walaupun tak pandai mengarang..:P)
9. Terbuka kepada sesiapa yang punyai blog @ website
10. Pemenang akan dipilih secara random melalui random.org


Contest ini akan bermula mulai 1 Februari 2010- jam 12.01 am dan akan berakhir pada 15 Februari 2010 jam- 11.59 pm.

so sesiapa yang berminat boleh click di sini


saya berminat nak join sebab berminat dengan hadiah yang ditawarkan...sangat menarik...Mesti anak ummi suka kalau dapat hadiah tu..

Menarik kan (Elephant musical pull softtoy dr Carter's)


Bukan itu sahaja, malah ada 3 hadiah misteri yang ditaja oleh cik Aivee

Friday, February 5, 2010

RINDU MAGHFIRAHMU.... YA ALLAH

Happy Faces at Playground Contest

Disebabkan buah hati ummi sangat suka main dekat playground, so ummi pun berminat nak join contest ini...

Jom kita tengok apa kata mama syafi......


Sempena bulan kelahiran aku dan tahun baru ini, maka Mama Syafi ingin mengadakan

Happy Faces at Playground Contest!!


Hadiah ditaja oleh:


Terima kasih kepada sponsor. Sila melawat Little World Gallery untuk melihat koleksi baju kanak-kanak yg branded dgn harga yg berpatutan. Berbaloi-baloi hehe.. (promote sikit)


Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery.
  2. Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda.
  3. Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi &Little World Gallery beserta link di side bar blog anda.
  4. Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan.
  5. Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar.
  6. Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok.

Perhatian:

  1. Gambar mestilah menunjukkan suasana di playground, sama ada di shopping complex, kat playground luar, atau permainan berbayar pun ok.Permainan mesti yg stand still. So, basikal tak boleh ok.
  2. Umur kanak-kanak yg layak ialah antara 1-4 tahun.
  3. Kanak-kanak itu mestilah ada pertalian saudara tak kisah lah sama ada anak, anak sedara, adik atau cucu pun boleh (kalau ada la kan..). Anak jiran, anak kucing, anak tekak tu sume tak boleh ok.
  4. Calon yg tak memenuhi syarat akan disqualified. So, sila pastikan semua syarat dipenuhi.
  5. Tarikh akhir contest adalah pada tarikh birthday anak aku, Syafi yg ke-2 tahun iaitu 19/2/2010 pukul 10.10pm.
  6. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg paling happy di playground.
  7. Keputusan adalah muktamad. Sebarang komplen dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Good luck kepada semua. Lepas ni boleh bawak anak korang gi playground pastu geletek diorang sampai diorg ketawa tak ingat, amik gambo n pastu boleh masuk contest ni ok..


p/s: kepada mana-mana pihak yg berminat nak sponsor dialu-alukan.






BUAH HATI UMMI YANG TERSAYANG....

WARDATUL KAUTHAR (1 TAHUN 10 BULAN)
D.O.B; 7 APRIL 2008

Tinta ummi: Kauthar ni memang sangat suka main dekat playground. Setipa kali pergi mesti susah nak ajak dia balik. Hari ini dia sangat suka sebab dapat main buai dan papan gelongsor setelah sekian lama tak berkunjung ke taman ini. Walaupun tak terror sangat lagi main gelongsor ni, tapi dia sangat suka nak main, tengok tu, walaupun nak jatuh, tetap ceria dan gembira....=)

Best Picture Genting Contest




syarat-syarat penyertaan:
(sangat simpe jer)
  1. Membuat spesel entri ttg contest ini
  2. Menjadi follower bg blog ini
  3. wajib (pakse rela) meletakkan blog ini di dalam bloglist anda
  4. sila letakkan banner contest di side bar anda
  5. penyertaan terbuka kepada semua blogger
  6. yang paling penting gambar mestilah berlatar belakang genting highland atau suasana kemeriahan dan kecerian genting. (jika tiada unsur2 kgentingan gambar akan di reject).(1 keping sahaja )
  7. TIGA orang peserta dengan gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang
  8. tarikh tutup adalah pada 06 FEBRUARY 2010 jam 12:00pm (pemenang akan dipilih secara adil..bukan menggunakanrandom.org ye..)
  9. setelah selesai, sila tinggalkan link anda di ruang komen.

Hadiah:

1. sekeping voucher genting bernilai rm 2**
2. beg pouch from vietnam
3.purse made from vietnam


beberapa saguhati bgantung pada owner [hid.jpg]



Saya tertarik nak join contest ini sebab saya teringat kenangan saya semasa belajar bersama rakan-rakan sekelas dulu-dulu kala. Asalnya kami ke Kuala Lumpur disebabkan trip on education. Tetapi on the way balik, entah macam mana kami boleh menyimpang ke Genting Highlands. Terima kasih kepada Pakcik driver van yang sangat sporting melayan karenah kami waktu itu. Seronok betul waktu tu. Banyak rahsia yang tersimpan antara kami bertujuh. Janji kami "biar pecah di perut, jangan pecah dimulut". Hik Hik. Nakal juga saya waktu tu. First time kami semua sampai di situ. Dengan berbaju kurung, kami semua meredah pusat Genting Highlands. Walaupun tak sempat nak main apa-apa, kami semua sangat seronok sebab at least dapat juga sampai ke situ.


Ku abadikan memori kita di sini ....sahabat-sahabatku..
Kami sekelas ada 8 orang, semuanya perempuan
Pernah di kenali oleh lecturer sebagai '8 angels'
(2nd batch Audiology student)
Es, Wani sahal, Ummay, Rashidah, Yati, Ana, Wani Yusoh, Ab (xde dalam gambar)


Monday, January 18, 2010

Halalan Tayyiban



Bismillah hir rahmanir rahim...



Sebelum ini saya tidak pernah begitu sangat-sangat concern dengan apa yang di makan. Asalkan ia halal, bersih, baik itu sudah mencukupi.

Tetapi sejak berada disini saya begitu teliti. Setiap kali ke grocery memang kami sekeluarga mengambil masa yang agak lama untuk meneliti setiap ingredients yg terkandung di dalam setiap makanan yang dibeli. Bimbang seandainya mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Kami begitu berhati-hati dalam memilih setiap makanan.Teringat saya firman Allah Taala yang berbunyi:


O people, eat of what is lawful and clean in the earth and do not follow the ways of Satan, for he is your avowed enemy (Al- Baqarah;168)

Bimbang seadainya darah daging yang mengalir di tubuh ini bukan dari sumber yang halal. Lebih-lebih lagi bila berada di negara yang bukan Islam ini.

Tetapi semalam kami diuji.

Kami membeli chocolate cadbury dairy milk whole nut.

"Halal ke abang? " tanya saya kepada suami.

"Kawan abang dari UK kata, cadbury ni dari UK, dan halal di makan," jawab suami.

Masih ada lagi keraguan di hati saya.

Saya meneliti ingredients yang tercatat pada sampul tersebut. Ada emulsifier ( E442, E476).

"Ini ada E ni, boleh makan ke?" tanya saya lagi.

"Betul, kawan abang kata kalau nak makan chocolate yang ni je halal selain Hershey yang biasa kita makan tu" jawab suami lagi cuba meyakinkan.

Saya makan juga sedikit. Biasanya kami hanya makan chocolate Hershey buatan US. Kalau tengok ingredients memang ia bolh di makan. Cuma semalam kami terjumpa chocolate cadbury ini di sebuah kedai cina Lee Lee di sini dan teringin nak makan sebab dah lama tak jumpa brand ni kat sini.

Entah kenapa saya begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungan chocolate tersebut. Balik ke rumah, saya cuba search di internet.

Apa yang saya ketemui sungguh memeranjatkan saya.

Article pertama yang saya jumpa dari laman web http://www.7cgen.com/index.php?showtopic=28797&mode=linearplus menyebut:

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT;

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E



Lama saya beristighfar di dalam hati. Termangu saya seketika didepan komputer.


Saya berkongsi dengan suami maklumat yang saya dapat sekembalinya dari masjid. Tetapi dia menasihatkan saya supaya jangan mudah percaya dengan semua maklumat di internet. Cuba check dekat laman web yang betul2 boleh di percayai. Nasihat dia kepada saya.

Saya masih lagi tidak berpuas hati.

Pencarian saya berhasil.

Maklumat kedua yang saya dapat dari http://www.eat-halal.com/ membuatkan tubuh saya menggeletar.

Antara isi artikel tersebut adalah:

All other 'E' number additives at the time of publication are Halaal, because of the ruling of Tabdeel-e-Mahiyat. Please refer to our article elsewhere in this book on this subject.

Except the following:
E473, E474, E475, E476, E477, E478, E631, E635, E640, E920


Maklumat penuh boleh rujuk disini



Saya terkesima. Instinct saya betul.

"Abang , lepas ni jangan beli apa-apa dah dekat luar, biar ummi masak dan buat semua". Kata saya akhirnya kepada suami.


Nasihat saya kepada semua kalau boleh check dulu betul2 semua isi kandungan setiap makanan yang kita beli walaupun dah tertulis halal di situ dan ia buatan malaysia.

p/s: Dalam menjaga pemakanan kami seharian, kami sudah mencuba sedikit demi sedikit bertukar kepada organic food yang lebih boleh dipercayai halal dari segala sudut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...