Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Friday, February 24, 2012

5 min only

Jom baca Al-quran sekejap sambil tadabbur makna...


Monday, October 24, 2011

Tazkirah buat ummi.....

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...


Entah kenapa sejak akhir2 ni saya kerap bermain dengan emosi. Tadi saya terbaca satu artikel di laman facebook tentang anak-anak. Sangat menyentuh hati saya.....
Saya kongsikan di sini artikel tersebut.

‎1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

'Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"By: Ahmad Fitri Zainul



Alhamdulillah hari ini juga Tasneem genap 6 bulan. Syukur padaMu Ya Allah, dapat meyusui Tasneem dalam tempoh ini. Moga berkekalan sehingga umur Tasneem 2 tahun.


'Amr bin Abdillah berkata kepada isterinya yg sedang menyusui bayinya, "Janganlah engkau menyusui bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiduplah seorang yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya


p/s: Ya allah kurnikan kami kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak kami Ya Allah, sesungguhnya, mereka adalah amanah darimu...RedhaMu dan petunjukMu ku pohon, Ameeen ya rabbal 'aa lameen

Saturday, April 23, 2011

Waktu-waktu Terbaik Nasihati Anak

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...

Berjalan-jalan di ruang maya, saya terbaca info menarik di blog mak usrah saya ketika di Darul-Quran dahulu, Kak Mie bintang=). Kak Mie, saya rindu akak......



Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran - KITA BACA BERSAMA LAGI ELOK.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

p/s: Ya allah bantulah kami hambaMu yang lemah dan hina ini dalam mendidik anak-anak kami menjadi hambaMu yang soleh, rijal Rabbani....Ameen

Friday, August 13, 2010

Rindu Bertamu



Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..

Terkadang hatiku tidak tulus..


Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..



Ya ALLAH...

Rindunya aku padanya..

Antara dua belas yang kukenal..

Dia yang paling istimewa..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan..

Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?..


Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

ALLAH Ya Rahim...

Ampunilah aku..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya ALLAH..


Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..


Ramadhan...



www.iluvislam.com
Oleh: harum_mawar
Editor: Erma Farida



p/s: Ramadhan Mubarak dari kami sekeluarga. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Ramadhan kedua kami di perantauan. Alhamdulillah, tanpa kami sedari, keberkatan Ramadhan lebih di hayati di sini lebih-lebih lagi tanpa Bazar Ramadhan.

Thursday, August 5, 2010

Women, Infants, Children (WIC)


Bismillah hir rahmaa nir rahiim....

2 hari ni sibuk menguruskan WIC. WIC is stand for Women, Infants, Children. Ini merupakan satu program di USA ini untuk mengurangkan kadar kelaparan dan menolong orang2 yang kurang berkemampuan. Lebih kurang macam program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dekat Malaysia.

Tapi program ni berbeza ikut State. Macam dekat Arizona ni dia akan bagi check. Pada check tu ada list barang2 yang boleh dibeli. Contohnya macam susu, bijirin, telur, sayur & buah, roti, etc. Kemudian kita boleh pergi ke kedai dan beli barang2 yg ada pada cek tu. Tapi dia dah hadkan hanya kepada beberapa buah kedai je. Tak kira la berapa harga brg tu kita boleh ambil selagi barang tu termasuk dalam WIC approved.

Setiap orang mungkin akan dapat berlainan cek bergantung kepada keperluan dan syarat2 yang ditetapkan. Antara syarat2nya untuk menjadi pemohon adalah:

  • Kanak2 berumur hingga 6 tahun. (lagi ramai anak. lagi bnyk boleh dapat, sbb dia kira per person)
  • Perempuan yg mengandung
  • Immunization record
  • Bukti pendapatan keluarga
  • Wrga tua
  • Ada ID
Macam kami sekeluarga (tumpang tuah Kauthar, =) )dapat 3 gallons susu segar, 2/3 kotak cereal, 1 dozen telur, 2 kotak jus, cheese, beras perang, sayur & buah up to 6 dollars.
Alhamdulillah syukur pada Allah dengan rezeki yg x pernah putus.

*********************************************************************************

Berjalan-jlan di ruang maya, saya berminat nak kongsi tips puasa cemerlang. For more tips clickhere


1. PUASA CEMERLANG SEORANG SUAMI DAN BAPA

a. Sebagai ketua keluarga, suami dan bapa perlu memimpin keluarganya untuk menjalani ibadah Ramadhan. Suami/bapa perlu menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak.

b. Ajak isteri untuk bertadarus di rumah masing-masing. Tiada siapa yang sempurna dalam bacaan al-Quran. Perlu tegur-menegur di dalam bacaan al-Quran, terutamanya tajwid dan makhraj. Dapat sehelai mukasurat pun alhamdulillah. c. Sebaik-baik solat sunat ialah di rumah, dan solat wajib di Masjid. Akan tetapi tiada siapa pun meragui afdholnya solat tarawih di Masjid. Walaupun tarawih di Masjid mungkin akan tamat sekitar tengah malam pada musim panas ini, apa kata suami atau bapa meletakkan azam sekurang-kurangnya satu hari di hujung minggu, menunaikan solat tarawih di Masjid? Kalau dapat buat setiap hari, alhamdulillah. d. Memimpin isteri dan anak-anak sebagai imam tarawih di rumah. Buat yang ringkas pun tidak mengapa. e. Ketika sahur, beri sedikit peruntukan masa untuk menunaikan solat tahajjud, atau sekurang-kurangnya 1 rakaat solat witir. f. Sekali-sekala, berbuka puasa di Masjid. Ini ialah amalan yang baik, kerana akan mengelakkan kita daripada makan berlebihan di rumah. Di rumah, sudah tentu isteri akan menyediakan pelbagai juadah. Kalau tidak menambah, sudah tentu tidak cukup syarat. Kalau di masjid, biasanya akan makan sepinggan sahaja. Banyak makan ketika berbuka puasa pada musim panas ini memungkinkan kita mengabaikan solat Isya’ dan tarawih. g. Kenal pasti kelemahan duniawi keluarga di rumah, dan kurang atau tinggalkannya di bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kalau kelemahan duniawi keluarga kita ialah televisyen, maka jadikan Ramadhan sebagai masa untuk mengurangkan masa menontonnya. Begitu juga dengan amalan menontot movie/drama di internet, merokok dan sebagainya.

2. PUASA CEMERLANG SEORANG ISTERI DAN IBU

a. Melatih anak-anak berpuasa. Dapat beberapa jam pun alhamdulillah, sebagai latihan awal supaya tidak terkejut apabila dah masuk umur baligh nanti. Bagi anak-anak kecil yang membesar di perantauan khususnya di negara minoriti Muslim, ketiadaan suasana meriahnya berpuasa boleh menyebabkan anak-anak kita terabai dalam menunaikan ibadah ini. Justeru ibu kena kreatif. Contohnya, anda boleh buka cerita Upin Ipin mengenai puasa di bulan Ramadhan, dan biasakan membuka yotube nasyid niat puasa oleh Raihan.

b. Walaupun kehidupan ibu agak memenatkan juga sebagai pengurus rumah tangga, apa kata anda menjadikan semua kerja-kerja di rumah sebagai ibadah dengan menjaga niat? c. Ketika berehat pun kita masih boleh beribadah. Ketika baring, kita boleh berwirid atau baca al-Quran. Atau baca sahaja mana-mana ayat yang kita hafal. d. Apa kata, anda minta suami anda jadi imam solat di rumah? Dan minta mereka menyemak bacaan al-Quran anda? e. Sekali-sekala, ‘halau’ (baca:ajak) suami anda ke Masjid. Letakkan sasaran, sekurang-kurangnya seminggu sekali contohnya. Kalau suami mengadu penat kerana tarawih panjang, bagi cadangan kepadanya supaya cuba dulu 2 raka’at sahaja setiap malam. Kemudian yang berbaki, boleh buat di rumah. f. Terutama kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang kecil, mungkin masa mereka untuk beribadah secara khusus agak terhad. Apa kata minta suami untuk memberi peruntukan masa kepada si ibu, minta mereka jaga anak-anak, supaya dapat bertadarus atau berprogram bersama-sama dengan kaum ibu lain dalam sejam dua?

3. PUASA CEMERLANG ANAK YANG SOLEH

a. Berlatih untuk berpuasa sedari awal. b. Membiasakan diri dengan mengikuti bapa anda ke Masjid. c. Utamakan bersahabat dengan Muslim supaya dapat saling memberikan sokongan ketika berpuasa. d. Kurangkan amalan yang sia-sia seperti menonton televisyen, bermain video game dan seumpamanya.

4. PUASA CEMERLANG SEORANG YANG MASIH BUJANG

a. Lazimi diri anda ke masjid, khususnya untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Isya’ dan tarawih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, termasuklah juga keberkatan dari sudut penyimpanan wang. Anda tidak perlu berbelanja untuk membeli makanan ketika berbuka puasa, cukup datang ke masjid yang menyediakan juadah yang mengenyangkan. b. Sertai tadarus al-Quran. Kalau malu untuk membaca pun tidak mengapa. Boleh dengar sahaja sambil belajar memperbaiki kualiti bacaan. Sedangkan Rasulullah, insan yang paling fasih lidah Arabnya pun masih bertadarus dan minta disemak bacaan Baginda, inikan pula kita.

c. Kurang atau tinggalkan perkara yang sia-sia ketika berpuasa. Jadikan semua amalan dan aktiviti harian kita sebagai ibadah. d. Beri’tikaf di Masjid terutamanya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan pun adalah amalan mulia. Bersyukurlah dengan nikmat kuat dan masa lapang yang Allah beri ketika muda dan bujang dengan mencabar diri kita menyertai ‘aktiviti lasak’ ini.

Mari sahabat-sahabat sekalian, kita letakkan sasaran masing-masing. Biarlah sedikit, asalkan ada peningkatan dan keikhlasan.

Monday, August 2, 2010

GIVEAWAY CONTEST

Bismillah hirrahmaa nir rahim...

Dah lama tak join contest. Kali ini nak join contest daripada gerairizqi. Mana tahu ada rezeki dpat tudung labuh free. Boleh kirim pada adik2 di Malaysia yang akan balik ke sini tak lama lagi.


MENGAPA SAYA BERTUDUNG LABUH?

"Esfa, awak nanti tak boleh pakai macam ni dah tau. Silap2 nanti kena tahan dengan imigresen". Itu teguran yang saya dapat ketika saya berpraktikal semasa belajar dahulu. Kecut hati saya mendengarnya. Perlukah saya mempertaruhkan pakaian saya hanya kerana ingin ke negara Uncle Sam itu? Sejak dari itu saya terus berdoa agar Allah mudahkan urusan saya di sana dan saya dapat terus istiqamah dengan pakaian tudung labuh ini.

Ada sayu di situ. Terasa sayang. Terasa malu dengan Al-Quran. Allah lebih2 lagi. Sudah lama saya berjinak-jinak dengan tudung labuh itu. Sejak tingkatan satu lagi. Tiada sesiapa yang memaksa. Tiada siapa yang menyuruh. Ia datang dari hati yang kerdil ini. Saya suka melihat orang yang bertudung labuh. Saya jatuh hati. Terasa selamat disitu. Walaupun hanya saya dalam keluarga yang bertudung labuh. Tiada janggal disitu. Moga ia dapat menjadi dakwah fardhiah....

Alhamdulillah, sudah setahun saya di sini. Tudung labuh itu masih kekal di situ. Itu doa saya. Itu harapan saya. Juga sokongan daripada suami yang tak pernah pudar. Moga saya terus dapat istiqamah hingga ke akhir nyawa. Doa dari kalian saya pinta......

emel saya esfa_ina@yahoo.com

p/s: join contest last minute. Moga ada rezeki. Alhamdulillah tahniah buat sahabat saya nurhidayah dan akh elmi dapat baby pink. Saya ada menulis tentang mereka beberapa hari lepas. Bacaan lanjut klik di sini

Tuesday, July 20, 2010

Genap setahun sudah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....


Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar dah genap setahun lebih saya di perantauan. Tanggal Julai 11, 2010 genaplah setahun kami di sini....

Saya cuba menoleh ke belakang seketika, menghitung hari-hari yang berlalu.Tiada yang lebih indah kini, melainkan dapat dekat dengan suami yang tercinta, dan anak yang sentiasa ada di sisi.

2 TAHUN DULU.......
  • Saya dan suami adalah husband and weekend wife
  • Hidup tiga penjuru, saya di UIA, suami di Bangi, anak di kampung. Kemudian saya dan suami semakin jauh berpisah apabila suami menyambung belajar di sini.
  • Kami tiada rumah, hanya bergilir-gilir minggu di rumah mak saya di Bera atau mak mertua di Temerloh
  • Kereta viva CCA 6513, pengangkutan kami ke sana kemari.....
  • Anak saya membesar bagaikan kehidupan orang nomad....sentiasa berpindah setiap minggu, bergilir rumah wan aki dan wak atuk
KINI.........
  • Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dapat duduk sebumbung
  • Saya suri rumah sepenuh masa, suami masih sibuk dengan pembelajarannya....anak kami kauthar membesar dengan kasih-sayang ummi dan abahnya..
  • Apartment Palm Shadow ini merupakan tempat kami berteduh
  • Kami memulakan kembara baitul muslim di negara Uncle Sam, di bumi Tucson, Arizona yang sangat panas sekarang ini...
  • Mazda Protege, nadi pengangkutan kami. Walaupun pada mulanya kami hampir ditipu, tetapi alhamdulillah Allah sentiasa membantu kami. Kami terselamat.
Allah hu akbar. Sayu rasa hati ini.
Sudah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan tanpa aku sedari ya Allah...
Patutkah aku menjadi hambaMu yang tidak bersyukur ?
Ya Allah
ampunkan dosaku, andai aku lalai..
Bimbing aku andai aku tersasar




Sebelum ini saya pernah menulis tentang sabat baik saya disini..Chen. Tetapi pada Jun 11 yang lalu dia sekeluarga telah berpindah ke North Calorina. Saya kehilangan seorang sahabat yang yang sangat memahami, tempat saya berkongsi cerita...Saya sangat terasa kehilangannya...

Toy house- beli dari Chen

Juadah kami

Farewell dinner di rumah saya


best friend Kauthar, Colin

Sunday, June 20, 2010

ALLAH beri JALAN dengan sedikit UJIAN

Bismillah hir rahmanir rahim.....


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya sentiasa yakin. Saya juga pasti.

Lama saya tidak menulis. Masa begitu mencemburui saya. Terngiang-ngiang di telinga saya nasyid raihan yang begitu popular dinyanyikan suatu ketika dulu.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara:

Muda sebelum TUA,
Lapang sebelum SIBUK,
Sihat sebelum SAKIT,
Hidup sebelum MATI...

(entah betul ke tidak susunan lirik ni, hik hik)

Kalau dulu, saya selesa berada di zon 'lapang' itu, tapi kini saya mengintai-intai ruang itu. Menjadi baby sitter tidak mudah. Itu jawapan saya setelah hampir dua bulan menggalas amanah tersebut. Tetapi mungkin minggu ini atau minggu depan adalah mingu terakhir saya menggalas amanah itu.

Kerana apa? Kerana saya gagal.......Gagal mematuhi syarat yang SATU itu.....

"Bila nak ada kat rumah nyer ni" tanya suami pada saya di suatu petang. Tersenyum saya mendengar rungutannya itu. Berbunga riang hati saya seketika. Seronok pula rasanya. Terasa kewujudan saya dihargai.

Biasanya saya yang yang selalu ditinggalkan. Tapi kini, saya tiba-tiba menjadi sibuk dan selalu meninggalkannya...hik hik tak pe la abang, bukan selalu pun.

Rutin saya yang dulu sebagai suri rumah sepenuh masa dan hujung minggu terlibat dengan Sunday School sudah lama berakhir. Insya allah ada rezeki, selepas aidil fitri nanti sekolah akan dibuka semula.

Kini saya dengan rutin yang baru. Weekdays sebagai baby sitter, dari 9.30 pagi-4.30/5.00 ptg, malam rabu ajar ngaji. Kemudian saya juga diminta terlibat dengan summer camp. Insya allah dalam tempoh masa sebulan. Bermula minngu lepas hingga awal julai. Saya diminta mengajar Quran untuk adik2 dalam lingkungan 9-11 tahun dan 12 tahun ke atas. Dua kali seminngu, selasa dan khamis dari pukul 6.00-maghrib. Walaupun agak sedikit penat dan terkejar-kejar saya cuba usahakan. Rasa bersalah untuk mengatakan tidak, kerana mereka sangat kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam al-quran. Saya tidak mengatakan saya begitu mahir dan hebat. Tetapi dengan ilmu yang sedikit di dada, yang saya timba di bumi Darul Quran dahulu, terasa berdosa jika dipersiakan, saya cuba untuk berbakti.

Teringat saya sebuah hadith yang berbunyi:

" Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya"

Kalau dulu, setiap Jumaat malam Sabtu, teratak kami disirami dengan sedikit majlis ilmu bersama pelaja-palajar Malaysia yang berada disini. Tetapi kini, memandangkan semuanya bercuti, ada yang pulang Malaysia. Sebahagiannya ada yang mengambil summer class, saya cuba mengintai peluang yang ada. Saya cuba berjinak-jinak untuk mendalami bacaan Qiraat Qalun daripada seorang rakan saya yang juga seorang pengahafaz Al-Quran. Alhamdulillah, sudah dua kali saya berguru dengannya.

Begitulah ketetapan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA. DIA yang memberi rezeki, DIA juga yang mengambilnya. Semuanya adalah dariNYA dan berlaku dengan IRADATNYA.

" Abang x de masalah apa-apa, cuma pastikan kalau suami dia nak hantar atau ambil anak dia, dan kalau abang x de kat rumah. x boleh. kalau isteri dia xde masalah. kalau dia x boleh ikut syarat ni, x boleh kerja". SATU syarat diberikan oleh suami saya ketika saya mula-mula hendak bekerja sebagai baby sitter ini.

Tetapi, syarat yang SATU itu saya GAGAL patuhi....

Saya akui, itu salah saya.....

"Abang, sayang rasa nak berhenti la kerja ni. Rasa letih sangat". Saya pernah mengajukan kepada suami niat saya untuk berhenti. Tapi, saya tiada alasan yang kukuh. Dulu, saya yang menawarkan diri untuk membantu jiran disebelah rumah saya sebagai pengasuh. Ketika itu, anaknya baru berusia 5 bulan. Saya berasa kasihan seandainya dia di hantar ke taska. Lalu saya menawarkan diri, disamping mengisi waktu lapang saya dan secara tidak langsung Kauthar ada kawan.

ALHAMDULILLAH ALLAH datangkan jalan. Tetapi dengan sedikit ujian.

Ianya sedikit perit, tapi saya redha. Jalan mencari gelaran isteri solehah itu tidak mudah jika bukan dengan sedikit ujian.

Maafkan saya ABANG.

Syurga saya dalam REDHAMU yang bernama SUAMI.....

p/s: saya nekad untuk berhenti kerja sebagai baby sitter

Sunday, March 7, 2010

BUAT SAHABATKU PENGHAFAZ AL-QURAN

Bismillah hir rahmaa nir rahiim.....





diambil dari: saidhawwa.com (21 Disember 2008)

Sahabatku para penghafal Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal Al-Qur'an.Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan . Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal Al-Qur'an yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal Al-Qur'an tewas dan terlibat dengan maksiat yang sangat parah.

Al-Qur'an tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi Al-Qu'ran tersebut...

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal Al-Qur'an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawaapa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal Al-Qur'an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan Al-Qur'an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal Al-Qur'an.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi' Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meningggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. Al-Qur'an adalah cahaya. Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para sahabat yang ku kasihi...

Mata kita selalu melihat Al-Qur'an, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yang bertentangan dengan kata-kata Allah (cth: muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca kalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita selalu SMS atau chatting dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun solat tahajjud. Qiamullail adalah warisan bagi mereka yang menghafal Al-Qur'an.

Sehari kita meninggalkan Al-Qur'an, seminggu Al-Qur'an meninggalkan kita, sebulan kita tinggalkan Al-Qur'an, setahun Al-Qur'an meninggalkan kita...

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, kerana apabila kita megutamakan Al-Qur'an Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan Al-Qur'an (murajaah/mengulang) dalam seharian??? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berakhlak dengan akhlak Al-Qur'an. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan dengan Al-Qur'an. Malulah kita dengan Al-Qur'an terutama lagi dengan Pencipta kita, Allah.

Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang lemahdan hina ini, peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur'an.

Uhibbuka fillah
Barakallhu fikum....

Monday, January 18, 2010

Halalan Tayyiban



Bismillah hir rahmanir rahim...



Sebelum ini saya tidak pernah begitu sangat-sangat concern dengan apa yang di makan. Asalkan ia halal, bersih, baik itu sudah mencukupi.

Tetapi sejak berada disini saya begitu teliti. Setiap kali ke grocery memang kami sekeluarga mengambil masa yang agak lama untuk meneliti setiap ingredients yg terkandung di dalam setiap makanan yang dibeli. Bimbang seandainya mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Kami begitu berhati-hati dalam memilih setiap makanan.Teringat saya firman Allah Taala yang berbunyi:


O people, eat of what is lawful and clean in the earth and do not follow the ways of Satan, for he is your avowed enemy (Al- Baqarah;168)

Bimbang seadainya darah daging yang mengalir di tubuh ini bukan dari sumber yang halal. Lebih-lebih lagi bila berada di negara yang bukan Islam ini.

Tetapi semalam kami diuji.

Kami membeli chocolate cadbury dairy milk whole nut.

"Halal ke abang? " tanya saya kepada suami.

"Kawan abang dari UK kata, cadbury ni dari UK, dan halal di makan," jawab suami.

Masih ada lagi keraguan di hati saya.

Saya meneliti ingredients yang tercatat pada sampul tersebut. Ada emulsifier ( E442, E476).

"Ini ada E ni, boleh makan ke?" tanya saya lagi.

"Betul, kawan abang kata kalau nak makan chocolate yang ni je halal selain Hershey yang biasa kita makan tu" jawab suami lagi cuba meyakinkan.

Saya makan juga sedikit. Biasanya kami hanya makan chocolate Hershey buatan US. Kalau tengok ingredients memang ia bolh di makan. Cuma semalam kami terjumpa chocolate cadbury ini di sebuah kedai cina Lee Lee di sini dan teringin nak makan sebab dah lama tak jumpa brand ni kat sini.

Entah kenapa saya begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang isi kandungan chocolate tersebut. Balik ke rumah, saya cuba search di internet.

Apa yang saya ketemui sungguh memeranjatkan saya.

Article pertama yang saya jumpa dari laman web http://www.7cgen.com/index.php?showtopic=28797&mode=linearplus menyebut:

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT;

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,
E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E



Lama saya beristighfar di dalam hati. Termangu saya seketika didepan komputer.


Saya berkongsi dengan suami maklumat yang saya dapat sekembalinya dari masjid. Tetapi dia menasihatkan saya supaya jangan mudah percaya dengan semua maklumat di internet. Cuba check dekat laman web yang betul2 boleh di percayai. Nasihat dia kepada saya.

Saya masih lagi tidak berpuas hati.

Pencarian saya berhasil.

Maklumat kedua yang saya dapat dari http://www.eat-halal.com/ membuatkan tubuh saya menggeletar.

Antara isi artikel tersebut adalah:

All other 'E' number additives at the time of publication are Halaal, because of the ruling of Tabdeel-e-Mahiyat. Please refer to our article elsewhere in this book on this subject.

Except the following:
E473, E474, E475, E476, E477, E478, E631, E635, E640, E920


Maklumat penuh boleh rujuk disini



Saya terkesima. Instinct saya betul.

"Abang , lepas ni jangan beli apa-apa dah dekat luar, biar ummi masak dan buat semua". Kata saya akhirnya kepada suami.


Nasihat saya kepada semua kalau boleh check dulu betul2 semua isi kandungan setiap makanan yang kita beli walaupun dah tertulis halal di situ dan ia buatan malaysia.

p/s: Dalam menjaga pemakanan kami seharian, kami sudah mencuba sedikit demi sedikit bertukar kepada organic food yang lebih boleh dipercayai halal dari segala sudut.


Sunday, January 17, 2010

Ikhlaskah kita?

Bismillah hir rahmanir rahim...



Sedih????
Penat????
Takde mood???

Apa puncanya???

Cuba check semula apa niat kita??

Ikhlaskah kita sebenarnya??

Bila pendapat kita tidak diterima, kita marah,
Jadi ihklaskah kita memberi pendapat

Bila anak-anak memberontak, mengamuk dirumah
Kita marah
Jadi iklaskah kita mendidik anak-anak yang masih belum sempurna akalnya


Bila kita penat, letih membuat kerja rumah
Kita mengeluh, merungut
Iklaskah kita sebenarnya


Jawapannya semua ada pada diri kita sendiri







Tuesday, December 15, 2009

Al- fatihah buat adik 'Ukasyah'

Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Baru sebentar tadi ketika membuka laman web facebook, saya dimaklumkan dengan kematian adik "Ukasyah' yang baru berusia 3 bulan lebih. Punca utama kematian masih belum dipastikan, tetapi mungkin tersedak ketika minum susu di nursery. Ini kali kedua kes yang saya dengar, baby meninggal akibat kecuaian di nursery selepas kematian anak ustaz Ramadhan Fitri beberapa bulan yang lalu. Al- Fatihah buat adik 'Ukasyah'.....moga kedua ibu bapanya tabah dan kuat mengghadapi ujian yang hebat ini...

Seandainya saya ditempat mereka, entah saya mampu atau tidak menanggung ujian ini. Teringat saya kes pagi tadi, ketika Kauthar terjatuh dari kerusi dan saya tak sempat untuk menyambutnya pun membuatkan saya rasa sangat bersalah dan berdosa seandainya terjadi apa2 ke atas dirinya. Inikan pula dengan berita kematian yang mengejut ini...

gambar ini saya ambil daripada blog


Untuk pengetahuan, ibu bapa 'Ukasyah' masih lagi merupakan seorang pelajar. Ibunya adalah pelajar tahun akhir kuliyyah of Nursing di UIA kuantan. Ayahnya saya terlupa...mgkin pelajar uia juga kalau x silap. Seperti yang sedia maklum pelajar2 uia memang agak ramai yang berkahwin sewaktu belajar. Tetapi sebenranya itu bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.

Suatu ketika dulu....

Ya, saya juga merupakan salah seorang daripada bekas pelajar uia yang berkahwin ketika belajar. Pada saya itu adalah pengalaman yang sangat bermakna. Sangat sukar untuk diluahkan dan ditafsir. Dan saya juga bergelar ibu dan isteri ketika berpenat lelah untuk mendapatkan segulung ijazah.

Pahit getir, jatuh bangun saya ketika di Universiti hanya Allah yang tahu. Suatu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila2. Alhamdulillah sekarang semuanya telah selesai. Cuma yang saya sedikit kesali adalah kerana saya tidak mampu waktu itu untuk 'breasfeeding' Kauthar sepenuhnya. Hanya sempat beberapa bulan. Kemudian bertukar kepada susu formula.

Bukan saya tidak mencuba. Ketika saya memulakan kelas Kauthar berumur 2 bulan lebih. Kebetulan saya melahirkannya ketika cuti panjang, 3 bulan walaupun saya tidak sempat menghabiskan satu paper final exam bersama kawan2. Tetapi terpaksa mengambilnya selepas 4-5 minggu berpantang . Saya meletakkan Kauthar di bawah jagaan mak saudara suami yang kebetulan tinggal di Permatang Badak. Jarakknya yang dekat dengan UIA membolehkan saya berulang setiap hari. Tetapi hanya bertahan sehingga sebulan.

Selepas itu saya terpaksa meletakkannya di bawah jagaan mak abah di kampung. Saya terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar ini setelah menimbang beberapa faktor. Mak memang tidak membenarkan saya meletakkan Kauthar di nursery kerana alasannya masih terlalu kecil, tidak sesuai. Saya tidak pernah menyuruh mak menjaga ank saya. Kalau boleh saya x nak menyusahkan mak. Cukuplah mak dah bnyk berkorban. Anak saya biarlah saya yang jaga. Tetapi dia yang menawarkan diri. Setelah beberapa kali mak mendesak. Saya akur. Itulah mak saya. Padanya biarlah dia berkorban. Jasa mak tak akan saya lupa sampai bila2. Tetapi itulah fenomena dalam keluarga saya yang saya dapat lihat. Daripada cucu pertama hingga yang ke-17, iaitu Kauthar semuanya mak yang jaga sampai umur mereka dalam 1 tahun. Hanya 2-3 org sahaja yang tidak.

Pengalaman bekerja di nursery...

Saya pernah bekerja di nursery beberapa bulan. Saya lupa bila. Mungkin cuti akhir sem 2 ketika di uia kuantan. Pengalam bekerja di nursery juga antara faktor yang menyebabkan saya agak berat hati untuk menghantar anak kesitu. Saya bukan nak memburukkan nursery. Cuma pengalaman saya bekerja membuatkan saya berhati2. Tak sama rasanya cara kita menjaga dengan orang lain menjaga.......Cukuplah saya katakan pengalaman itu menjadikan saya berfikir banyak benda...

Dan ini adalah antara faktor yang membuatkan saya masih lagi berfikir sama ada mahu bekerja atau jadi suri rumah sahaja....huhu...sukarnya membuat pilihan.. hakikatnya saya masih berfikir...ramai orang berkata..ada ijazah tak kan nak duk rumah sahaja...suami saya tidak menghalang. Katanya "melarang tak, menyuruh pun tak....fikirlah mana yang terbaik" . Hingga ke hari saya masih dalam dilemma....mencari yang terbaik dalam hidup sebagai khalifah Allah, dalam mencari Redha suami dan Redha Allah yang hakiki.

Convocation...(10th October, 2009)

Sebenarnya, hari convocation ini adalah hadiah saya untuk mak abah yang dah banyak sangat berkorban untuk saya...saya tak pernah menulis sebelum ini tentang peristiwa tersebut. Kami sekeluarga balik ke Malaysia dalam masa seminggu ketika suami saya di tengah2 semester di sini. Hakikatnya hanya 4 hari di malaysia. Kami bertolak petang selasa, selepas suami habis kelas. Sampai di Malysia tengah hari Khamis. Almost 21 hours in flight. Terus ke rumah mertua di Temerloh. Jumaat balik ke rumah saya di Kumai, Bera. Sabtu saya convo di UIA Gombak. Ahad berehat dirumah kakak di Beranang. Pagi Isnin bertolak semula ke sini. Ramai orang kata kami buat kerja gila. Kami habis duit dalam RM 10000. Tipu kalau saya kata tak penat. Dengan Kauthar yang masih kecil. Tapi saya kata kat suami, "kali ini biar kita habis duit, habis tenaga, penat, tapi saya tetap nk balik. Ini hadiah saya untuk mak abah." Dalam adik-beradik hanya saya seorang dalam keluarga yang masuk universiti. Tak salahkan kalau saya menggembirakan hati mereka. Setelah 6 tahun berjuang, sedih rasanya kalau saya tidak menghargainya.
Hadiah buat mak abah....saya gembira dapat menggembirakan hati mereka



Keredhaan mak abah penting bagi saya. Sebenarnya balik dari malaysia, suami saya ada midterm pada hari Khamis minggu yang sama. Terseli juga kebimbangan di hati saya kalau di sebabkan balik ini abang x dapat nak score. Dia ada masa 2 hari untuk review semula palajarannya. Tetapi alhamdulillah berkat doa orang tua, abang cemerlang dan antara yang dapat highest mark. Alhamdulillah....



Wednesday, December 2, 2009

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang......

Entah mengapa entry kali ini telah beberapa kali tertangguh, beberapa kali terhenti. Hati masih dipalut hiba. Terkenang arwah nenek yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.

Tanggal 10 Zulhijjah 1430H yang lalu, tepat 7.30 pm nenek (atau panggilan mesra orang pahang, wek) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Terkedu seketika aku ketika mendapat pesanan SMS dari adikku kira2 pukul 5am Tucson, pagi hari raya aidil adha. Kesuraman menyelubungi diri di hari yang penuh barakah itu. Beberapa hari sebelum hari raya, aku mendapat khabar berita daripada mak mengatakan bahawa "wek" dalam keadaan tenat. Telah beberapa hari mak dan abah berulang-alik ke kampung menemani "wek" di sana.

Hajat mak dan abah ingin melakukan korban pada hari raya kedua terpaksa di awalkan ke hari raya pertama memandangkan keadaan "wek" yang semakin tenat. Ajal maut di tangan Tuhan. Belum sempat selesai sepenuhnya pembahagian daging korban, abah mendapat berita daripada adiknya "wek" telah pergi menghadap ilahi. "Innalillah hi wainna ilai hi rajiun". "wek" dikebumikan keesokan harinya memandangkan kekurangan tenaga pekerja untuk menggali kubur pada waktu malam dan kesibukan orang menyambut hari-raya korban.

Menurut mak arwah jatuh sakit terkena strok pada juga bulan zulhijjah 3 tahun yang lalu. Dan kini arwah kembali ke rahmatullah juga pada bulan yang sama. Seminggu lebih telah berlalu. namun ingatan terhadap arwah masih segar di ingatan. Kali terakhir aku berjumpa arwah, 5 bulan yang lalu sebelum bertolak ke sini. Terkenang saat2 aku menjaganya dahulu, memandikan, memakaikan baju, menyuapnya makan. Semuaya masih segar. Rasanya ini kali pertama aku kehilangan insan yang agak rapat denganku, tanpa aku hadir di hari pengkebumiannya. Di sebabkan itu, perasaan hiba ini terus menyelubungi hatiku.

Doaku buat arwah: "ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa nenekku, tempatkan nenekku di kalangan hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh, jauhkan lah dia dari azab kuburMU ya allah. AMEEN"

Semalam aku juga mendapat berita seorang sahabat ketika di sekolah menengah (SMKAP) (Mohamad Shukri Shafie) juga telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


APABILA MATINYA SEORANG ANAK ADAM TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA MELAINKAN 3 PERKARA:
  • SEDEKAH JARIAH
  • ILMU YANG BERMANFAAT
  • DOA DARI ANAK YANG SOLEH







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, September 29, 2009

Cermin mata oh cermin mata

Bismillah hir rahmaa nir rahiim..

Actually banyak yang nak dicoretkan disini terutama sekali 1st time pengalaman beraya di perantauan. Mungkin kena simpn betul2 dalam memori then after this baru tulis. Walaupun da lapuk, tapi ia kenangan yang x dapat dilupakan. Tapi sebab paling utama x dapat nak menulis adalah my glassess was broken before eid fitri lagi. So, x dapat nak duduk lama2 depan kamputer. Mesti pening kepala, sebab nak kena fokus. Setengah jam tu pun da kira lama huhu.

Reason kedua, nak kena manage masa semula. Dulu bulan puasa boleh la nak duk lama2 skit depan komputer sebab ada banyak masa, tapi sekarang nak sibuk memasak pulak. hehe. Almaklumlah da jadi full time house wife. Lebih2 lagi winter is coming soon. Siang da jadi pendek skit and malam da semakin panjang. Sekarang ni 338pm da masuk asar, 615pm da masuk maghrib then 718pm isyak. Nak kena adapt dengan waktu sekarang pulak. Kesian kat Kauthar x dapat nak main2 lama2 dah kat luar rumah. Bangun tido waktu da dekat nak maghrib. Insya allah after this nak kena cari waktu lain pula untuk menulis. Seminggu lagi nak balik malaysia. Dah tak sabar rasanya nak jumpa mak abah dikampung. Walaupun balik hanya untuk 4 hari, moga2 terlepas juga rindu di hati. Moga perjalanan kami diberkatiNya dan dimudahkan segala urusan.

Sedikit pesanan dan tazkirah untuk diri sendiri terutamanya, bolehkah aku untuk istiqamah dengan amaaln di bulan Ramadhan yang lalu untuk di jadikan bekalan sepanjang 11 bulan ini untuk bertemu Ramdhan yang akan datang?Ya allah ku pohon ampun dan bantuan dariMu untuk istiqamah di jalan Mu yang singkat ini... Amin







p/s: Balik malaysia nak kena buat glassess yg baru, then kena buat spare sebab tak tahu bila pula nak balik lepas ni...huhu

Thursday, September 3, 2009

Muhasabah diri

Bismillah hirrahmanir rahim...

Setinggi2 kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat hidup iman dan Islam. Hari ini tanggal 13 Ramadhan, 10 ramadhan pertama telah berlalu yang dijanjikan Allah dengan seribu rahmat. Hitung2 diri semula adakah kita dah berjaya mencapai rahmat yang Allah telah janjikan tersebut. Andai kita masih terleka, kita masih belum terlambat. Fasa kedua Ramadhan yang dijanjikan Allah maghfirah, keampunan dariNya masih terbuka luas. Saya menyeru diri saya diri dan semua muslimin-muslimat marilah kita merebut2 dan berlumba2 untuk meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Siapa tahu andai ini Ramadhan terakhir kita??? Fastabikul khairat....

Tuesday, August 25, 2009

Hari keempat!

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang2 yang di beri kitab sebelum kamu dan dari orang2 musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan " (Ali- Imran; 185 & 186).

Alhamdulillah dapat juga aku meneruskan bacaan Al-Quranku sesudah solat zohor sebentar tadi. waktu zohor di sini awal pukul 12.26pm. Anakku Kauthar sedang lena diulit mimpi. Tidurlah anakku, rehathan dirimu sebentar.Tidak susah untuk menidurkannya berbanding dulu. Kalau dulu kemana-mana sahaja pasti dengan buaian. Agak susah kami hendak bergerak kemana-mana. Tapi kini alhamdulillah, sedang aku menunaikan solat zohor tadi, dia turut hadir sebelahku dan meletakkan kepalanya diatas tikar sejadah dan terus melelapkan mata. Setinggi kesyukuran kupanjat kepadaMU ya Allah memudahkan urusan hambaMu yang dhaif ini. Mungkin juga faktor perjalanan yang lama untuk kami sampai ke sini dari Malaysia sebulan yang lalu, 24hours in the aeroplane as the causes for everything to change.

Hari ini juga, merupakan hari pertama suamiku memulakan class for this new semester. He take 3 subjects in this semester. Pasti suamiku masih berdebar2 menanti keputusan peperiksaan last friday yang akan menentukan sama ada dia berjaya untuk menyambung pHdnya atau tidak. Kupanjatkan doa buat suamiku moga2 semuanya berjalan lancar seperti yang kami harapkan. Kejayaannya adalah kejayaan kami sekeluarga. Tetapi sebagai insan kita hanya mampu marancang, segala ketentuan adalah milik Allah Yang Maha Khaliq.

Sudah dua hari kami sekeluarga berbuka dimasjid. Daripada pemerhatianku, tidak banyak perbezaan suasana berbuka disini mahupun di Malaysia. kami dihidangkan tamar dan susu untuk berbuka puasa. Kemudian solat maghrib berjemaah, selepas itu baru makan nasi. Bezanya cuma cara lauk2 tersebut dimasak. Sudah tentu ada bezanya dengan masakan di Malaysia. Agak berkurang sedikit jumlah sisters yang ifthar dimasjid semalam berbanding hari sebelumya. Begitu juga dengan solat Tarawikh. Mungkin faktor kelas yang telah bermula pada hari semalam dan hari bekerja menjadi penyebab. Kauthar juga sudah mula merengek sewaktu aku memulakan solat tarawikh pada rakaat yang kelima sesudah berhenti seketika untuk tazkirah. Mungkin fikirnya aku sudah siap menunaikan solat. Mungkin juga dia sudah mula bosan dan mengantuk kerana tidak ada kawan2nya yang dtg semalam. Insya allah petang ini kami sekeluarga berbuka dirumah pula. Apa ya menu kami pada petang ini??? Insya allah permintaan suamiku supaya aku memasak nasi lemak akan aku tunaikan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.16pm. Mungkin aku patut berhenti di sini dahulu. Aku patut rebut peluang yang ada sementara anakku masih tidur untuk menyediakan juadah berbuka kami pada petang ini.

" Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa2 kami dan hapuskanlah kesalahan2 kami, dan matikanlah kami beserta orang2 yang berbakti. Ya Tuhan Kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melaui rasul-rasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah mengingkari janji......AMEEN!!!" (Ali-Imran;193 & 194)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...