Pejam celik, pejam celik, sedar tak sedar dah genap setahun lebih saya di perantauan. Tanggal Julai 11, 2010 genaplah setahun kami di sini....
Saya cuba menoleh ke belakang seketika, menghitung hari-hari yang berlalu.Tiada yang lebih indah kini, melainkan dapat dekat dengan suami yang tercinta, dan anak yang sentiasa ada di sisi.
2 TAHUN DULU.......
- Saya dan suami adalah husband and weekend wife
- Hidup tiga penjuru, saya di UIA, suami di Bangi, anak di kampung. Kemudian saya dan suami semakin jauh berpisah apabila suami menyambung belajar di sini.
- Kami tiada rumah, hanya bergilir-gilir minggu di rumah mak saya di Bera atau mak mertua di Temerloh
- Kereta viva CCA 6513, pengangkutan kami ke sana kemari.....
- Anak saya membesar bagaikan kehidupan orang nomad....sentiasa berpindah setiap minggu, bergilir rumah wan aki dan wak atuk
KINI.........
- Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dapat duduk sebumbung
- Saya suri rumah sepenuh masa, suami masih sibuk dengan pembelajarannya....anak kami kauthar membesar dengan kasih-sayang ummi dan abahnya..
- Apartment Palm Shadow ini merupakan tempat kami berteduh
- Kami memulakan kembara baitul muslim di negara Uncle Sam, di bumi Tucson, Arizona yang sangat panas sekarang ini...
- Mazda Protege, nadi pengangkutan kami. Walaupun pada mulanya kami hampir ditipu, tetapi alhamdulillah Allah sentiasa membantu kami. Kami terselamat.
Allah hu akbar. Sayu rasa hati ini.
Sudah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan tanpa aku sedari ya Allah...
Patutkah aku menjadi hambaMu yang tidak bersyukur ?
Ya Allah
ampunkan dosaku, andai aku lalai..
Bimbing aku andai aku tersasar
Toy house- beli dari Chen
Juadah kami
Farewell dinner di rumah saya
best friend Kauthar, Colin
No comments:
Post a Comment