Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Diari kehidupan. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Anak-anak tak sihat

Dengan nama Alllah yang Maha agung

Lama saya menyepi. Anak-anak tak sihat. Dua minggu berturut-turut saya ke Emergency unit. Kali pertama, tasneem kena sakit kulit, kali kedua demam,batuk, selsema yang berlarutan. Hampir seminggu lebih. Kak long kauthar pun juga tak sihaat.

Alhamdulillah, sekarang semua dah pulih. Allah bagi sedikit ujian untuk menguji iasn kita dimana.


p/s: 48 hours sale ada lagi....MINGGU INI SANGAT ISTIMEWA....

Butik beg (50%off)

ini antara beg0beg yang ada....nk tahu harga email saya yer....


Kristin Leather Hippie
Kristin Spectator Leather Flap
MADISON GRAPHIC OP ART SEQUIN SOPHIA SATCHEL

p/s: tak dapat nak tulis banyak, mata tak nampak.....spec pecah huhu (ujian lagi). sesiapa yg berminat nak tengok catalog on sale boleh email saya atau pm saya di ummu-kauthar page seperti yg tertera di side bar tu...email saya:esfarizamgaffar@gmail.com

Friday, February 24, 2012

5 min only

Jom baca Al-quran sekejap sambil tadabbur makna...


Wednesday, February 1, 2012

COACH BOUTIQUE




AVAILABLE NOW FOR PRE-ORDER

100% ORIGINAL AND AUTHENTIC FROM USA

BRAND NEW WITH TAG

SHIPPING INCLUDED
NO HIDDEN FEE

Coach Poppy Legacy Stripe Zippy-RM599

p/s: sesiapa berminat hubungi saya di esfarizamgaffar@gmail.com

Saturday, January 28, 2012

The sale has closed

Bismillah hir rahmaa ni rahiim

Dengan rasminya, coach factory online sale sudah ditutup.

Mohon maaf kepada semua yang tak sempat nak beli tu. Kalau nak tu, cepat-cepat terus beli, kalau tak habis.

Pertama kali belajar dan dapat banyak pengalaman. Insya allah kalau dapat lagi invitation, saya maklumkan kepada semua.

TAPI, lepas ni tak dapat nak bagi harga tu dah, waktu nak check out, baru perasan ada tax dan shipping cost within US. Ingatkan free huhu.

p/s; terima kasih kerana memberi sokongan...

Tuesday, January 24, 2012

Tasneem 8-9 m.o



Tasneem di Muktamar MISG 2011 yang lepas

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Alhamdulillah sedar tak sedar hari ini Tasneem genap 9 bulan. Syukur padaMu ya allah atas segala nikmat baik senang ataupun susah.

Mendidik dan menjaga Tasneem hingga ke saat ini adalah suatu nikmat yang tidak ternilai. Setiap saat mereka berdua membesar di depan mata saya. Kadang-kadang bergenang air mata, terdetik dihati saya, 'i miss this time with Kauthar'.

Dikala usia 7 bulan yang lalu, Tasneem mula berdiri, memanjat di sana sini. Kini usia 8-9 bulan, dia mula bertatih. Mak kata 'nyusur adang'. Semua tempat yang boleh dipegang, dia akan berdiri dan mula berjalan. Baik dikatil, disofa, dikerusi, ataupun didinding. Tapi masih lagi dengan bantuan. Diusia ini juga dia mula merangkak. Tak jauh beza dengan kak long Kauthar. Kauthar dulu pun mula bertatih sendiri di usia 9 bulan. Tapi tak tumbuh gigi lagi. Ummi terselamat.

Diusia ini juga dia dah pandai associate word with action. Contohnya, bye-bye, tepuk tangan.
Bila makan, selagi dia tak kenyang, dia tak kan duduk main, tak bagi ummi buat kerja lain, bila ummi berdiri dia akan tarik-tarik kain ummi. Mula-mula saya tak faham apa yang dia nak, tapi sehari demi sehari saya mula mengerti dan belajar bahasa anak-anak. Agak sedikit berbeza dengan kak long. Kak long, baru dua tiga suap dah tutup mulut, tak nak makan. Ummi pula yang kena kejar dia nak bagi makan. Tapi kak long jenis yang makan sikit tapi kerap.

Mereka berdua sudah pandai bermain bersama, bergaduh bersama, 'mengemas' bersama, pandai cemburu (ermm boleh tahan juga ni, lebih-lebih lagi bila abah balik sekolah, berebut nak duduk atas abah =D.

Moga mereka berdua jadi anak-anak yang solehah, muslihah, sentiasa hidup dalam redha dan rahmat Allah. Ameen.

p/s: Sewaktu menaip, Tasneem tengah tidur atas ummi. Kalau tidur pagi (11.00am), mesti macam tu, kalau ummi letak dia jaga. Agaknya sebab musim sejuk ni. Bagi peluang kat ummi buka komputer =p.

~ menulis perkembangan anak-anak, bukan untuk membandingkan dengan anak-anak sesiapa. hanya sekadar kenang-kenangan di hari tua. maaf andai ada yang tidak suka.


Kauthar sangat seronok dan suka dapat main salji di Flagstaff.

Monday, January 23, 2012

Tahniah Abang long!


Dengan nama Allah yang Maha Agung


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, abang long kami (abang kepada suami saya) telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan hatinya pada hari ahad yang lepas (22 januari 2012).

Seronok, tak sabar, gembira, semua ada nak tengok kakak ipar yang bertahta dihati abang long setelah sekian lama.

Barakallah hulakuma wabara 'alaikuma wajamaa bainahuma fil khair. Doa kami dari kejauhan...


Abang long yang sangat confident

p/s: Gambar pengantin perempuan tak boleh nak letak, sebab tak dapat kebenaran daripada abang long lagi. Majlis pun tak buat lagi, nak tunggu kami balik ke? Weeee=p



Wednesday, January 18, 2012

Dilemma ummi bahagian 2

April 2010- pertama kali Kauthar ke ER


Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Sambungan daripada dilemma ummi

Ermm apa yang Tasneem makan?

Sesuatu yang kotor dan penuh dengan kuman. Saya basuh mulut Tasneem sampai dia nak muntah. Astaghfirullah hal 'azim. Mengucap panjang saya. Malu nak cerita. Segan apatah lagi. Tapi ia peristiwa yang tidak akan saya dilupakan. Juga pengajaran buat saya, suami dan kak long. Moga ia tak kan berulang lagi.

Kak long juga dapat hukuman pada hari itu. Alhamdulillah, dia akur dengan hukuman yang diberikan kerana kelalaian yang disengajakan.


KAMI KE ER (EMERGENCY ROOM) AKHIRNYA

Kenapa???

Sedang Tasneem tidur pada suatu malam, tiba-tiba dia batuk dan muntah susu. Sejak dia lahir hingga ke umur 8 bulan, tak pernah lagi dia muntah susu sebelum ini. Kerana bimbang yang makin mendalam, akhirnya saya nekad membawa Tasneem ke hospital.

Pulang sahaja suami dari masjid malam itu, laju saya menceritakan apa yang berlaku. Akhirnya, pada pukul 10.30 malam kami menjejakkan juga kaki ke ER.


LETIH MENUNGGU

Prosedur di ER bukan bergantung kepada siapa sampai dahulu. Tetapi mengikut tahap kritikal sesuatu kes.

"There are lot of patients tonight" kata Dr yang bertugas. Hampir ke jam 3 pagi baru kami berkesempatan berjumpa dengan Dr. Tasneem dan Kauthar sudah lama tertidur. Abang juga entah beberapa kali terlelap kepenatan. Saya masih mampu bersengkang mata menuggu dengan penuh sabar.

Inilah antara faktor yang menyebabkan kami 'liat' untuk ke hospital melainkan ia benar2 'urgent'. Tetapi kami tiada pilihan lain. Di sini tiada klinik2 kesihatan seperti di Malaysia yang boleh menjadi tempat rujukan. Jika sakit, ER lah destinasi tumpuan kami. Lebih-lebih lagi apabila pihak insuran hanya akan bertanggungjawab membayar bil-bil hospital seandainya ia daripada ER. Atau dengan kata lain hanya bila sakit.

Teringat saya antara rungutan-rungutan kami di sini bila terasa susah untuk berjumpa doktor seandainya hanya sakit biasa2 sahaja. Ada yang memberi idea"buat-buat sakit".


TIDAK KRITIKAL

Alhamdulillah, itulah jawapan yang diterima sebaik sahaja Dr selesai melakukan pemeriksaan ke atas Tasneem, selepas saya menceritakan segala-galanya, sejak dari Tasneem jatuh katil hingga ke kejadian sebentar tadi.

Alhamdulillah ada lega disitu. Paling kurang saya tidak perlu berfikir yang bukan-bukan dan berhenti menyalahkan diri sendiri.

Hampir waktu subuh, baru kami tiba di rumah. Terpaksa melapkan mata selepas subuh ekoran keletihan yang tidak dapat dibendung lagi.


Wednesday, December 7, 2011

Dilemma ummi

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Saya baru terbaca di blog ummu saif tentang artikel berkaitan dengan baby jatuh...bacaan lanjut boleh tengok disini. Badan saya terus menggeletar.

Sudah lama saya tak berblog walking. Nak buka blog sendiri pun susah. Saya susah hati sebenarnya. Risau ada semua ada.

Hari tu (18 november) Tasneem jatuh katil sebenarnya. Puas saya doa jangan la benda macam ni jadi. Tup tup jadi juga. Teringat dulu kak long pun pernah jatuh katil juga. Ok, berbalik semula cerita Tasneem. Memang la dia menangis lepas jatuh tu. Menggeletar terus badan saya waktu tu. Saya tengok tak ada apa2 kesan lebam pun. Tapi dalam hati tak tahu nak cakap apa. Risau ada kecedaeraan dalaman.

Waktu tu kami bersiap2 nak pergi halaqah dekat rumah adik-adik ni. Abang dan kak long dah tunggu kat luar, saya dekat dapur nak ambil donut nak bawa rumah adik-adik ni. Tasneem tengah tidur. Tetiba dengar dia jatuh. Biasanya kalau dia bangun dia akan menangis sebab tak ada orang dekat sebelah, tapi hari tu tak ada pula saya dengar dia menangis. Bila tengok dia 'ok' sahaja, saya pun terus capai jaket nak keluar dari rumah.

Tiba-tiba kak long kata "its bleeding". Terus abang panggil saya. Saya kat dalam bilik terus berlari keluar. Terkejut tengok hidung kiri Tasneem keluar darah. Menggigil-gigil badan saya ambil Tasneem dari abang, sambil kata kat abang "Jom, pergi hospital sekarang!".

Niat nak solat isya' berjemaah di rumah adik2 ni terpaksa dibatalkan. Kami solat bergilir-gilir sebelum ke hospital. Bimbang kalau lama di hospital nanti tak ada tempat nak solat. Habis solat terus saya call mak. Tak ada orang pula kat rumah. Laju tangan saya mendail nombor handphone mak. Terus saya ceritakan apa yang berlaku. Bila mak kata biasa la tu budak jatuh katil, tak ada apa tu. Tapi mak kata nak pergi pun tak apa lagi bagus. Saya dah berbelah bagi. Ikut hati memang nak pergi hospital.

Saya cuba hubungi kak zatul pula tanya pendapat. Alasan yang sama diberikan kepada saya, jangan risau tak ada apa tu. Abang pun tak berapa nak pergi bila tengok Tasneem dah aktif semula. Lagi-lagi bila tengok pendarahan tu tak berterusan, selepas saya lap darah tu, dah tak ada dah yang keluar. Saya semakin berbelah bahagi bila tak ada pun yang support saya untuk pergi ke hospital. Laju tangan saya google di internet mencari simptom2 yg disebabkan oleh jatuh. Memang betul tasneem tak ada batuk, muntah-muntah,tapi kerisauan saya tetap ada.

Maka, malam tu kami tak jadi ke hospital....terus ke rumah adik2 ni. Tapi saya tetap letakkan dia dalam pantauan saya dalam tempoh 24jam. Tapi tula, bak kata ummu saif, parents bukan doktor yg dapat pantau anak2 secara clinically.

Dah 2 minggu lebih kejadian tersebut berlaku. Kerisauan saya masih ada lagi. Lagi2 bila terbaca tulisan ummu saif tu. Ditambah pula bila kelmarin Tasneem termakan sesuatu?????

Hmmm, sesuatu apa?

Cerita bersambung...







p/s: Alhamdulillah Tasneem dah 7 bulan lebih, dah pandai duduk sendiri, dah nak berdiri, memanjat. Ummi makin risau, takut jatuh. Kalau boleh memang mengawasi dia 24jam.

Kepada yang berkenaan

Dengan nama Allah yang maha Agung


Merujuk kepada tajuk diatas, kepada si fulan binti si fulan (nama terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu). Saya sertakan di sini bukti saya telah menerima order yang telah dibuat oleh si fulan. Insya allah tunggu masa untuk di pos ke Malaysia.





proof of orders



Baby Alibve Better Now Baby Blone


Medela Single Delux Pump~ also known as Medela mini Elektrik



p/s: ada sesiapa juga berminat dengan Medela mini Elektrik tu? =)


The Weekend School

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Saya nak kongsikan gambar-gambar the weekend school. Alhamdulillah tahun ketiga saya berbakti. Mungkin tahun terakhir =(.... Tasneem dan Kauthar pun saya angkut sekali.

Saya seronok. Saya tak rasa stress pun walaupun mereka dua beradik ada disamping saya sewaktu mengajar. Suka lagi ada la. Kauthar sangat tak sabar nak pergi sekolah. Setiap hari tanya bila boleh pergi sekolah. Walaupun minimum umur untuk masuk sekolah ini adalah 5 tahun, tapi secara tak langsung Kauthar yang baru 3 tahun tu pun join sekali..=) Ada la juga 2,3 orang yang umur 4 tahun yang masuk. Tahun ni kami ambil gambar setiap pelajar yang daftar, supaya tak ada timbul isu di kemudian hari. So, Kauthar tanya saya kenapa tak ada orang ambil gambar dia. Saya jawab "kak long baru tiga tahun, yang tu lima tahun". Sejak dari hari itu setiap hari dia bertanyakan saya dan abang adakah dia sudah 5 tahun???

Walaupun weekend school banyak di monopoli oleh orang Somali yang mana kebanyakkannya refugee. Tapi saya sangat kagum dengan keazaman untuk belajar. Malah kadang2 sebutan mereka lagi fasih (baca Al-Quran) jika dibandingkan dengan orang Arab.

Alhamdulillah ada la juga 2, 3 orang adik2 undegrade yang ikut saya mengajar kat weekend school ni. Paling kurang, kalau saya balik tahun depan ada la yang akan menyambung perjuangan saya ni.





~yang tengah belajar karate ni budak2 level 4.
~gambar Kauthar ada gak tengah peaang hidung, tapi kalau tengok sekali imbas tak perasan sebenarnya tu adalah dia


Tuesday, December 6, 2011

Berniaga kerana Allah

Dengan nama Allah yang maha Agung

Saya berniaga kerana Allah. Moga beroleh redhaNya. Merujuk kepada Jualan Runtuh Musim Luruh (JRMR) yang lepas, saya menolong kawan sebenarnya. Saya nak jual sendiri tak punya kekuatan lagi. Lagipun susah nak shipping. Mahal!!! Kebetulan ni kawan saya buat shipping guna kontena. So, saya pun tolonglah dia. Kebetulan kawan saya ni, satu tempat belajar dengan abang. Satu fakulti pun, namanya kak ina. Dia pun buat phd kat sini. Kawan abang sebenarnya, tapi kira kawan saya juga la kan. hehe =)

Dekat bawah ni saya sertakan tempahan yang dibuat oleh kawan-kawan saya. Baru perasan kecil je gambarnya. Sebab ni gambar yang kak ina forward kt saya. Walapun tak banyak mana, tapi saya bersyukur. Bukankah semua rezeki itu datangnya dari Allah. Insya allah kapal akan bertolak akhir bulan ni atau awal bulan 1. sebarang maklumat akan di update dari semasa ke semasa.




tempahan dari adik marlina, sama tempat belaja dari sekolah menengah sampai masuk uia, tak sangka kan marlina..saya lupa apa nama dia~ 2 set gak. dapat free gift pie plate


tempahan dari mak sedara saya, 2 set pretty pink~ dapat free gift pyrex tutup biru tu


tempahan dari sahabat baik saya, loose items 18pcs ~2 set corelle simple line. dapat free gif juga


Terima kasih kerana mempercayai saya...=)

Monday, October 24, 2011

Tazkirah buat ummi.....

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...


Entah kenapa sejak akhir2 ni saya kerap bermain dengan emosi. Tadi saya terbaca satu artikel di laman facebook tentang anak-anak. Sangat menyentuh hati saya.....
Saya kongsikan di sini artikel tersebut.

‎1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

'Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"By: Ahmad Fitri Zainul



Alhamdulillah hari ini juga Tasneem genap 6 bulan. Syukur padaMu Ya Allah, dapat meyusui Tasneem dalam tempoh ini. Moga berkekalan sehingga umur Tasneem 2 tahun.


'Amr bin Abdillah berkata kepada isterinya yg sedang menyusui bayinya, "Janganlah engkau menyusui bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiduplah seorang yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya


p/s: Ya allah kurnikan kami kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak kami Ya Allah, sesungguhnya, mereka adalah amanah darimu...RedhaMu dan petunjukMu ku pohon, Ameeen ya rabbal 'aa lameen

Sunday, September 18, 2011

Malam Raya 1432 H


Dengan Asma' Allah yang Maha Agung


Malam 1 Syawal yang lalu, kami berkumpul ramai-ramai kat rumah Kak Zatul untuk takbir raya. Pertama kali buat takbir raya dekat sini. Cadangan asal nak buat dekat rumah saya, tapi saat-saat akhir tukar sebab Kak zatul nak meraikan kawan dia dari Miami, yang datang beraya disini sebelum pulang ke Malaysia. Jom tengok gambar.....



Keluarga Kak Ira bersama keluarga K.zatul, (gambar kiri bawah)





p/s: saya baru pandai berpicnik...hasil tunjuk ajar Ummu muhammad. Trima kasih cikgu=)

Monday, August 22, 2011

Ramadhan kali ini bahagian 2

Dengan Asma' Allah yang maha Agung

Sambungan dari Ramadhan kali ini.

Apa yang berlaku kat rumah saya? Jeng jeng jeng

v
v
v
v
v
v
v
v


Gambar-gambar ini semua dari blog Yasmin. Rajin betul budak ni saya pun tak sempat ambil lagi gambar2 rumah ni.





ini pemandagan dari luar rumah


Rumah saya tingkat atas,tak pernah-pernah duduk atas setelah 2 tahun kat sini, kali ini dapat tingkat ats pula



Pintu masuk



Tengok la tu, dah siap bersusun semua perabot. Siap bentang karpet lagi



Fire place. Tak tahu nak guna masa bila, Nak kata waktu winter, heater ada je. Perhiasan jela nampaknya.



Fire place lagi....tengok tu, anak dara Kauthar pun nak tolong juga



Meja makan pun Yasmin dah susun





Tengok tu, semua dah bersusun. Bukan tu je, dalam kabinet-kabinet tu pun semua dah cantik bersusun.












selamat tinggal cottonwood creek


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan kali ini

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di seluruh dunia. Fasa pertama telah berlalu, fasa kedua kini sedang menjengah. Apa kabar iman kita semua? makin bertambah atau makin berkurang?

Alhamdulillah ramadhan kali ini merupakan ramadhan ketiga kami sekeluarga di perantauan. Semua sama macam tahun2 lepas. Cuma bezanya kini kami berempat. Bila tiba masa saya nak menyediakan juadah berbuka puasa, setiap hari bersilat kat dapur. huhu. Tak menang tangan sungguh saya.

Alhamdulillah, Allah masih lagi bagi kekuatan dan kesempatan untuk kami bertarawikh di masjid tahun ini. Bagi Tasneem ini pengalaman pertama dalam hidupnya. Kak long Kauthar pula, kalau 2 tahun lepas tak nak berenggang dengan saya. Dekat mana saya sembahyang, kat situ la dia duduk. Tapi tahun ini, bukan main seronok lagi dia bermain dekat taman permainan dalam kawasan masjid itu. Sampai tak sabar2 nak pergi masjid selepas berbuka dekat rumah. Insya allah nanti ada masa saya letak gambar mereka berdua di masjid dekat sini.

Jaulah wa ziarah

Kemana saya menghilang selama ini?????? Ermm 2 minggu sebelum puasa kami sekeluarga bercuti2 US. Percutian yang paling lama pernah kami lalui, 10 hari travel menggunakan kereta. Dari Tucson kami ke New Mexico, Texas,Oklahoma, Missouri, Illionois, Chicago, Wisconsin, Nebraska, Colorado dan balik semula ke Tucson. Nasib baik Tasneem tak meragam sepanjang perjalanan. Insya allah saya cerita satu demi satu percutian kami itu.


Pindah rumah lagi!!!

Selepas balik bercuti, kami bertungkus lumus cari rumah pula. Bukan kami tak beruasaha cari awal, tapi semua owner kata awal sangat. Mereka tak boleh nak hold rumah tu sampai Ogos. Akhirnya, kamii buat keputusan lepas balik bercuti baru nak cari. Kelam kabut? Memang sangat2. Hakikatnya saya tak suka buat kerja macam tu. Penat sangat2. penat berjalan tak hilang lagi, terus cari rumah. Selagi ru,mah tak dapat tak senang hati. Kalu tak ada rumah nak duduk mana? Lagi haru jadinya.

Alhamdulillah lepas penat berikhtiar, secara rasminya 7hb Ogos lepas, kami pindah ke apartment baru. Moga ini pilihan terbaik buat kami dari Allah. Asalnya, kami pilih rumah lain. Tapi saat akhir2, dah nak sign kontrak pada 1hb Ogos lepas, permohonan tak lulus sebab saya tak ada ASSN. ASSN ni macam kad pengenalan kat sini. Lepas tu kelam kabut cari apartment lain. Nasib baik kami dah ada back up plan. Terus buat temu janji nak tengok apartment ini. Bila tengok apartment ini, rasa macam ok je, terus buat permohonan untuk ambil rumah ini. 2 hari lepas tu, 3hb Ogos kami sign kontrak.

4hb Ogos kami mula pindah barang. Kontrak rumah lama habis 5hb, tapi saya ajak abang pindah awal, memadangkan sekarng ni bulan Ramdahan. In case jadi apa2 senang. Gerak hati saya betul. Plan asal kami nak pinjam budget trak macam sebelum ini, tapi bila ada kawan abang offer nak bgi pinjam trak , kami setuju. Tak sangka pula trak dia kecik je, tak besar mana. Memang tak boleh nak buat satu trip. Kebetulan pula adik2 ni ramai yang balik Malaysia. Yang tinggal Yasmin dengan Fariq. Fariq pula saat akhir2 bagitahu tak dapat nak tolong. Akhirnya tinggal la kami berlima. Seorang Dr Ali (tuan punya trak) dan Dodi (Indonesian). Banyak betul dugaan pindah kali ini.

Trip pertama kami angkut barang lepas asar, trip kedua lepas isya'. Trip ketiga keesokan harinya lepas subuh. Tapi yang ketiga ni, keesokkannya pula baru kami ambil barang2 tu. Bertapa semalaman dalam trak Dr Ali. Sangat pening kan?

Selepas siap trip kedua, kami tak tinggal lagi di apartment baru tu. Sebabnya sedang punggah2 barang2 tu, AC tak berfungsi. Memandangkan rumah pun macam tongkang pecah lagi, badan pun dah penat, kami balik semula ke apartment lama. Kebetulan tilam pun kat rumah lama lagi. Pagi esok baru nak angkut. Terharu sangat saya dengan Yasmin. Dia offer nak tinggal kat apartment kami yang baru tu, nak tolong kemas rumah. Saya ingat dia main2 je, tapi bila tengok dia betul2 serius saya bagila. Saya pun memag dah letih.

Terkejut beruk saya bila dapat mesej pukul 3.10pagi dari Yasmeen. "kak es, dapur dan ruang tamu saya dah mop, nanti buka kasut nak masuk rumah. "

Esoknya bil;a saya masuk rumah, nak menangis saya dibuatnya. kenapa?


Bersambung dalam episod akan datang.....hehe..Anak2 da bgn =0

Monday, June 20, 2011

Cloth Diaper: BumGenius 1


Bismilah hir rahmaa nir rahiim


Sejak akhir2 ni, saya banyak baca pasal CD. Dah lama terfikir nak beli dan guna, tapi tak kesampaian lagi. Saya bercadang nak beli bumGenius ni untuk Tasneem. Kalau ada yang berminat, jom la beli sekali. Kalau beli lagi banyak dapat lagi murah. Insya allah saya jual dengan harga yang berpatutan....











p/s: nanti saya update lagi pasal CD ni....

Thursday, June 16, 2011

Berkata benar

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...


Sekarang ni kami sekeluarga tengah sibuk cari rumah. Elok je 2 hari lepas habis pantang dapat berita tu. Sebenarnya kami bukan la dapat warning letter kena keluar rumah. Cuma selepas diberitahu oleh kami sendiri, dengan secara automatiknya kami kena pindah rumah 2 bilik.

Niat kami dengan berkata benar dan jujur itu moga2 dia ada bagi kelepasan. Abang kata tak sedap la, dulu bayar rumah untuk 3 orang, tapi kami da berempat, so kena la bagitahu. Mungkin perlu tambah duit sikit je ke. Tapi kami silap. Tup tup kena pindah juga. Orang office kata kalau kami tak bagitahu, diorang buat2 tak nampak je. Tapi sebab kami dah bagitahu kena la pindah. Sebelum ni saya ada cerita yang undang2 kat sini menetapkan rumah satu bilik hanya boleh didiami untuk 3 orang sahaja. Kalau lebih kena masuk rumah 2 bilik. Insya allah ada hikmah semua tu kan.

Tapi, entahla. Setelah saya buat kajian, rasanya itu bergantung kepada landlord. Sebab ada satu apartment yang kami tengok tu, dia tak kisah pun kalau kami sewa apartmtn satu bilik. malah dia sendiri terkejut bila tahu reason kami kena cari rumah lain. Bagi dia terpulang pada kami, kalau rasa tak sempit rumah sebilik, tak perlu la nak rumah 2 bilik. Hmmmm, mungkin ada landlord yang kisah ada yang tak kisah.....

So, sekarang ni kami tengah pening cari rumah...huhu. Kontrak rumah ni sampai akhir bulan 7. Awal bulan 8 kena pindah. Elok2 je nak mula puasa waktu tu. huhu. dah la adik2 ni ramai yang balik Malaysia. Ermm pening juga la fikir bak pindah ni. Yang saya paling malassssss ialah nak kena kemas rumah ni.......Kat sini macam mana kita masuk rumah tu. Putih, cantik, berseri, macam tu la kita kena buat sebelum keluar dari rumah. Kalau tak, duit deposit tu kena potong untuk bayar ganti rugi.

Lagi satu saya sayang pokok kunyit saya yang baru ada 2 helai daun, pokok serai yang sedang merimbun, pokok labu yang bukan main gemuk....semua saya sayang...



ni masa baru tanam... tak nampak lagi daun serai tu. mak abah tanam sebenarnya, harapkan saya tak dela. saya memang tak pernah ada kemahiran pasal ni. Aritu mak abah datang, dah ajar sikit2 kat saya hehe


Ni sebelum mak abah balik.....serai dah ada daun sikit2. sekarang ni bukan main gemuk semua sayur2 tu...



Belakang rumah



Depan rumah






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...