Friday, July 9, 2010

Anak-Anakku Sayang


Dengan Nama Allah yang MAHA Pengasih LAGI Maha Penyayang.....


Sambil mendengar slot bersiri imam muda yang ditayangkan di Astro Oasis 106, saya cuba memenfaatkan masa yang ada melakar kisah di sini. Tapi saya bukan mendengar sacara live, hanya sekadar melihat di youtube. Itupun baru episode ke -5. Alangkah seronoknya kalau saya dapat megikitu slot ini secara live. (Boleh ke nak tgk live guna internet je????hehe)

Alhamdulillah, kini saya kembali kepada rutin yang lama. There is no baby sitter and no evening ssummer camp class. Semalam , hari terakhir evening summer camp pada tahun ini. Tetapi malangnya buat pertama kalinya saya tidak dapat mengahadirkan diri, atas sebab2 yang tidak ddapat dielakkan...Sayu sungguh rasa hati, tidak dapat melihat wajah -wajah kesayangan anak murid di hari terakhir. Siapalah saya untuk menghalang kuasaNya. Nikmat sihat itu ditarik seketika. Saya berdoa jauh di sudut hati agar mereka dapat mengamalkan semua ilmu yg dipelajari. Walaupun hanya 8 kali dalam tempoh sebulan, tetapi ianya cukup bermakna buat saya. Sedikit terkilan kerana saya tidak sempat mengabadikan walaupun sekeping gambar bersama mereka....tapi dihati saya ingatan terhadap mereka tak akan luput..

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH, saya merasai ketenangan itu. Doa saya moga-moga ia keputusan yang terbaik.

Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

"Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal (3;159)"

Walaupun kadang-kadang saya terbayang-bayang wajah si comel itu. Saya sudah mengaggapnya seperti anak sendiri. Perasaan ingin menimang cahaya mata lagi membuatkan kasih sayang saya terhadapnya bertambah erat.


Saya abadikan kenangan saya sepanjang memikul amanah sebagai pengasuh di sini.....

Adrit
Indian baby boy
D.O.B: November 30, 2009

Hari terakhir di rumah ummi.....sedapnya tido dalam buai tu....


Main dengan Kauthar (kak long)



BISIKAN HATI UMMI BERKATA:

" Adrit, walaupun kita berlainan agama, tapi tak mustahil kan suatu hari ini Adrit akan kembali kepada agama yang fitrah ini......"

Sebagaimana nabi bersabda:

"Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah(beragama Islam). oleh itu terpulanglah kpd ibubapanya samada ingin menjadikannya yahudi, kristian atau majusi"

Hadis riwayat al- bukhari

p/s: sebenarnya tadi dalam fikiran nak tulis benda lain, tapi lain pula yang tercoret disini...SALAM ISRA' MIKRAJ....menghitung hari bertemu bulan yang penuh barakah itu...

Sunday, June 20, 2010

ALLAH beri JALAN dengan sedikit UJIAN

Bismillah hir rahmanir rahim.....


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya sentiasa yakin. Saya juga pasti.

Lama saya tidak menulis. Masa begitu mencemburui saya. Terngiang-ngiang di telinga saya nasyid raihan yang begitu popular dinyanyikan suatu ketika dulu.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara:

Muda sebelum TUA,
Lapang sebelum SIBUK,
Sihat sebelum SAKIT,
Hidup sebelum MATI...

(entah betul ke tidak susunan lirik ni, hik hik)

Kalau dulu, saya selesa berada di zon 'lapang' itu, tapi kini saya mengintai-intai ruang itu. Menjadi baby sitter tidak mudah. Itu jawapan saya setelah hampir dua bulan menggalas amanah tersebut. Tetapi mungkin minggu ini atau minggu depan adalah mingu terakhir saya menggalas amanah itu.

Kerana apa? Kerana saya gagal.......Gagal mematuhi syarat yang SATU itu.....

"Bila nak ada kat rumah nyer ni" tanya suami pada saya di suatu petang. Tersenyum saya mendengar rungutannya itu. Berbunga riang hati saya seketika. Seronok pula rasanya. Terasa kewujudan saya dihargai.

Biasanya saya yang yang selalu ditinggalkan. Tapi kini, saya tiba-tiba menjadi sibuk dan selalu meninggalkannya...hik hik tak pe la abang, bukan selalu pun.

Rutin saya yang dulu sebagai suri rumah sepenuh masa dan hujung minggu terlibat dengan Sunday School sudah lama berakhir. Insya allah ada rezeki, selepas aidil fitri nanti sekolah akan dibuka semula.

Kini saya dengan rutin yang baru. Weekdays sebagai baby sitter, dari 9.30 pagi-4.30/5.00 ptg, malam rabu ajar ngaji. Kemudian saya juga diminta terlibat dengan summer camp. Insya allah dalam tempoh masa sebulan. Bermula minngu lepas hingga awal julai. Saya diminta mengajar Quran untuk adik2 dalam lingkungan 9-11 tahun dan 12 tahun ke atas. Dua kali seminngu, selasa dan khamis dari pukul 6.00-maghrib. Walaupun agak sedikit penat dan terkejar-kejar saya cuba usahakan. Rasa bersalah untuk mengatakan tidak, kerana mereka sangat kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam al-quran. Saya tidak mengatakan saya begitu mahir dan hebat. Tetapi dengan ilmu yang sedikit di dada, yang saya timba di bumi Darul Quran dahulu, terasa berdosa jika dipersiakan, saya cuba untuk berbakti.

Teringat saya sebuah hadith yang berbunyi:

" Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya"

Kalau dulu, setiap Jumaat malam Sabtu, teratak kami disirami dengan sedikit majlis ilmu bersama pelaja-palajar Malaysia yang berada disini. Tetapi kini, memandangkan semuanya bercuti, ada yang pulang Malaysia. Sebahagiannya ada yang mengambil summer class, saya cuba mengintai peluang yang ada. Saya cuba berjinak-jinak untuk mendalami bacaan Qiraat Qalun daripada seorang rakan saya yang juga seorang pengahafaz Al-Quran. Alhamdulillah, sudah dua kali saya berguru dengannya.

Begitulah ketetapan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA. DIA yang memberi rezeki, DIA juga yang mengambilnya. Semuanya adalah dariNYA dan berlaku dengan IRADATNYA.

" Abang x de masalah apa-apa, cuma pastikan kalau suami dia nak hantar atau ambil anak dia, dan kalau abang x de kat rumah. x boleh. kalau isteri dia xde masalah. kalau dia x boleh ikut syarat ni, x boleh kerja". SATU syarat diberikan oleh suami saya ketika saya mula-mula hendak bekerja sebagai baby sitter ini.

Tetapi, syarat yang SATU itu saya GAGAL patuhi....

Saya akui, itu salah saya.....

"Abang, sayang rasa nak berhenti la kerja ni. Rasa letih sangat". Saya pernah mengajukan kepada suami niat saya untuk berhenti. Tapi, saya tiada alasan yang kukuh. Dulu, saya yang menawarkan diri untuk membantu jiran disebelah rumah saya sebagai pengasuh. Ketika itu, anaknya baru berusia 5 bulan. Saya berasa kasihan seandainya dia di hantar ke taska. Lalu saya menawarkan diri, disamping mengisi waktu lapang saya dan secara tidak langsung Kauthar ada kawan.

ALHAMDULILLAH ALLAH datangkan jalan. Tetapi dengan sedikit ujian.

Ianya sedikit perit, tapi saya redha. Jalan mencari gelaran isteri solehah itu tidak mudah jika bukan dengan sedikit ujian.

Maafkan saya ABANG.

Syurga saya dalam REDHAMU yang bernama SUAMI.....

p/s: saya nekad untuk berhenti kerja sebagai baby sitter

Tuesday, April 13, 2010

WARDATUL KAUTHAR DA 2 TAHUN...

Bismillah hir rahma nirrahim....



SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK UMMI YANG TERSAYANG...


WARDATUL KAUTHAR BINTI HAZRUL IZUAN
D.O.B: APRIL 7, 2008
4.21AM, 2.52 kg
HOSHAS, TEMERLOH






DOA UMMI:

MOGA KAUTHAR PENJADI PENYEJUK MATA UMMI DAN ABAH
MUJAHIDAH SOLEHAH ANSARULLAH...
AMEEN!!

Wednesday, March 10, 2010

WE LOVE MUHAMMAD, YES WE DO!


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang......


Teringat saya kata-kata suami 2 minggu lepas "minggu depan tak ada halaqah ye, ada program dekat masjid".

Program apa ya? saya tertanya-tanya di dalam hati.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEERAH RASULULLAH )

Bagaimana saya boleh terlupa. Inilah masalahnya bila kita tidak menggunakan kalendar hijrah. Kalau di Malaysia mungkin kita lebih alert. Lebih-lebih lagi hari tersebut merupakan cuti umum. Tetapi disini????

Alhamdulillah saya berkesempatan juga menghadiri satu majlis sambutan maulidur Rasul walaupun berada di negara Uncle Sam ini. Walaupun pendekatannya sedikit berbeza dari Malaysia, tetapi alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program tahunan yang merupakan kali ke-3 diadakan ini di anjurkan oleh Leaders of Tomorrow (one of the muslim student organization at univ of Arizona ). Majlis ini bermula selepas solat isya' berjemaah di Islamic Center of Tucson (masjid kat sini). Tetapi selepas solat maghrib, ICT sudah pun dipenuhi dengan ramai orang. Tak kira, tua muda, kana-kanak mahupun orang tua. Orang Arab mahupun orang kulit hitam. Tiada apa pun yang membezakan kita semua. Dinul Islam menyatukan kami semua. Terasa ruh Islam di situ.....








Antara agenda pada malam itu adalah:

  • Dimulakan dengan bacaan Al-Quran


  • Ucapan alu-aluan pihak penganjur
  • 2,3 lagi persembahan tambahan
  • Persembahan dari Al-Huda School
  • Persembahan dari Sunday School
  • ShortTalk (lupa sipa speaker)
Tetapi antara isi penting yang menarik hati saya:


  • Kisah pengislaman Umar Al-Khattab
  • Quote from him, "We love Muhammad". Then all the audience and children said "yes, we do!
SAYA JATUH CINTA....

Inilah antara sebab-sebab yang membuatkan saya jatuh hati dan jatuh cinta dengan bumi Tucson, Arizona ini. Alhamdulillah masjid atau lebih di kenali sebagai ICT di sini di makmurkan. Ada solat berjemaah setiap waktu, halaqah kecil-kecilan setiap kali selepas solat isya' setiap hari (untuk muslimin), kuliyyah mingguan, kelas mengaji untuk new muslim setiap Sabtu, ifthar setiap hari isnin minggu pertama setiap bulan, Sunday school. Tidak kurang juga hebatnya dengan sambutan bulan Ramadhan yang lepas. Solat tarawikh, ifthar jamaie dan qiyamullail besar-besaran pada malam 27 Ramadhan..

Faktor iklim yang tidak banyak beza dengan Malaysia juga menjadikan saya tidak susah untuk menyesuaikan diri di sini. Walaupun bukan negara beriklim Khatulistiwa, bumi Arizona ini bukanlah kawasan empat musim. Ia sangat kaya dengan cahaya matahari.

Membaca tulisan ustaz Hasrizal tentang kembaranya ke bumi Urdun membuatkan saya terkesima seketika. Pada hemat saya tak banyak beza antara bumi Urdun dengan Arizona. Bumi yang tandus dan kering dan kaya dengan pokok kaktus menjadi tempat titik bermulanya pentarbiyahan kami sekeluarga sebagai seorang pejuang kalimah Allah di muka bumi ini.








Jiran tetangga yang juga terdiri daripada kaum Cina, India membuatkan saya seperti rasa hidup di Malaysia.





Sunday, March 7, 2010

BUAT SAHABATKU PENGHAFAZ AL-QURAN

Bismillah hir rahmaa nir rahiim.....





diambil dari: saidhawwa.com (21 Disember 2008)

Sahabatku para penghafal Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal Al-Qur'an.Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan . Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal Al-Qur'an yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal Al-Qur'an tewas dan terlibat dengan maksiat yang sangat parah.

Al-Qur'an tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi Al-Qu'ran tersebut...

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal Al-Qur'an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawaapa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal Al-Qur'an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan Al-Qur'an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal Al-Qur'an.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi' Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meningggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. Al-Qur'an adalah cahaya. Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para sahabat yang ku kasihi...

Mata kita selalu melihat Al-Qur'an, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yang bertentangan dengan kata-kata Allah (cth: muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca kalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita selalu SMS atau chatting dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun solat tahajjud. Qiamullail adalah warisan bagi mereka yang menghafal Al-Qur'an.

Sehari kita meninggalkan Al-Qur'an, seminggu Al-Qur'an meninggalkan kita, sebulan kita tinggalkan Al-Qur'an, setahun Al-Qur'an meninggalkan kita...

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, kerana apabila kita megutamakan Al-Qur'an Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan Al-Qur'an (murajaah/mengulang) dalam seharian??? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berakhlak dengan akhlak Al-Qur'an. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan dengan Al-Qur'an. Malulah kita dengan Al-Qur'an terutama lagi dengan Pencipta kita, Allah.

Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang lemahdan hina ini, peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur'an.

Uhibbuka fillah
Barakallhu fikum....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...