Thursday, March 10, 2011

Shipping to Malaysia

Bismillah hirrah maa nir rahim...

Alhamdulillah Medela Freestyle hands-free Breastpump yang di tempah oleh ummu Muhammad dah selamat sampai dekat saya petang semalam. Pagi tadi alhamdulillah saya dah uruskan proses penghantaran ke Malaysia. Sama2 kita doa ye ummu muhammad, ia sampai dengan selamat=).

Doa saya, moga Muhammad dapat fully bf sampai umur 2 tahun sebagaimana yang disyariatkan Allah dalam Al-Quran.

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan & pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan".

[Surah Al-Baqarah: ayat 233]

Tuesday, March 8, 2011

Rumah baru

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...

Dah dekat 2 bulan duduk kat rumah ni. Baru nak upload gambar. hehe. Cerita dah lapuk pun. Niat asal nak pindah rumah, sebab nak cari suasana lain sikit. Kebetulan mak abah pun nak datang. Rumah lama, tak de tempat Kauthar nak main dan jalan2. Kauthar sekarang dah besar, dah pandai minta nak jalan2 keluar rumah petang2. Bosan agaknya duduk terperap dalam rumah dari pagi.

Tapi tu la, rumah ni, bukan rumah pun sebenarnya, apartment juga, sama macam yang lama, ada satu bilik je. Bila baca kat blog izza dan nadiah, reason diorang pindah sebab undang2 kat sini menetapkan satu rumah tak boleh lebih dari 3 orang. Rasa cuak la plak. Tak tahu sejauh mana undang2 tu berkuatkuasa kat Arizona ni. Bila tanya kak zatul, yang dah menetap kat sini lebih dari 10 tahun, dia kata tak pe je. So, tengok la nanti macam mana. Kalau kena pindah, tak tahu la nak pindah kemana pula. Rasa dah seronok duduk kat sini.

Kalau ikut harga, apartment ni memang mahal dari yang lama. Apartment lama $660, fully furnish, termasuk internet dan air, cabel tv, dekat dengan sekolah dan masjid. Tapi yang ni $783 ( ermm kalau x 3, huhu, boleh sewa banglo kat malaysia), unfurnish, yang lain tu sama macam yang dulu. Memang banyak juga la habis duit beli perabot walaupun semuanya second hand je. Beli pun kat craiglist je. Tapinya apartment ni lebih besar dari dulu, Ada view yang cantik dan hijau, ada balcony. Dekat sini memang susah nak cari apartment yang ada persekitaran yang ada pokok2 sikit. Sebab tu yang ni mahal sikit. Lagi satu yang ni jauh sikit dari sekolah dan masjid. Tpi abang still pergi sekolah naik basikal, sama macam dulu juga sebab nak jimat duit bayar parking. Abang kata seronok pergi sekolah naik basikal sebab ada kawan. Kalau pagi2 tu, berduyun2 orang pergi sekolah naik basikal. Kiranya dekat juga la dengan kawasan sekolah, cumanya jauh sikit dari dulu. Abang kata kalau kena pindah, tak nak cari rumah jauh dari kawasan sini dah, sebab takut tak mampu nak pergi masjid setiap waktu. Dekat sini ada satu je masjid, so kalau duduk jauh susah juga abang nak pergi masjid setiap waktu. Lagila sekarang dengan harga minyak yang semakin naik. Sekarang pun dah $3 lebih. Tak mustahil harga minyak Malaysia pun akan naik lepas ni.

Inilah gambar apartment sekarang ni...Ni pun ambil dari blog Yasmin. Kebetulan dia terjah rumah kami waktu halaqah pertama awal2 semester ni dulu.



Masuk rumah, ada dapur di sebelah kanan






Bar kitchen, saya sediakan bihun sup sebagai menu halaqah malam tu








Boleh buka pintu belakang tu, ada balcony, tempat Kauthar main pondok2




Ruang tamu yang besar, tempat Kauthar berlari


Laluan ke bilik air dari ruang tamu (Tombol pintu bilik air)


Mesin basuh comel 'illegal' saya


walk-in closet (kiri kanan ni closet)
Tombol pintu sebelah bilik mesin basuh tu, pintu bilik air (view dari bilik tidur)





Ini view belakang rumah, tapi bukan belakang rumah saya. Ini saya ambil dari website apartment ni. Tapi belakang rumah saya ada rumput hijau macam tu juga. Tu yang buat saya jatuh hati sangat tu. Sebab bila tension2, saya suka duduk kat balcony tu, tengok pokok hijau2, rasa tenang sikit.


Kenapa saya kata 'illegal' mesin basuh? Sepatutnya saya kena buat laundry dekat luar rumah. Pihak pengurusan dah sediakan satu tempat untuk buat laundry. Tapi sebab saya dah ada mesin basuh comel ni, saya basuh kat dalam rumah je. Saya tak pakai dryer pun. Sidai dalam rumah je. Alhamdulillah kering dan baju pun tak bau hapak. Itulah kelebihan duduk dekat Tucson ni, ada cahaya matahari yang panas dan terik. Rasa macam rugi je kalau pakai dryer tu (ayat cover sebab nak jimat duit, hehe). Kalau nak guna mesin basuh yang disediakan tu, kena bayar $1.25 per machine. Tu tak kira dryer lagi. Kalau basuh setiap hari dan darab 30 hari, parah juga la kan. So, saya pun buat jahat sikit. Dah lama saya beli mesin basuh tu. Sejak dari bulan 6 tahun lepas, Beli kat craiglist juga. Yang second-hand je dengan harga $90. Alhamdulillalh sampai sekarang elok lagi. Doa saya moga2 ia bertahan sampai saya habis duduk kat sini.

3 serangkai

Bismillah hir rahmaanir rahim..

Tiga serangkai? Apa yang saya maksudkan dengan 3 serangkai tu? 3 serangkai tu maksudnya kami bertiga. Bermula dengan Kauthar, umminya, dan yang terakhir abahnya. Kami bertiga semuanya diuji dengan sedikit ujian demam, batuk,selsema. Dah hampir seminggu berlarutan, alhamdulilah sekarang berada dalam fasa2 pemulihan walaupun belum pulih sepenuhnya.

Teringat saya ayat2 Kauthar waktu dia tengah demam hari tu. "Ummi, my hand is not moving". "my foot is not moving". Kalau ikut saya tak faham apa yang dimaksudkan, tapi disebabkan kasihan tengok dia, sambil menangis teresak2, saya pun ambil minyak afiat urut kaki dan tangan dia. Nasib baik saya memang ada bawa minyak tu dari Malaysia dulu. Alhamdulillah dia senyap bila saya urut tangan dan kaki dia tu.

Bila tiba giliran saya demam sampai lenguh2 kaki dan tangan. Rasa mencucuk2.Saya kata pada suami, agaknya ni la yang anak kita maksudkan 'my hand is not moving, my foot is not moving'tu. Dia tak reti nak cakap macam mana. Itu jela yang mampu dia luahkan bila kaki dan tangan dia lenguh2 tu.

Abang kata, kalau Ummi demam, tak berasap la dapur kita. Saya mengusik dia, Allah bagi ummi rehat sekejap, masa ni la abang nak tunjuk bakat terpendam di dapur. Alhamdulillah, terima kasih kerana menunaikan hajat saya nak makan mee kari ye cik abang. Boleh tahan juga la rasanya walaupun ni pertama kali abang masak, dan saya da siapkan semua bahan2nya. Tinggal campak je dalam peruik. hehe =)

Dalam tempoh demam ni, Kauthar suka betul lagu doa makan ni. Sekarang ni, dia dah pandai baca doa nak tidur dan makan sikit2. Agaknya bila dengar doa tu kat youtube, dia rasa seronok bila dia dah tahu sikit2. Tu yang asyik2 mintak nak dengar je tu. Saya kongsi link doa tu kat sini. Mana tahu ada yang berminat, boleh ajar anak2 juga=)


ya Allah, moga dengan sedikit ujian ini mendekatkan lagi kami kepadaMu....


Thursday, March 3, 2011

Apa kata doktor?

Bismillah hir rahmaanir rahim

Alhamdulillah, jumaat lepas, doktor kata bacaan darah saya semua normal lepas buat OGTT tu.Alhamdulillah, syukur sangat. Kalau tak saya kena dietitician. Dapatkan nasihat nak kawal makan. huhu. Sangat tak seronok, sebelum bersalin da kena pantang banyak benda. Tapi, alhamdulillah, tak yah jumpa dietitician macam dulu.

Waktu tu, berat badan saya 124lbs~ berat kan. Abang tak habis2 kata perut saya besar. Sampai dia tanya doktor tu, anak kembar ke? Tergelak je doktor tu dengar. Sedangkan ukur lilit perut saya memang menepati 31 weeks pun. Mungkin mengandung dulu perut saya kecik kot. Sebab tu, kali ini abang kata sangat besar. Tapi saya memang rasa lain. Memang rasa perut besar. Terasa betul ada bawa benda. Mengandungkan Kauthar dulu, tak nampak sangat perut saya. Even waktu nak bersalin, berat saya paling akhir 55kg je. Tapi sekarang ni, dah lebih dari tu. huhu. Saya kata kat emak, rasa badan berat sangat. Dulu tak macam ni pun. Mak kata, dulu saya lincah kesana kemari. Ini duduk rumah je. Memang la ada beza, lagipun mengandung anak sulung dengan kedua tak sama. Kuasa Allah kan. Sejak dari alam rahim, setiap anak itu mempunyai ciri2 yang berbeza.

Mengandung anak sulung:
  • awal2 tu nak makan manis je, tu yang samapi kena GDM tu
  • selera makan pun bertambah2
  • angin sikit2 je.
Mengandung kali ni:
  • Awal2 tu, nak makan2 masam2 je
  • Tu yang sampai saya buat ikan patin pekasam. huhu. Nasib baik tetiba ada jual ikan patin kat asian market kat sini. Kalau tak telan air liur je lah.
  • Teruk saya kena angin, sampai tak boleh nak bangun. Rasa nak tidur dan baring je sepanjang hari
  • Sangat sensitif, ditambah lagi homesick ingat kat mak abah je.

Tutup cerita saya, pasal Kauthar pula.

Kesian anak ummi, tak berapa sihat. Sejak malam semalam dia demam. Ni pun tak baik2 lagi. Seharian ni meragam je. Makan semua tak nak. Nak minum susu je. Makin susut la badan tu. Sedih betul saya tengok. Tak tahu nak bagi makan apa.

Kauthar kalau bab2 makan ni, memang memilih sikit. Nasi memang dia susah nak makan. Kalau makan pun sayur dan lauk je. Lepas tu dia nak makan roti, biskut, mee. Mak kata nak ikut cara makan orang sini. Tapi saya tengok x juga. Pagi2 tu, saya bagi cereal, xnak pun dia makan. Kadang2 buntu juga saya. Puas dok fikir nak masak apa, nak bagi dia mkan. Ada sesiapa2 boleh bantu. Kot2 ada pengalaman ada anak yang agak 'picky' sikit macam ni.

Doa ummi, moga sayang ummi ni cepat sembuh. Demam sikit2 xpela. Ujian Allah nak bagi sikit. Ujian buat ummi juga moga lebih banyak bersabar. Kerap diuji tu kan tandanya kita disayangi. Cumanya jangan melarat2 sangat. Ummi susah hati ye sayang.


Wednesday, March 2, 2011

Subhanallah, Snow in Tucson

Gambar dari Google


Dengan Asma' Allah yang Maha Agung

Subhanallah, takjub saya dengan kebesaran Allah. Tak sangka dapat pegang snow flake kat Tucson ni. Dah hampir 2 tahun saya kat sini. Ini baru pertama kali snow turun ahad baru2 ni. Walaupun dalam hanya beberapa minit. Ada yang kata 10 seconds je. Ada yang kata dia tumpang lalu dan sendawa je kat sini. Macam2 kan. Ada2 je.

Tapi memang sangat sekejap. Waktu tu tengah hari. Lepas zohor. Kebetulan saya baru balik sekolah. Sampai je rumah, snow turun dengan agak lebat. Dapat la saya merasa pegang snow flake tu. 'Jakoon' sekejap. Tapi memang ada kawasan2 yang snow turun agak banyak. Terutama sekali yang dekat2 sikit dengan bukit. Memang dari malam sebelumnya snow da turun. Pagi tu dalam perjalanan ke sekolah, saya sangat takjub tengok banyak sangat snow kat atas mountain macam dalam gambar kat atas tu. Suami saya buat lawak, jomla pergi Mount Lemon main snow. Hehe. Tak kan la saya nak cancel mengajar semata2 nak main snow kan. Tapi sekarang ni dah panas semula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...