Wednesday, February 10, 2010

Winter Break 2 : Driving License


Bismillah hir rahmanir rahim...


Sewaktu winter break hari tu juga, saya mengambil driving license dekat sini.. Tetapi, yang malunya, saya ambil written test sampai 3 kali. hoho. Kali pertama, saya memang tak prepare apa2. Suami saya yang bersemangat suruh saya ambil. Sekali terus fail. Kali kedua, saya dah baca sikit2 tapi, ada gak beberapa soalan yang tak dapat saya jawab. Kali ketiga baru saya pass dengan cemerlangnya tanpa ada salah...Selepas habis exam written test tu, saya ingat terus nak balik, lain kali baru buat road test. Tetapi suami juga yang bersemangat suruh saya buat terus. Dia kata bukannya saya tak pernah bawa kereta. Saya akui, saya memang dah biasa bawa kereta. Tapi itu dekat Malaysia. Bukan dekat US. Dengan stereng belah kananya, kereta yang lebih besar daripada kereta viva , saya tak biasa huhu. Dah la saya tak practice apa-apa. Huhu memang bukan rezeki saya agaknya hari itu. Dukacitanya dimaklumkan saya fail juga road test buat kali pertama.. Saya ada 2 kali lagi peluang untuk cuba.

Tapi yang seronoknya ambil lesen kereta kat sini:
  1. Bayar 10 dollar sahaja (rm 30) untuk 3 kali percubaan.
  2. Tempoh sah laku antara written test and road test adalah setahun.
  3. Boleh guna kereta sendiri untuk road test. Tak kisah auto ke manual.

Insya allah, saya berazam untuk dapatkan lesen tu juga. Tapi tak tau la bila. Kena practice banyak kali lagi ni. =)




Fail sebab tak pandai buat parallel parking. Nampak sangat saya tak mahir lagi bawa kereta.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...