Dengan Nama Allah Yang Maha Agung
Berjalan2 di ruang maya, saya tengok ramai orang tulis pasal botol BPA free ni. Agaknya saya terlepas pandang tentang isu ini di akhbar. Sebelum ini, saya pun tak berapa ambil berat pasal BPA free ni. Tapi bila duduk kat sini, kalau boleh kebanyakkan produk nak tulis besar2 perkataan BPA free tu, terutama sekali bekas2 dan botol air plastik.
Disebabkan Kauthar pun masih lagi nak minum susu dalam botol, walaupun saya dah cuba kurangkan dan ajar sikit2 minum dalam cawan, so saya guna Playtex Ventaire Advaced bottle macam gmbr kt bwh.
Apa sebenarnya BPA free tu? kalau nak tahu baca selanjutnya dibawah. Artikel menarik ini saya jumpa dekat sini
gambar dari berita harian
sekarang ni mcm² jenis dgn bentuk botol susu yang comel kat pasaran.. dan disebabkan ia cantik dan comel dengan color yang kiut miut.. kita yang kurang pengetahuan ni tentulah beli botol² untuk anak-anak kita..
dan sekarang yang kebanyakan ibu bekerja.. penggunaan botol adalah meluas..
kebanyakan botol susu adalah terdedah dengan bahaya Bisphenol A (BPA)
apa tu BPA??
info BPA
~Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
~Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
~Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
~Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
~Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
~Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
~Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
kajian yang dilakukan ke atas 159 jenis botol susu kat malaysia didapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.
bahan BPA boleh boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.. demi kesihatan anak² tersayang.. kita diminta untuk menukar membeli botol susu anak yang bebas bahan BPA ikut kemampuan masing²..
antara botol susu yang BPA Free (bebas BPA)
PHILIPS AVENT
TOMMIE TIPPIE
MAM
NUBY
NUK
DR.BROWN's
MEDELA
THE FIRST YEARS
EVENFLO
dan banyak lagi produk2 lain
botol² di atas ada yang dibuat dari kaca dan harganya agak mahal, tapi untuk anak² tersayang.. mahal bukan ukuran bukan? tetapi kualiti yang lebih peting..
kerajaan malaysia Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dah putuskan mulai tahun 2012 utk mengharamkan terus botol² susu yang tiada kualiti (non BPA Free)..
tapi persatuan pengguna Islam malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) desak kerajaan supaya terus mengharamkan penggunaan botol yang merbahaya pada anak² kita tu..
jadi mulai harini, kita sebagai ibubapa kenalah alert tentang berita ni demi anak² tersayang.. supaya menggunakan botol susu bayi polikarbonat dengan mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.
INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
#Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
#Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
#Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
#Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
#Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
#Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
kita antara negara yang terlewat untuk umumkan pengharaman botol susu yang merbahaya ni.. negara² seperti Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah telah lama mengambil tindakan mengharamkan botol susu BPA..
kat mana nak beli botol susu bebas BPA / BPA free bottles?
pasaran :
hypermarket / supermarket
kedai barangan bayi
online :
myBBstore
Babyjaya
Littlewhiz
Babycare
banyak lagi kot..
No comments:
Post a Comment