Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah dah sampai

Dengan nama Allah Yang Maha Agung.

Alhamdulillah, Medela Freestyle breastpump yang dibeli ummu muhammad dah selamat sampai ke tangannya. Syukur alhamdulillah. Risau juga saya kalau tak sampai. Nasib baik kami guna pos berdaftar. Ada tracking number. Jadi, saya dapat tahu sama ada order dah sampai ke tak. Terima kasih ummu muhammad kerana mempercayai saya=)

Boleh baca lanjut di sini. Moga ummu Muhammad puas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Nanti boleh la promote dekat kawan2 pula ye hehe=)

Thursday, March 17, 2011

Botol susu bayi-BPA & BPA Free bottles

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung


Berjalan2 di ruang maya, saya tengok ramai orang tulis pasal botol BPA free ni. Agaknya saya terlepas pandang tentang isu ini di akhbar. Sebelum ini, saya pun tak berapa ambil berat pasal BPA free ni. Tapi bila duduk kat sini, kalau boleh kebanyakkan produk nak tulis besar2 perkataan BPA free tu, terutama sekali bekas2 dan botol air plastik.

Disebabkan Kauthar pun masih lagi nak minum susu dalam botol, walaupun saya dah cuba kurangkan dan ajar sikit2 minum dalam cawan, so saya guna Playtex Ventaire Advaced bottle macam gmbr kt bwh.





Apa sebenarnya BPA free tu? kalau nak tahu baca selanjutnya dibawah. Artikel menarik ini saya jumpa dekat sini

gambar dari berita harian


sekarang ni mcm² jenis dgn bentuk botol susu yang comel kat pasaran.. dan disebabkan ia cantik dan comel dengan color yang kiut miut.. kita yang kurang pengetahuan ni tentulah beli botol² untuk anak-anak kita..


dan sekarang yang kebanyakan ibu bekerja.. penggunaan botol adalah meluas..
kebanyakan botol susu adalah terdedah dengan bahaya Bisphenol A (BPA)
apa tu BPA??


info BPA
~Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
~Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
~Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
~Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
~Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.


~Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
~Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

kajian yang dilakukan ke atas 159 jenis botol susu kat malaysia didapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.

bahan BPA boleh boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.. demi kesihatan anak² tersayang.. kita diminta untuk menukar membeli botol susu anak yang bebas bahan BPA ikut kemampuan masing²..

antara botol susu yang BPA Free (bebas BPA)

PHILIPS AVENT



TOMMIE TIPPIE





MAM





NUBY



NUK



DR.BROWN's




MEDELA



THE FIRST YEARS



EVENFLO

dan banyak lagi produk2 lain


botol² di atas ada yang dibuat dari kaca dan harganya agak mahal, tapi untuk anak² tersayang.. mahal bukan ukuran bukan? tetapi kualiti yang lebih peting..


kerajaan malaysia Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dah putuskan mulai tahun 2012 utk mengharamkan terus botol² susu yang tiada kualiti (non BPA Free)..

tapi persatuan pengguna Islam malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) desak kerajaan supaya terus mengharamkan penggunaan botol yang merbahaya pada anak² kita tu..

jadi mulai harini, kita sebagai ibubapa kenalah alert tentang berita ni demi anak² tersayang.. supaya menggunakan botol susu bayi polikarbonat dengan mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.



INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

#Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
#Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
#Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
#Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
#Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
#Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

kita antara negara yang terlewat untuk umumkan pengharaman botol susu yang merbahaya ni.. negara² seperti Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah telah lama mengambil tindakan mengharamkan botol susu BPA..

kat mana nak beli botol susu bebas BPA / BPA free bottles?

pasaran :
hypermarket / supermarket
kedai barangan bayi

online :
myBBstore
Babyjaya
Littlewhiz
Babycare
banyak lagi kot..

p/s: kalau nak tahu banyak lagi, boleh tengok kat sini dan sini juga

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Akad Nikah Epul & Ecah


Dengan Nama Allah yang Maha Agung


Alhamdulillah, Ahad lepas, adik ipar saya (adik suami) Saiful Hazreen selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Siti Esah. Majlis perkahwinan kedua tanpa kami disisi. Alhamdulillah, saya dapat biras, abang dapat adik ipar pertama dalam keluarga. Mak abah dapat sorang lagi menantu. Sebelum ini, saya adalah menantu sulung dalam keluarga. Tapi majlis sambut menantu akan diadakan pada bulan 5 nanti.

Doa kami dari kejauhan:

'Barakallah hulakuma wabaraka 'alaikuma wajamaa bainahuma fil khair'






Friday, March 11, 2011

Ubat-ubatan yang selamat untuk ibu mengandung

Bismillah hir rahmaa nir rahiim....

Pagi tadi saya ada prenatal check-up dengan Dr. Stonemark. Memang dari awal lagi saya jumpa dia setiap kali appointment. Cuma dua kali sebelum ini je saya jumpa Dr Tiwari dan Dr Su, sebab dia cuti sakit. Disebabkan saya demam berlarutan sampai seminggu dan alhamdulillah hari ini baru saya ok sikit. Saya pun tanya dia apa ubat yang boleh dimakan waktu mengandung ni. So, dia pun bagi saya pamplet tentang ubat-ubatan yang selamat dimakan sewaktu mengandung. Kat sini saya nak kongsi sikit apa ubat-ubatan tu.

For headache/general aches and pain:
  • Tylenol (Acetaminophen) Regular or Extra Strength, Avoid Aspirin OR Ibuprofen

For Cold/Congestion:
  • Tylenol Cold and Sinus
  • Claritin during day
  • Benadryl at night (causes drowsiness)
  • Ocean Nasal Spray
  • Humidifier

For Cough/Sore throat:
  • Chloraseptic spray or lozenges
  • INCREASE FLUIDS AND REST
  • Robitussin/ Triaminic
For Constipation:
  • Colace twice a day
  • Metamucil
  • Citrucel
  • If no relief with above meds, may try Milk of magnesium 30ml(up to 3x/day until achieve result.
  • DO NOT USE LAXATIVES
For gas pain:
  • Mylicon
  • Gas x
  • Phazyme
p/s: Kalau nak tahu, kat sini doktor hanya bagi prescription, lepas tu kita kena pergi beli sendiri dekat Pharmacy. Tak macam dekat Malaysia, jumpa doktor terus dapat ubat. Lepas tu, kalau rajin, hantar la resit tu dekat insurance company, kalau nak claim balik duit beli ubat-ubatan tu.




Thursday, March 10, 2011

Pecah rumah!

Bismillah hirrah maa nir rahim...

Petang semalam kami sekeluarga menghantar seorang adik junior ke airport. Sepatutnya flight dari Los Angeles ke Malaysia pada pukul 11.00 malam. Tetapi, terkejut saya bila dapat berita yang dia masih lagi berada di LAx sekarang ni kerana ada masalah dengan kapal terbang. Sepatutnya sekarang ni dia sudah berada di Malaysia. nasib baik pihak pengurusan ada provide hotel untuk bermalam, kalau tak lagi sedih dan letih menuggu di airport tu sejak dari petang semalam lagi. Lebih menyedihkan kerana tujuan dia pulang ke Malaysia adalah untuk bersama-sama meraikan perkahwinan kakaknya pada hari Jumaat malam nnti. Sabar ye adikku. Insya allah ada hikmah disebalik semua ini. Kak es doakan moga Husna dapat juga pulang ke Malaysia dan sampai dengan selamat. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.


Baru tadi juga saya dapat berita rumah kak Zatul kena masuk pencuri malam tadi. Inna lillah, terkejut saya mendengarnya. Nasib baik mereka sekeluarga tak ada apa2. Menurut kak zatul, pencuri tu tak masuk rumah, cuma dia curi barang2 dalam garage je. Tapi masalahnya habis semua barang2 kerja abang Soyuz (suami kak zatul) dalam garage tu kena curi. Abang Soyuz ni sebenarnya kerja pasang2 karpet tu, ala2 gitu la, saya pun x reti juga la nak terang. Tapi kak zatul kata total semua brang2 yang hilang tu dalam $5000 juga la. Tapi alhamdulillah pihak polis ada jumpa finger print, moga2 dapat la tangkap siapa yang curi tu. Pihak insurance pun akan bayar ganti rugi sikit. Walaupun tak banyak, kira boleh la. Allah hu akbar, termenung saya seketika dengar berita ni. Kalau Allah nak bagi ujian, sekejap je. Tanpa kita sangka ia datang dengan tiba-tiba.. Doa saya moga kak Zatul sekeluarga bersabar dan tabah dengan ujian Allah ini. Insya allah yakinlah, ada hikmah yang tersembunyi.

Sebut pasal pecah rumah ni, teringat saya zaman belajar dulu. Waktu tu saya final semester. Satu malam tu, bilik saya kena masuk pencuri. Sampai bila2,saya tak kan lupa peristiwa tu. Habis modem internet, wallet saya dan roomate sebelah kena ambil. Dia hanya sempat masuk compartment saya dengan kawan sebelah. Dua compartment lagi dia tak sempat nak masuk sebab saya terjaga. Tak boleh saya bayangkan macam mana dia cross badan saya yang tgh tidur ambil modem tu. Waktu tu saya tertidur dengan lampu yang terpasang dan laptop atas katil sambil menyiapkan thesis akhir tahun. Wallet saya waktu tu ada atas meja study. Kakak saya kata nasib baik dia tak buat apa2 kat saya. Dia ambil modem internet tu je. Kalau tak, Allah je la yang tahu. Kalau ingat2 balik, rasa takut dan ngeri sangat. Saya jadi sangat fobia lepas tu. Lebih2 lagi saya nampak sekali imbas rupa pencuri tu, walaupun tak jelas sangat sebab saya tak pakai cermin mata. Lama juga saya panik bila nampak ada orang asing dalam bilik. Lepas tu barulah saya bersuara kejut roomate yang lain. Bila semua dah bangun, kami tengok pintu bilik terbuka dan ada kunci pada pintu. Bila dah siasat, rupa-rupanya pencuri tu ambil kunci dari tingkap kawan sebelah bilik saya yang hilang wallet juga tu. Kunci tu dia letak atas meja study. Kebetulan tingkap dia memang tak boleh tutup rapat sangat. Kami duduk tingkat bawah sekali, so,memang agak berisiko la. So, pencuri tu guna kunci tu untuk masuk bilik kami. Alhamdulillah, apa pun kami semua selamat dan tak diapa2kan. Moga2 lepas ni ia mengajar saya supaya lebih berhati2 dan berwaspada dalam apa jua keadaan.

Sesungguhnya yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...