Friday, February 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Adikku


Dengan Asma' Allah yang Maha Agung..

Alhamdulillah 2 minngu lepas, tanggal 29 Januari 2011, adik saya, merangkap anak bongsu dalam adik beradik saya telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Perasaan saya? Semua ada, sedih, gembira, pilu,terharu, semuanya bersatu. Gembira sebab saya dapat adik ipar. Satu-satunya adik ipar hehe. Tapi tak tahu bila boleh jumpa. huhu. Insya allah ada rezeki panjang umur kita akan bersua juga ye Firdhaus. Saya bagi green light dari jauh je waktu adik tanya lulus tak sbg calon adik ipar hehe. Sedih, pilu, sebab saya tiada di hari bahagianya. Dia satu-satunya adik saya. Tapi saya tiada disitu bersamanya. Insya allah walimah terakhir dalam ahli keluarga, saya tidak menyaksikannya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Hanya doa yg mampu saya kirim dari jauh. Terharu, adik saya yang istimewa itu sudah sampai jodohnya. Kenapa saya kata istimewa? Adik adalah pilihan Allah, diberi sedikit ujian, hilang nikmat sedikit pendengaran. Tapi dengan teknologi yang ada, alat bantu dengar dipakai sebagai bantuan. Adik insan yang sangat istimewa dan tabah. Saya sangat sayang dia.

Saya tidak menyalahkan mak abah atau sesiapa. Majlis berlangsung atas izin saya. Teringat saya kalau ikut perancangan asal, majlis hendak dilangsungkan selepas raya tahun ni. Selepas mak mendengar ura2, saya hendak pulang ke Malaysia berhari raya. Biasa la, mak mesti nak anak2 dia berkumpul kan. Tapi, selepas saya disahkan mengandung, kami terpaksa batalkan niat. Banyak yang perlu kami pertimbangkan. Lebih2 lagi dari sudut ekonomi. Saya bincang semula dengan mak abah. Jangan tunggu saya balik. Kalau xde aral melintang, kalau boleh dicepatkan. Elokla dicepatkan. Adik pun bukan muda lagi. Jangan hanya kerana ketiadaan saya majlis x dapat dilaksanakan. Syariat Allah lebih elok didahulukan. Lagipun bukan saya nak kawin hehe. Saya memujuk emak. Alhamdulillah akhirnya mak bersetuju. 19 December tahun lepas, majlis pertunangan diadakan. 29 Januari yg lepas, walimatul urus dilaksanakan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Hanya itu selayaknya saya ucapkan. Hakikatnya saya berasa lega. Dah x perlu fikir yg bukan2. Kalau dulu saya asyik2 membebel pada dia, jg diri elok2. Jaga akhlak sbg muslimah. Terasa hilang satu beban. Lama saya termenung. Kalau itu perasaan saya, mak apatah lagi. Tertunai sudah amanah ygn Allah berikan kepada mak abah dalam mendidik dan menjaga anak2. Kami 6 beradik, 5 perempuan, 1 laki2. Kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada anak lelaki. Alhamdulillah semuaya sudah berumah tangga. Saya sangat kagum dengan kesabaran dan ketabahan mak abah dalam mendidik kami. Sehingga saya terfikir, bolehkah saya menjadi seperti mereka dalam mendidik anak2 saya nnti.

The Moments without me

Wajah2 yang saya rindui....












Ermm xdapat nak letak gmbr lain lagi....tetiba je ada masalah huhu...

Doa saya buat mereka..
" Barakallah hu lakuma wabaraka 'alaikuma wajamaa bainahuma fil khair"

P/S: tgh dalam mood menghitung hari x sabar nak tunggu mak abah datang sini hehe....sesungguhnya saya sangat merindui mereka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...