Thursday, February 24, 2011

Oral Glucose Tolerance Test

Dengan Asma' Allah yang maha Agung

Ahhhh, tertekan saya. Tadi saya da tulis banyak2, da siap nak post je. Then tetiba je semuanya hilang. Check kt draft pun xde. Huhu. Xde mood da nak tulis.

Pagi selasa lepas, saya mengabiskan masa dekat Sonora Quest Lab. Kat sini, doktor bg borang, kemudian kita pergi lab ambil darah, keputusannya dapat tahu bila jumpa doktor next appt.

Saya sampai pg tu 8.10am. Terus nama saya kena panggil. Sebelum minum air gula tu, kena ambil darah dulu. Kemudian minum air gula 100mg. Seingat saya sebelum ni saya minum 50 g je. Puas juga saya nak hbskan dalam tempoh 5 min. Dahla air dia lebih manis dari yg sebelum ni. Kemudian saya kena ambil darah lagi setiap jam lepas tu dalam tempoh 3 jam. So, pukul 9.24am, 10.24, 11.24 am saya kena ambil darah lagi. 3 cucuk yg pertama saya bagi tgk kiri, tapi bila tgk tgn saya da merah2 dan bengkak, utk yg akhir tu saya bg tgn kanan. So, total saya kena 4 kali cucuk utk amibil darah. huhu, sadis sungguh rasanya. Saya berdoa dalam hati results saya semuanya normal.

Kalau nak tgk sample air gula tu, boleh tgk kt sini. Saya xpuas hati nape kena minum 100mg. So saya pun goggle kt internet. Maklumat yg saya dapat, kalau kita fail first screening utk 1 hour test, minum 50g air gula tu. Kena buat 3 hours test. Yg mana kena minum 100g air gula mcm yg saya buat tu. Barulah saya faham lepas tu...

Alhamdulillah, semalam saya dapat call bgtau results darah saya semua ok. Alhamdulillah, syukur sangat2. Esok saya ada check up dengan doktor. So, kita tgk ap yg doktor kata kt saya.



Saturday, February 19, 2011

31 weeks pregnancy

Dengan Asma' Allajh Yang maha Agung...

Alhamdulillah, sekarang ni da nak masuk 31 weeks. Saya x pernah cerita apapun pasal pregnancy. Tahla xde mood betul nak menulis. Mengandung kali ini memang mls betul nk duduk depan komputer. Buka fb pun jarang2. Banyak abang yang baca update daripada saya.

Sebenarnya sekarang saya tgh risau. Nak kena minum air gula lagi huhu. Dulu mengandungkan Kauthar saya ada GDM. Apa tu GDM? Gestational Diabetes Melitus. Senang cerita waktu mengandung kena kencing manis. Nak tahu lanjut, boleh google sendiri ye. Ini kali ketiga saya kena minum. Kali pertama, waktu saya 5 bulan dulu. Alhamdulillah xde ap2. Tapi kali kedua minum, last month, bacaan naik sikit. So saya kena minum lagi sekali. Tapi yg ni utk 3 hours test. Kalau sebelum ni lepas minum tu, sejam lepas tu dtg semula amik darah. Tapi utk yg ni agaknya lepas 3 jam minum baru dia nk amik darah. Saya harap dan doa sgt, xde apa2. Dah serik....Selasa ni baru nak g minum air gula tu, then ari Jumaat ad check up. Kalau kat Malaysia, dia bancuh gula dengan air kan. tapi kat sini, dia bagi macam jus. Manis juga la. Tapi saya boleh telan lagi. Nak kena habiskan dalam masa 5 min.

Teringat mengandungkan Kauthar dulu, saya tgh study lagi. 3rd year masa tu. Alhamdulillah Allah mudahkan banyak perkara. Saya xde ap2 maslah selain GDM. Tapi tu la, yang leceh nya bila kena GDM ni nak kena pergi klinik 4 kali sehari utk test darah. Biasanya pagi2 tu abang ada la temankan g sekali. Then terus dia g kerja dari Kuantan. So, dia akan masuk lambat sikit la kerja aritu. Waktu2 lain, saya minta classmate yg hantarkan. Nasib baik dia ada kereta. Boleh kata setiap minggu saya ke klinik. Bergilir2, utk test darah dan prenatal check -up. Terasa perit sikit la waktu tu. Dengan class lagi. Tapi alhamdulillah, saya tak kena amik insulin injection. Cuma undergo diet therapy. Satu kenangan yang saya tak kan lupa sampai bila2. Tapi kat sini x tahu lagi procedure dia camne.

Saya bersalin awal seminggu dari tarikh due. Waktu tu tgh final exam. Saya x sempat nak amik exam utk paper last. Nsb baik dapat tangguh. Sehari sebelum last paper, bgn subuh tu ada turun tanda. So, saya dah xleh fokus nk study. Duk fikir yg bukan2. Walaupun saya xrasa sakit apa2 pun lagi. Last2 call abang suruh datang amik saya dan saya terus g klinik amik EL. Doktor nasihatkan saya terus pergi hospital, sbb bila2 je boleh bersalin. Then saya terus balik Temerloh.

Petang tu lepas asar saya pergi hospital walaupun saya tak sakit apa2 lagi. Saya cuak sbb tanda2 dah ada. Sampai hospital, doktor kata jalan da buka 2cm. So, terus kena tahan wad. Kebetulan disebabkan saya ada GDM, doktor nak paksa juga bersalin sbb takut ada masalah dengan baby. Takut baby besar. Semalaman tidur di hospital, still xde ap2 perubahan. Saya pun x rasa sakit lagi. Esoknya lepas subuh, doktor masuk belon, nak bagi cepat buka jalan. Alhamdulillah, lepas maghrib, saya baru rasa ada sikit2 contraction. Dalam pukul 11lebih malam, saya pergi toilet. Then, tgk macam ada cecair2 warna kehijauan. Lama saya fikir nak bgtau nurse ke tak nak. Last2 saya bgtahu juga sbb takut ada apa2 jadi. Terus saya kena panggil dengan doktor, sbb doktor takut baby dah makan najis sendiri. Tapi alhamdulillah, bila check clear, xde apa2. Waktu tu juga, doktor kata jalan da buka 4cm. So saya terus kena bersiap2 ke labor room. Saya terus call abang minta datang hospital. Call mak abah minta doakan semuanya selamat. Dalam pukul 12 lebih pagi, saya masuk labor room then puklu 4.10 pagi, saya selamat bersalin. Alhamdulillah, tu dulu pengalaman mengandungkan Kauthar, kali ini xtau lagi camne. Moga2 Allah mudahkan saya bersalin.

Kat sini saya buat prenatal check-up dekat University Medical Center (UMC). So far, tak kena bayar apa2 lagi. Sbb hospital ni bawah insurans coverage. Doa2nya xkena bayar ap2 la hingga ke akhirnya.

Jom tgk apa kata cik internet kita waktu 31 weeks ni.


This is a week of fast weight gain for both mom and the baby. The baby is mature by now and can baby can open and close their eyes at this week in pregnancy. You will see that your appetite will increase more and more in these last weeks. The baby is looking for more nutrients. At this stage of pregnancy, you may hear people tell you that you have the pregnancy glow. You can pamper yourself before childbirth with scented bath oils or gentle massages, pedicures and manicures.

There are some women who let the weight gain affect them. But don’t worry about this. Pregnancy is a special and exciting time in a woman’s life. You can always lose the weight but you may not always be able to have a healthy baby. If your doctor is not worried about it then you shouldn’t be either. If you have not made a choice either way about bottle-feeding or breast-feeding, it has been noted that women who breast-feed lose weight faster than those women who bottle-feed. Plus, they say breast-feeding is also good for the baby.

Baby’s Development

At week thirty-one, the baby is starting to pick up gaining weight gain. The baby should be about 3-1/2 pounds to 4 pounds by now and about 15 inches in length. The baby will continue to develop a layer of fat and as the pregnancy winds down the baby will start gaining about ½ a pound per week. The baby’s lungs developed and they are able to inflate and deflate by breathing. The lungs will produce surfactant; this will stop the baby lungs from collapsing rightafter birth.

The baby’s hearing is now 100% completed and can hear sounds and voices clearly inside the womb. The skin is pink at this stage of pregnancy and won’t change too much in color before they are born. The baby’s bones are hardening nicely and they will still need all of the calcium they can get before they are born. The baby is still receiving their nutrients and they will require more and more as the pregnancy winds down.

The baby can now urinate, they actually urinate about half a liter every day. The baby continues to swallow amniotic fluid that gets replaced a few times every day. The doctor will have the amniotic fluid measured to see if there are any problems that they should be aware of. If there is too much amniotic fluid it could mean that the baby may not be swallowing properly and less fluid could mean that there may be a problem with the baby’s kidneys.

Changes With Your Body

Your weight gain should be estimated at 21 and 27 pounds. It is entirely possible that you have gained more weight. The weight gain includes the baby’s weight, placenta, fat, water, the uterus and the amniotic fluid. The ligaments and muscles and supporting the back are becoming relaxed and loose to prepare for childbirth. By now, you will notice a change in your breast size and they are preparing for lactation, so make sure that you have a supportive bra. You may notice that there is a creamy white discharge, this is called colostrums. This will last a few days or a week after the baby is born.

Some new moms to be will experience Braxton Hicks Contractions. Some women feel these contractions back in the second trimester. Don’t worry these are normal and they cannot affect the birth of the baby. Some women experience hemorrhoids at this stage of pregnancy because of the pressure that baby puts on the rectum causing constipation.

Try to avoid standing in one spot for a long period of time. The hemorrhoids will disappear after the baby is born. Try to stay hydrated during the pregnancy, if you can avoid constipation you can avoid hemorrhoids. Try taking a warm bath with baking soda; this will help alleviate the itchiness. Use Tucks pad or lotion to help with the swelling and sometimes bleeding.

What To Expect

Atthis week of pregnancy,

the baby will soon start taking all of the nutrients from the food that you are giving. Try to keep eating healthyuntil the end of the pregnancy. If you have not given up smoking, it is not too late. The ultimate idea is to quit right away. But you don’t want to continue smoking after the baby is born. You will need to start resting more and more. You may have trouble getting to sleep because you have gained weight and it is becoming increasingly hard to find a comfortable position to rest in.

You will continue to experience frequent urination until the baby is born. Normally, this wouldn’t be difficult but if you have trouble getting a comfortable nights sleep then the constant getting up and down will cause more stress. Try sleeping on your left side with pillows between your knees; you will take off a lot of stress from your body this way. Try to stay away from sleeping on your back; it is not good for the circulation.

You should be attending every doctor’s appointment and if you are considered to be a high-risk pregnancy, you will be going to the doctors and having sonograms every week. This will help the doctors apprised of the baby’s condition. It is very important at this stage of the pregnancy that the doctors continue to monitor the baby.

Friday, February 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Adikku


Dengan Asma' Allah yang Maha Agung..

Alhamdulillah 2 minngu lepas, tanggal 29 Januari 2011, adik saya, merangkap anak bongsu dalam adik beradik saya telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Perasaan saya? Semua ada, sedih, gembira, pilu,terharu, semuanya bersatu. Gembira sebab saya dapat adik ipar. Satu-satunya adik ipar hehe. Tapi tak tahu bila boleh jumpa. huhu. Insya allah ada rezeki panjang umur kita akan bersua juga ye Firdhaus. Saya bagi green light dari jauh je waktu adik tanya lulus tak sbg calon adik ipar hehe. Sedih, pilu, sebab saya tiada di hari bahagianya. Dia satu-satunya adik saya. Tapi saya tiada disitu bersamanya. Insya allah walimah terakhir dalam ahli keluarga, saya tidak menyaksikannya. Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Hanya doa yg mampu saya kirim dari jauh. Terharu, adik saya yang istimewa itu sudah sampai jodohnya. Kenapa saya kata istimewa? Adik adalah pilihan Allah, diberi sedikit ujian, hilang nikmat sedikit pendengaran. Tapi dengan teknologi yang ada, alat bantu dengar dipakai sebagai bantuan. Adik insan yang sangat istimewa dan tabah. Saya sangat sayang dia.

Saya tidak menyalahkan mak abah atau sesiapa. Majlis berlangsung atas izin saya. Teringat saya kalau ikut perancangan asal, majlis hendak dilangsungkan selepas raya tahun ni. Selepas mak mendengar ura2, saya hendak pulang ke Malaysia berhari raya. Biasa la, mak mesti nak anak2 dia berkumpul kan. Tapi, selepas saya disahkan mengandung, kami terpaksa batalkan niat. Banyak yang perlu kami pertimbangkan. Lebih2 lagi dari sudut ekonomi. Saya bincang semula dengan mak abah. Jangan tunggu saya balik. Kalau xde aral melintang, kalau boleh dicepatkan. Elokla dicepatkan. Adik pun bukan muda lagi. Jangan hanya kerana ketiadaan saya majlis x dapat dilaksanakan. Syariat Allah lebih elok didahulukan. Lagipun bukan saya nak kawin hehe. Saya memujuk emak. Alhamdulillah akhirnya mak bersetuju. 19 December tahun lepas, majlis pertunangan diadakan. 29 Januari yg lepas, walimatul urus dilaksanakan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Hanya itu selayaknya saya ucapkan. Hakikatnya saya berasa lega. Dah x perlu fikir yg bukan2. Kalau dulu saya asyik2 membebel pada dia, jg diri elok2. Jaga akhlak sbg muslimah. Terasa hilang satu beban. Lama saya termenung. Kalau itu perasaan saya, mak apatah lagi. Tertunai sudah amanah ygn Allah berikan kepada mak abah dalam mendidik dan menjaga anak2. Kami 6 beradik, 5 perempuan, 1 laki2. Kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada anak lelaki. Alhamdulillah semuaya sudah berumah tangga. Saya sangat kagum dengan kesabaran dan ketabahan mak abah dalam mendidik kami. Sehingga saya terfikir, bolehkah saya menjadi seperti mereka dalam mendidik anak2 saya nnti.

The Moments without me

Wajah2 yang saya rindui....












Ermm xdapat nak letak gmbr lain lagi....tetiba je ada masalah huhu...

Doa saya buat mereka..
" Barakallah hu lakuma wabaraka 'alaikuma wajamaa bainahuma fil khair"

P/S: tgh dalam mood menghitung hari x sabar nak tunggu mak abah datang sini hehe....sesungguhnya saya sangat merindui mereka..

Tuesday, January 18, 2011

Setelah lama menyepi

Bismillah hirrahmaa nir rahim....

Alhamdulillah setelah sekian lama saya menyepi, arini berkesempatan juga nak coret-moret disini. Banyak betul perkara yang berlaku akhir2 ni sampai saya x sempat langsung nak duduk depan komputer ni. Facebook pun banyak 'cik bang ' je yang monitor. Sampai dia kata delete je la blog tu, buat malu je. Kadang2 geram juga, bukan dia nak tolong tulis pun, daripada dia baca blog orang lain ari2, baik tolong isteri dia ni tulis kan. Tapi nak buat cam mana, kata abang tu teguran membina. Terima jela kannnn.

HIJRAH KAMI

Tahun 2010 dah menutup tirai pun. Banyak yang saya nak kongsi tapi tak sempat langsung nk menulis. Lebih2 lagi bila Kauthar pun dah semakin panjang akal. Dia je yang nak duduk depan komputer ni 24jam. Ada jela yg dia nak tgk kat youtube tu, upin ipin la, alif bata la. Kadang2 bila sy x bagi, dia guna taktik nak tgk imam muda dulu. Then boleh la dia request yg lain2 pulak. Ada2 je la kan.

Winter break aritu kami sekeluarga x gi mana2 pun. Sibuk dengan pindah rumah. Tapi sebelum tu sempat kami bergotong-royong buat bubur asyura. Buat kat rumah K.Zatul. Ada dua versi, versi Terengganu dan Kedah. Versi terengganu tu hajat k.Zatul, yang satu lagi tu saya la teringin nak makan yg biasa mak saya buat. hehe. Tapi cik abang suka yang masin. Sorrry ye abang x dapat nak tolong tunaikan hajat.



Bergambar depan rumah K.Zatul, sebelum balik. Tetiba kami jadi ramai, sebabnya campur pelajar2 yang travel dari 4 states (Kansas,Minnesota, dll).

Kalau nak tengok gmbar2 yg menarik lagi, boleh klik kat sini, di blog katak lawa . Gambar2 yg lain ni pun saya ambil dari situ gak. Sbb dia je yg jd 'camerawomen' aritu.


PINDAH RUMAH

5 Januari aritu, alhamdulillah kami sekeluarga pun beroperasi pindah rumah. Terima kasih kepada pelajar2 undergrad merangkap adik2 yg sangat rajin menolong. Aritu saya hanya bagi arahan je kat diorang. Hehe. Kalau mak buyung ni nak angkat semua brg2 tu, mesti terus pengsan saya aritu.

Kenangan di apartment Palm Shadow, setelah setahun saya bermastautin di situ. Kalau abang, 2 tahun la kan.

Masuk rumah, belah kanan ruang tamu, belah kiri dapur




Kawasan dapur, dining room and kitchen bersambung






Apartment tepi sekali, senang nak angkut barang, tingkat bawah pula tu



Friday, September 17, 2010

Saya dah Malas ke

raya ke-2 open house di rumah pelajar baru


raya pertama- di rumah saya selepas solat raya

Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Sebelum terlewat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog saya ini. Kullu am wa antum bikhair........

Hampir sebulan lebih saya menyepi. Ramadhan yang lalu saya begitu tegar menghafaz kembali surah Yunus kerana ingin mentertai pertandingan hafazan yang diadakan di sini. Ayat menghafaz kembali itu agak perit. Bila saya dapat tahu tentang pertandingan tersebut, saya katakan kepada suami yang saya nak masuk. Moga -moga ia menjadi batu loncatan kepada saya untuk menjaga hafazan saya. Saya nekad nak jaga hafazan kali ini betul-betul. Tak nak biarkan ia lupa.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya memenangi pertandingan itu. Pertandingan tersebut diadakan pada malam 27 Ramadhan, hampir ke pukul 12 malam selepas solat sunat tarawikh. Tubuh saya sudah terlalu letih dan penat. Saya hanya bertawakkal kepadaNya.

MALAM 27, PESTA IBADAH

Saya begitu kagum dengan masyarakat Muslim disini yang begitu mengimarahkan masjid pada malam 27 Ramadhan yang lalu. Mereka sanggup berjaga sampai ke subuh dengan harapan moga-moga ianya malam Lailatul-qadar. Sehinggakan solat sunat tarawikh mencecah hingga 4 saff lebih di pihak perempuan. Tetapi saya sedikit terkilan bila ianya hanya dilakukan pada malam 27. Tidak pada malam-malam yang lain. Seolah-olah ia sudah menjadi satu tradisi dan adat bahawa malam 27 adalah malam lailatul-qadar. Sedangkan tiada hadith yang sahih mengatakan malam 27 adalah malam lailatul-qadar.

Alhamdulillah Ramadhan yang lepas lebih dihayati maknanya. Mungkin kerana dengan tiadanya bazar Ramadhan, moreh, iklan-iklan raya di kaca televisyen, konsep Ramadhan itu lebih mudah dihayati dan difahami. Terasa kepiluan dan kesyahduan di malam terakhir solat sunat tarawikh yang lalu. Air mata saya mengalir tanpa dipinta. Moga-moga ia bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.

Saya juga begitu kagum dengan 'kemasyian' imam Tarawikh pada tahun ini yang menyebabkan saya sangat terharu dan malu pada diri sendiri. Atau dengan kata sangat lancar. Istilah 'masyi' begitu popular digunakan di darul Quran dahulu. Dia merupakan seorang pelajar Master jurusan Engineering di sini yang juga merupakan seorang hafiz. Berasal dari Libya dan bacaannya merupakan riwayat Qalun.

Sedikit tentang dirinya yang saya dapatkan dari zauji. Mula menghafaz Al-Quran seawal 6 tahun. Kali kedua mengahafaz ketika berumur 20-an dan baru sahaja menghatamkannnya. Sejak dari kecil dibesarkan dengan suasana masjid. Sehinnga sekarang rumahnya terletak di belakang masjid. Saya sangat teruja mendengarnya. Moga-moga boleh diaplikasikan dengan anak-anak.

EIDUL FITRI 1431H

Alhamdulillah kedatangan lebaran ini sangat bermakna. Doa saya yang tak pernah putus-putus dimakbulkan. Saya mengandung lagi.

Kali kedua menyambut lebaran dirantauan. Persiapan hanya ala kadar. Terima kasih kepada keluarga di Malaysia yang mengirim kuih raya dan baju raya untuk Kauthar. Tak sempat nak amik gambar sebab Kauthar da rosakkan kamera. huhu.

Boleh tahan juga ujian mengandung kali ini. Tetapi sempat saya mengusik suami. Dalam saya x larat pun, dapat juga saya sediakan rendang 4 ekor ayam, kuah kacang kegemaran zauji dan ditambah raya kedua memasak lontong untuk open house dirumah student-student baru..

Yang terakhir, tahniah buat sahabat saya Nurul Akimi dan suami Dr Fahmi atas walimah mereka pada2 syawal yang lalu. Kimi, akhirnya dapat juga suami yang bertitle Dr sebagaimana didoakan maminya. In advance buat sahabat saya juga, Dr Hamdan dan Pasangan insya allah pada 9 syawal. Wish awal sebab x tau lagi bila berkesempatan untuk menulis.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...