Sunday, June 20, 2010

ALLAH beri JALAN dengan sedikit UJIAN

Bismillah hir rahmanir rahim.....


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya sentiasa yakin. Saya juga pasti.

Lama saya tidak menulis. Masa begitu mencemburui saya. Terngiang-ngiang di telinga saya nasyid raihan yang begitu popular dinyanyikan suatu ketika dulu.

Ingat lima perkara sebelum lima perkara:

Muda sebelum TUA,
Lapang sebelum SIBUK,
Sihat sebelum SAKIT,
Hidup sebelum MATI...

(entah betul ke tidak susunan lirik ni, hik hik)

Kalau dulu, saya selesa berada di zon 'lapang' itu, tapi kini saya mengintai-intai ruang itu. Menjadi baby sitter tidak mudah. Itu jawapan saya setelah hampir dua bulan menggalas amanah tersebut. Tetapi mungkin minggu ini atau minggu depan adalah mingu terakhir saya menggalas amanah itu.

Kerana apa? Kerana saya gagal.......Gagal mematuhi syarat yang SATU itu.....

"Bila nak ada kat rumah nyer ni" tanya suami pada saya di suatu petang. Tersenyum saya mendengar rungutannya itu. Berbunga riang hati saya seketika. Seronok pula rasanya. Terasa kewujudan saya dihargai.

Biasanya saya yang yang selalu ditinggalkan. Tapi kini, saya tiba-tiba menjadi sibuk dan selalu meninggalkannya...hik hik tak pe la abang, bukan selalu pun.

Rutin saya yang dulu sebagai suri rumah sepenuh masa dan hujung minggu terlibat dengan Sunday School sudah lama berakhir. Insya allah ada rezeki, selepas aidil fitri nanti sekolah akan dibuka semula.

Kini saya dengan rutin yang baru. Weekdays sebagai baby sitter, dari 9.30 pagi-4.30/5.00 ptg, malam rabu ajar ngaji. Kemudian saya juga diminta terlibat dengan summer camp. Insya allah dalam tempoh masa sebulan. Bermula minngu lepas hingga awal julai. Saya diminta mengajar Quran untuk adik2 dalam lingkungan 9-11 tahun dan 12 tahun ke atas. Dua kali seminngu, selasa dan khamis dari pukul 6.00-maghrib. Walaupun agak sedikit penat dan terkejar-kejar saya cuba usahakan. Rasa bersalah untuk mengatakan tidak, kerana mereka sangat kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam al-quran. Saya tidak mengatakan saya begitu mahir dan hebat. Tetapi dengan ilmu yang sedikit di dada, yang saya timba di bumi Darul Quran dahulu, terasa berdosa jika dipersiakan, saya cuba untuk berbakti.

Teringat saya sebuah hadith yang berbunyi:

" Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya"

Kalau dulu, setiap Jumaat malam Sabtu, teratak kami disirami dengan sedikit majlis ilmu bersama pelaja-palajar Malaysia yang berada disini. Tetapi kini, memandangkan semuanya bercuti, ada yang pulang Malaysia. Sebahagiannya ada yang mengambil summer class, saya cuba mengintai peluang yang ada. Saya cuba berjinak-jinak untuk mendalami bacaan Qiraat Qalun daripada seorang rakan saya yang juga seorang pengahafaz Al-Quran. Alhamdulillah, sudah dua kali saya berguru dengannya.

Begitulah ketetapan ALLAH terhadap hamba-hambaNYA. DIA yang memberi rezeki, DIA juga yang mengambilnya. Semuanya adalah dariNYA dan berlaku dengan IRADATNYA.

" Abang x de masalah apa-apa, cuma pastikan kalau suami dia nak hantar atau ambil anak dia, dan kalau abang x de kat rumah. x boleh. kalau isteri dia xde masalah. kalau dia x boleh ikut syarat ni, x boleh kerja". SATU syarat diberikan oleh suami saya ketika saya mula-mula hendak bekerja sebagai baby sitter ini.

Tetapi, syarat yang SATU itu saya GAGAL patuhi....

Saya akui, itu salah saya.....

"Abang, sayang rasa nak berhenti la kerja ni. Rasa letih sangat". Saya pernah mengajukan kepada suami niat saya untuk berhenti. Tapi, saya tiada alasan yang kukuh. Dulu, saya yang menawarkan diri untuk membantu jiran disebelah rumah saya sebagai pengasuh. Ketika itu, anaknya baru berusia 5 bulan. Saya berasa kasihan seandainya dia di hantar ke taska. Lalu saya menawarkan diri, disamping mengisi waktu lapang saya dan secara tidak langsung Kauthar ada kawan.

ALHAMDULILLAH ALLAH datangkan jalan. Tetapi dengan sedikit ujian.

Ianya sedikit perit, tapi saya redha. Jalan mencari gelaran isteri solehah itu tidak mudah jika bukan dengan sedikit ujian.

Maafkan saya ABANG.

Syurga saya dalam REDHAMU yang bernama SUAMI.....

p/s: saya nekad untuk berhenti kerja sebagai baby sitter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...