Thursday, December 17, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH 1431M



ﰻ ﻋﺎم ﻮاﻧﱲ ﺑﺧﻴﺮ

Teringat saya nasyid awal muharram ketika kecil2 dahulu


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut ma'al hijrah
Tingkatkan semangat
Suburkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman






Hari ni juga merupakan tarikh peperiksaan akhir abang untuk semester ini. Moga abang dapat jawab dengan cemerlang. Moga abang ditenangkan hati dan dilapangkan fikiran ketika menjawab kertas peperiksaan. Moga kejayaan yang hakiki milik kita yang abadi....





p/s: malam semalam kami dapat berita dari Malaysia, bapa saudara suami telah kembali ke rahmatullah...mari kita sama sedeqahkan al-Fatihah buat beliau.....moga roh beliau di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...AMEEN YA RABBAL A'LAMIN

Tuesday, December 15, 2009

Al- fatihah buat adik 'Ukasyah'

Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Baru sebentar tadi ketika membuka laman web facebook, saya dimaklumkan dengan kematian adik "Ukasyah' yang baru berusia 3 bulan lebih. Punca utama kematian masih belum dipastikan, tetapi mungkin tersedak ketika minum susu di nursery. Ini kali kedua kes yang saya dengar, baby meninggal akibat kecuaian di nursery selepas kematian anak ustaz Ramadhan Fitri beberapa bulan yang lalu. Al- Fatihah buat adik 'Ukasyah'.....moga kedua ibu bapanya tabah dan kuat mengghadapi ujian yang hebat ini...

Seandainya saya ditempat mereka, entah saya mampu atau tidak menanggung ujian ini. Teringat saya kes pagi tadi, ketika Kauthar terjatuh dari kerusi dan saya tak sempat untuk menyambutnya pun membuatkan saya rasa sangat bersalah dan berdosa seandainya terjadi apa2 ke atas dirinya. Inikan pula dengan berita kematian yang mengejut ini...

gambar ini saya ambil daripada blog


Untuk pengetahuan, ibu bapa 'Ukasyah' masih lagi merupakan seorang pelajar. Ibunya adalah pelajar tahun akhir kuliyyah of Nursing di UIA kuantan. Ayahnya saya terlupa...mgkin pelajar uia juga kalau x silap. Seperti yang sedia maklum pelajar2 uia memang agak ramai yang berkahwin sewaktu belajar. Tetapi sebenranya itu bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan.

Suatu ketika dulu....

Ya, saya juga merupakan salah seorang daripada bekas pelajar uia yang berkahwin ketika belajar. Pada saya itu adalah pengalaman yang sangat bermakna. Sangat sukar untuk diluahkan dan ditafsir. Dan saya juga bergelar ibu dan isteri ketika berpenat lelah untuk mendapatkan segulung ijazah.

Pahit getir, jatuh bangun saya ketika di Universiti hanya Allah yang tahu. Suatu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila2. Alhamdulillah sekarang semuanya telah selesai. Cuma yang saya sedikit kesali adalah kerana saya tidak mampu waktu itu untuk 'breasfeeding' Kauthar sepenuhnya. Hanya sempat beberapa bulan. Kemudian bertukar kepada susu formula.

Bukan saya tidak mencuba. Ketika saya memulakan kelas Kauthar berumur 2 bulan lebih. Kebetulan saya melahirkannya ketika cuti panjang, 3 bulan walaupun saya tidak sempat menghabiskan satu paper final exam bersama kawan2. Tetapi terpaksa mengambilnya selepas 4-5 minggu berpantang . Saya meletakkan Kauthar di bawah jagaan mak saudara suami yang kebetulan tinggal di Permatang Badak. Jarakknya yang dekat dengan UIA membolehkan saya berulang setiap hari. Tetapi hanya bertahan sehingga sebulan.

Selepas itu saya terpaksa meletakkannya di bawah jagaan mak abah di kampung. Saya terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar ini setelah menimbang beberapa faktor. Mak memang tidak membenarkan saya meletakkan Kauthar di nursery kerana alasannya masih terlalu kecil, tidak sesuai. Saya tidak pernah menyuruh mak menjaga ank saya. Kalau boleh saya x nak menyusahkan mak. Cukuplah mak dah bnyk berkorban. Anak saya biarlah saya yang jaga. Tetapi dia yang menawarkan diri. Setelah beberapa kali mak mendesak. Saya akur. Itulah mak saya. Padanya biarlah dia berkorban. Jasa mak tak akan saya lupa sampai bila2. Tetapi itulah fenomena dalam keluarga saya yang saya dapat lihat. Daripada cucu pertama hingga yang ke-17, iaitu Kauthar semuanya mak yang jaga sampai umur mereka dalam 1 tahun. Hanya 2-3 org sahaja yang tidak.

Pengalaman bekerja di nursery...

Saya pernah bekerja di nursery beberapa bulan. Saya lupa bila. Mungkin cuti akhir sem 2 ketika di uia kuantan. Pengalam bekerja di nursery juga antara faktor yang menyebabkan saya agak berat hati untuk menghantar anak kesitu. Saya bukan nak memburukkan nursery. Cuma pengalaman saya bekerja membuatkan saya berhati2. Tak sama rasanya cara kita menjaga dengan orang lain menjaga.......Cukuplah saya katakan pengalaman itu menjadikan saya berfikir banyak benda...

Dan ini adalah antara faktor yang membuatkan saya masih lagi berfikir sama ada mahu bekerja atau jadi suri rumah sahaja....huhu...sukarnya membuat pilihan.. hakikatnya saya masih berfikir...ramai orang berkata..ada ijazah tak kan nak duk rumah sahaja...suami saya tidak menghalang. Katanya "melarang tak, menyuruh pun tak....fikirlah mana yang terbaik" . Hingga ke hari saya masih dalam dilemma....mencari yang terbaik dalam hidup sebagai khalifah Allah, dalam mencari Redha suami dan Redha Allah yang hakiki.

Convocation...(10th October, 2009)

Sebenarnya, hari convocation ini adalah hadiah saya untuk mak abah yang dah banyak sangat berkorban untuk saya...saya tak pernah menulis sebelum ini tentang peristiwa tersebut. Kami sekeluarga balik ke Malaysia dalam masa seminggu ketika suami saya di tengah2 semester di sini. Hakikatnya hanya 4 hari di malaysia. Kami bertolak petang selasa, selepas suami habis kelas. Sampai di Malysia tengah hari Khamis. Almost 21 hours in flight. Terus ke rumah mertua di Temerloh. Jumaat balik ke rumah saya di Kumai, Bera. Sabtu saya convo di UIA Gombak. Ahad berehat dirumah kakak di Beranang. Pagi Isnin bertolak semula ke sini. Ramai orang kata kami buat kerja gila. Kami habis duit dalam RM 10000. Tipu kalau saya kata tak penat. Dengan Kauthar yang masih kecil. Tapi saya kata kat suami, "kali ini biar kita habis duit, habis tenaga, penat, tapi saya tetap nk balik. Ini hadiah saya untuk mak abah." Dalam adik-beradik hanya saya seorang dalam keluarga yang masuk universiti. Tak salahkan kalau saya menggembirakan hati mereka. Setelah 6 tahun berjuang, sedih rasanya kalau saya tidak menghargainya.
Hadiah buat mak abah....saya gembira dapat menggembirakan hati mereka



Keredhaan mak abah penting bagi saya. Sebenarnya balik dari malaysia, suami saya ada midterm pada hari Khamis minggu yang sama. Terseli juga kebimbangan di hati saya kalau di sebabkan balik ini abang x dapat nak score. Dia ada masa 2 hari untuk review semula palajarannya. Tetapi alhamdulillah berkat doa orang tua, abang cemerlang dan antara yang dapat highest mark. Alhamdulillah....



Monday, December 7, 2009

BABY WITH TRANSPORT CONTEST





Jom tengok ape syarat2 nk join contest ni:

1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....

2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...


4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...


5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima


6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?


7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...


8. terbuka kepada boy n girl k...


9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...


haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....
pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...



WARDATUL KAUTHAR (7 APRIL 2008- 1 TAHUN 8 BULAN)

"pon, pon! pon, pon!" kereta keciku berbunyi...

"eiiiiyah, beratnya kereta ni nak angkat"

"tarik-tarik"

"tolak pulak, alamak macam nak langgar dinding ni!"

APA KATA UMMI KAUTHAR:

Sebenarnya ini pertama kali es join contest2 macam ni. Semuanya secara kebetulan. Kebetulan baru2 ni ada snap gambar2 Kauthar dengan kereta musicalnya dan tertengok iklan contest ini kat blog kak mie. So rasa excited nak join.

Gambar-gambar ini adalah aksi-aksi dan ragam-ragam Kauthar bersama kereta muzikalnya di musim sejuk kat sini. Selepas main ni, Kauthar terus dapat selsema...huhu..doakan saya ye!




Wednesday, December 2, 2009

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang......

Entah mengapa entry kali ini telah beberapa kali tertangguh, beberapa kali terhenti. Hati masih dipalut hiba. Terkenang arwah nenek yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.

Tanggal 10 Zulhijjah 1430H yang lalu, tepat 7.30 pm nenek (atau panggilan mesra orang pahang, wek) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Terkedu seketika aku ketika mendapat pesanan SMS dari adikku kira2 pukul 5am Tucson, pagi hari raya aidil adha. Kesuraman menyelubungi diri di hari yang penuh barakah itu. Beberapa hari sebelum hari raya, aku mendapat khabar berita daripada mak mengatakan bahawa "wek" dalam keadaan tenat. Telah beberapa hari mak dan abah berulang-alik ke kampung menemani "wek" di sana.

Hajat mak dan abah ingin melakukan korban pada hari raya kedua terpaksa di awalkan ke hari raya pertama memandangkan keadaan "wek" yang semakin tenat. Ajal maut di tangan Tuhan. Belum sempat selesai sepenuhnya pembahagian daging korban, abah mendapat berita daripada adiknya "wek" telah pergi menghadap ilahi. "Innalillah hi wainna ilai hi rajiun". "wek" dikebumikan keesokan harinya memandangkan kekurangan tenaga pekerja untuk menggali kubur pada waktu malam dan kesibukan orang menyambut hari-raya korban.

Menurut mak arwah jatuh sakit terkena strok pada juga bulan zulhijjah 3 tahun yang lalu. Dan kini arwah kembali ke rahmatullah juga pada bulan yang sama. Seminggu lebih telah berlalu. namun ingatan terhadap arwah masih segar di ingatan. Kali terakhir aku berjumpa arwah, 5 bulan yang lalu sebelum bertolak ke sini. Terkenang saat2 aku menjaganya dahulu, memandikan, memakaikan baju, menyuapnya makan. Semuaya masih segar. Rasanya ini kali pertama aku kehilangan insan yang agak rapat denganku, tanpa aku hadir di hari pengkebumiannya. Di sebabkan itu, perasaan hiba ini terus menyelubungi hatiku.

Doaku buat arwah: "ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa nenekku, tempatkan nenekku di kalangan hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh, jauhkan lah dia dari azab kuburMU ya allah. AMEEN"

Semalam aku juga mendapat berita seorang sahabat ketika di sekolah menengah (SMKAP) (Mohamad Shukri Shafie) juga telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


APABILA MATINYA SEORANG ANAK ADAM TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA MELAINKAN 3 PERKARA:
  • SEDEKAH JARIAH
  • ILMU YANG BERMANFAAT
  • DOA DARI ANAK YANG SOLEH







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, November 26, 2009

Eid Mubarak !!!!!!




Selamat Hari Raya Aidil Adha ditujukan kepada semua terutama sekali kepada mak abah, long sekeluarga, ngah sekeluarga, de sekeluarga, abang sekeluarga, adik, dan tak lupa juga kepada keluarga mertua (mak abah, abang long, epul, anas dan adik wani).

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.

Alhamdulillah tahun ini mak abah dapat juga buat korban setelah tertangguh setahun yang lepas. Begitu juga keluarga mertua. Mak kata nama aku mak masukkan dalam senarai untuk korban. Tapi my hubby tak dapat nak join sebab dah penuh. Tak pe ada rezeki tahun depan kita korban lagi.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, November 24, 2009

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi MahaPenyayang.......


Dalam beberapa hari ini ada beberapa perkara berlaku dalam hidupku.

21st November 2009

Seorang sahabatku, Nurunnajiha Ngatiman telah selamat mendirikan masjid dengan pilhan hatinya, Mohd Adzmin. Barakallah hulakuma wabarik alaikuma wajamaa bainahuma fil khair. Moga mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal bahagia hingga ke syurga..





22nd November 2009

Pertama kali Sunday School mengadakan activity day sepanjang diriku berkhidmat di sini. Sememangnya aku tidak dapat gambaran yang jelas bagaimana ia akan dilaksanakan. Sampai-sampai je kat masjid pagi tu, terdengar Br Borhan memanggil " Where is the teacher of level 1 students?" then one of the teacher called me " Esfa, you are the teacher' . Sejak bila pula aku incharge ni. tak tau ape pun. Blurr tetiba. Rupa-rupanya semua students kena buat presentation. Kenapa aku tak dimaklumkan apa- apa pun? Aku tertanya-tanya di dalam hati.Setelah berbincang dengan seorang guru, kami berpakat memilih setengah2 students sahaja untuk buat persembahan. Mereka mempersembahkan bacaan Surah Al-fatihah.

Setelah selesai, mereka semua masuk ke kelas. Sekali lagi kecelaruan berlaku. Aku ke kelas level 1 untuk melihat keadaan students kerana mereka sangat bising. Tiba-tiba seorang guru datang menyuruh aku memberi ujian kepada students. Aikk. Pelik nya . Tak tahu pun. Fikiranku bercelaru dan tak boleh nak fokus. I just started to give them the quiz. Then one mom came into the class offered some help. Maybe dia tgk aku cam x leh nak handle jer. Then, one of the teacher, terus melulu masuk dan bagi kuiz kat students,. Dia buat tak nmpak jer yang aku berdiri kat situ. the mom said" i'm happy this is real teacher". Arrrrgggh, aku rasa macam nak meletup duk kat situ. I'm loss. Tapi alhamdulillah aku dapat kawal perasaan dan cuba buat macam tak ada apa pun yang berlaku.

Agak lama aku berada di dalam kelas tersebut sambil fikiranku menerawang entah ke mana. Then, other teacher called me " Esfa, level 4 students is waiting for you". " Me?" I asked. "yes" She replied. Then aku bergegas ke kelas level 4. Makin serabut fikiranku. Aku memohon maaf kepada studenta kerana lambat dan meneruskan ujian seperti yang telah aku rancangkan untuk mereka.

Maklumat yang sampai kepadaku adalah, sesi pertama, kelas dijalankan seperti biasa. Aktiviti hanya akan dijalankan pada masa kedua . Aku diamanahkan untuk menjalankan aktiviti bersama level 1 students. Sebab itu aku hanya menyediakan kuiz untuk students level 4 dan aktiviti untuk level 1. Aku tidak dimaklumkan tentang adanya persembahan dan lain2 kuiz. Selesai masa pertama, aku ke kelas level 1 semula untuk membuat aktiviti bersama mereka. Aku melihat cikgu tadi masih berada di situ dan sedang membuat aktiviti bersama mereka. Aku diarahkan hanya untuk menyambung apa aktiviti yang telah mereka lakukan. Sedikit kecewa terbit di hatiku. Kenapa lain yang dicakap dan lain yang dibuat. Aku hanya membuat apa yang disuruh.

Hajat hati ingin menulis lagi. Tetapi setelah difikir-fikirkan cukup setakat ini. Bukan apa. Semakin aku memikirkan peristiwa tersebut, semakin sesak fikiranku. Lagipun ianya sudh berlalu dan selesai. Semalam, salah seorang guru yang juga merupakan orang yang menguruskan bahagian pentadbiran menelefon ku. Bertanya keadaan sebenar yang berlaku. Hakikatnya dia juga terkejut kerana aku tidak membuat aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Sedangkan kami yang beria2 membuat persediaan sehari sebelum kejadian.

Kesimpulan yang boleh aku buat:
  • There is no mutual understanding among the teachers and lot of miscommunication. Even though this is volunteer work, everyone should responsible for their works.



    INILAH YANG DIRANCANGKAN


    PERSEMBAHAN


    INI YANG JADI..



Event kedua:

I got surprised from my husband when back from Sunday School. "Happy birthday Ummi...". Terima kasih abang. Hilang sekejap kesedihan dihati.








Doaku:

MOGA DIRI INI MAMPU MENJADI ANAK YANG TAAT KEPADA KEDUA IBU BAPA, ISTERI YANG SOLEHAH, UMMI YANG MITHALI, SAYAP KIRI PERJUANGAN SUAMI, HAFIZAH SOLEHAH MUJAHIDAH ANSARULLAH







Thursday, November 19, 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Wednesday, November 18, 2009

Autumn yang tak Autumn

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semalam seharian es sakit kepala sampai berdenyut2. Malam tadi paling teruk. Last2 call abang, mintak balik awal jaga Kauthar. Ummi dah tak larat sangat. Nak tidur awal, sebab x tahu nak wat cam ner dah. Bangun pagi ni, still sakit lagi. Terpaksa juga telan 2 biji panadol, walaupun kalau boleh malas nak manjakan diri dengan ubat. Tapi dah terpaksa. Hopefully berkesan.


Last2 sebab dah tak ada perubahan, Ummi ajak Kauthar jalan-jalan dekat rumah. Lagipun, Kauthar pun nampak macam dah boring sebab Ummi tak layan dia pagi ini. Kauhtar pun nmpak macam happy jer....

Ni la separuh dari gambar2 kami berjalan-jalan dekat rumah di musim luruh ni. Hanya certain2 pokok je yang luruh..others still the same.




KAUTHAR AND HER FIRENDS, COLIN




POKOK-POKOK YANG LURUH








Monday, November 16, 2009

Good luck


Buat pakteh anas, semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan bermula esok. Semoga dapat menjawab dengan tenang. Jangan gabra2 dan gopoh-gapah. Insya allah Kauthar sekeluarga doakan yang terbaik buat pakteh...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Thursday, November 12, 2009

Haji Mabrur

Kepada seluruh umat Islam yang pergi menunaikan haji pada tahun ini, semoga kalian semua mendapat haji yang mabrur. Ucapan ini ditujukan khas terutama sekali kepada kawan saya, najwa, graduate student of nursing dari iium. Semoga selamat pergi dan kembali, dan dimudahkan segala urusan disana.

Saya ingin berkongsi dengan semua pembaca sebuah articel yg cukup menyentuh perasaan saya berkaitan dgn haji.

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu..Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi. "Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah."Pah.... oo...Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya."Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah." Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." "Betullah Pah oii..... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan." "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. "Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. "Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang?... " "Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah
melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis. "Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?.... ," balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak
menjawab tidak sah.. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing..

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. "Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei. "Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kaunak bebas macam tu?" "Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilangduk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah punboleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham. "Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya."Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?,telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!" Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesaimenikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu. "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya."Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai....Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya. "Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aja keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah."Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanyaPakUwei melindungi kekecewaannya. "Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwe berpaling Pada Balkis...."Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. "Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.""Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.

Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya."Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama... Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-
sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. "Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya."Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya."Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar."Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah. "Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. "Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Niabah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intantak bertangguh mencapai pinggan. "Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. "Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak......" "Habis tu?" "Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam
genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya..
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia..

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan..." "Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan......" ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.. "Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.. "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di,Mekah. "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna." "Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu."Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei
berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan
mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. "Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga. "Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita..""Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka."Mak... abah.... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju."Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan."Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei."Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa."Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pahmenggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari
mulut suaminya.

Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu. "Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu."Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"ajak Azman menukar tajuk perbualan.. "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata..
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya..."Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana,dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. "Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az.... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.. " Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan
dan melangkah laju ke bilik Intan..."Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. . Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah."Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan."Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit epala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak," cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat.....

Menitik air mata saya

>Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan. .....

Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah wa syukurillah



alhamdulliah dapat juga meneruskn coretan di sini setelah sekian lm tertangguh. teringat kata2 abg dulu sewaktu menyatakan hasrat nk menulis di sini "kalau da ad blog kena update setiap hari ". insya allah saya cuba yg termampu. Alhmdulillah, last sunday adalh kali ketiga mengajar sbg guru al-quran di ICT Sunday School. Seronoknya rasa dpt hidup dgn alquran kmbali. moga2 doa nk hidup dkt ngn al-quran dimkbulkn. Ameen.

alhmdlh thn ni Sunday school dpt sambutn yg sgt menggalakkn. anak-anak muridku sekarang mencecah angka 20 org dlm lingkungan umur 10-18 thn. mrk terdiri drpd pelbgai bangsa, somalian, american, arabian. berbelit2 juga lidah nk kena speaking. moga2 dimudahkn allh dlm urusan ini.

alhmdlh duit perbelanjaan kami disini juga dah di masukkn ke dalm akaun semlm setelh lwt beberapa mggu. bnyk pembyran terpaksa ditangguhkn. duit rumah, tel, kredit kad, yuran sem. terpksa berhutg dgn kredit kad,tapi kini alhmdllh, syukur pdMu ya allh. moga km sentiasa mnjd hmba yg bersyukur.

cukup setkt ini dulu, tgn pun da lenguh menekn mouse. mklumla taip guna on screen keyboard.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...