Wednesday, December 2, 2009

AL-FATIHAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang......

Entah mengapa entry kali ini telah beberapa kali tertangguh, beberapa kali terhenti. Hati masih dipalut hiba. Terkenang arwah nenek yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.

Tanggal 10 Zulhijjah 1430H yang lalu, tepat 7.30 pm nenek (atau panggilan mesra orang pahang, wek) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Terkedu seketika aku ketika mendapat pesanan SMS dari adikku kira2 pukul 5am Tucson, pagi hari raya aidil adha. Kesuraman menyelubungi diri di hari yang penuh barakah itu. Beberapa hari sebelum hari raya, aku mendapat khabar berita daripada mak mengatakan bahawa "wek" dalam keadaan tenat. Telah beberapa hari mak dan abah berulang-alik ke kampung menemani "wek" di sana.

Hajat mak dan abah ingin melakukan korban pada hari raya kedua terpaksa di awalkan ke hari raya pertama memandangkan keadaan "wek" yang semakin tenat. Ajal maut di tangan Tuhan. Belum sempat selesai sepenuhnya pembahagian daging korban, abah mendapat berita daripada adiknya "wek" telah pergi menghadap ilahi. "Innalillah hi wainna ilai hi rajiun". "wek" dikebumikan keesokan harinya memandangkan kekurangan tenaga pekerja untuk menggali kubur pada waktu malam dan kesibukan orang menyambut hari-raya korban.

Menurut mak arwah jatuh sakit terkena strok pada juga bulan zulhijjah 3 tahun yang lalu. Dan kini arwah kembali ke rahmatullah juga pada bulan yang sama. Seminggu lebih telah berlalu. namun ingatan terhadap arwah masih segar di ingatan. Kali terakhir aku berjumpa arwah, 5 bulan yang lalu sebelum bertolak ke sini. Terkenang saat2 aku menjaganya dahulu, memandikan, memakaikan baju, menyuapnya makan. Semuaya masih segar. Rasanya ini kali pertama aku kehilangan insan yang agak rapat denganku, tanpa aku hadir di hari pengkebumiannya. Di sebabkan itu, perasaan hiba ini terus menyelubungi hatiku.

Doaku buat arwah: "ya Allah Engkau ampunilah dosa-dosa nenekku, tempatkan nenekku di kalangan hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh, jauhkan lah dia dari azab kuburMU ya allah. AMEEN"

Semalam aku juga mendapat berita seorang sahabat ketika di sekolah menengah (SMKAP) (Mohamad Shukri Shafie) juga telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


APABILA MATINYA SEORANG ANAK ADAM TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA MELAINKAN 3 PERKARA:
  • SEDEKAH JARIAH
  • ILMU YANG BERMANFAAT
  • DOA DARI ANAK YANG SOLEH







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...