Friday, September 17, 2010

Saya dah Malas ke

raya ke-2 open house di rumah pelajar baru


raya pertama- di rumah saya selepas solat raya

Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Sebelum terlewat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog saya ini. Kullu am wa antum bikhair........

Hampir sebulan lebih saya menyepi. Ramadhan yang lalu saya begitu tegar menghafaz kembali surah Yunus kerana ingin mentertai pertandingan hafazan yang diadakan di sini. Ayat menghafaz kembali itu agak perit. Bila saya dapat tahu tentang pertandingan tersebut, saya katakan kepada suami yang saya nak masuk. Moga -moga ia menjadi batu loncatan kepada saya untuk menjaga hafazan saya. Saya nekad nak jaga hafazan kali ini betul-betul. Tak nak biarkan ia lupa.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya memenangi pertandingan itu. Pertandingan tersebut diadakan pada malam 27 Ramadhan, hampir ke pukul 12 malam selepas solat sunat tarawikh. Tubuh saya sudah terlalu letih dan penat. Saya hanya bertawakkal kepadaNya.

MALAM 27, PESTA IBADAH

Saya begitu kagum dengan masyarakat Muslim disini yang begitu mengimarahkan masjid pada malam 27 Ramadhan yang lalu. Mereka sanggup berjaga sampai ke subuh dengan harapan moga-moga ianya malam Lailatul-qadar. Sehinggakan solat sunat tarawikh mencecah hingga 4 saff lebih di pihak perempuan. Tetapi saya sedikit terkilan bila ianya hanya dilakukan pada malam 27. Tidak pada malam-malam yang lain. Seolah-olah ia sudah menjadi satu tradisi dan adat bahawa malam 27 adalah malam lailatul-qadar. Sedangkan tiada hadith yang sahih mengatakan malam 27 adalah malam lailatul-qadar.

Alhamdulillah Ramadhan yang lepas lebih dihayati maknanya. Mungkin kerana dengan tiadanya bazar Ramadhan, moreh, iklan-iklan raya di kaca televisyen, konsep Ramadhan itu lebih mudah dihayati dan difahami. Terasa kepiluan dan kesyahduan di malam terakhir solat sunat tarawikh yang lalu. Air mata saya mengalir tanpa dipinta. Moga-moga ia bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.

Saya juga begitu kagum dengan 'kemasyian' imam Tarawikh pada tahun ini yang menyebabkan saya sangat terharu dan malu pada diri sendiri. Atau dengan kata sangat lancar. Istilah 'masyi' begitu popular digunakan di darul Quran dahulu. Dia merupakan seorang pelajar Master jurusan Engineering di sini yang juga merupakan seorang hafiz. Berasal dari Libya dan bacaannya merupakan riwayat Qalun.

Sedikit tentang dirinya yang saya dapatkan dari zauji. Mula menghafaz Al-Quran seawal 6 tahun. Kali kedua mengahafaz ketika berumur 20-an dan baru sahaja menghatamkannnya. Sejak dari kecil dibesarkan dengan suasana masjid. Sehinnga sekarang rumahnya terletak di belakang masjid. Saya sangat teruja mendengarnya. Moga-moga boleh diaplikasikan dengan anak-anak.

EIDUL FITRI 1431H

Alhamdulillah kedatangan lebaran ini sangat bermakna. Doa saya yang tak pernah putus-putus dimakbulkan. Saya mengandung lagi.

Kali kedua menyambut lebaran dirantauan. Persiapan hanya ala kadar. Terima kasih kepada keluarga di Malaysia yang mengirim kuih raya dan baju raya untuk Kauthar. Tak sempat nak amik gambar sebab Kauthar da rosakkan kamera. huhu.

Boleh tahan juga ujian mengandung kali ini. Tetapi sempat saya mengusik suami. Dalam saya x larat pun, dapat juga saya sediakan rendang 4 ekor ayam, kuah kacang kegemaran zauji dan ditambah raya kedua memasak lontong untuk open house dirumah student-student baru..

Yang terakhir, tahniah buat sahabat saya Nurul Akimi dan suami Dr Fahmi atas walimah mereka pada2 syawal yang lalu. Kimi, akhirnya dapat juga suami yang bertitle Dr sebagaimana didoakan maminya. In advance buat sahabat saya juga, Dr Hamdan dan Pasangan insya allah pada 9 syawal. Wish awal sebab x tau lagi bila berkesempatan untuk menulis.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...