Tuesday, February 9, 2010

Winter Break 1: Mount Lemmon Ski


Bismillah hir rahmanir rahim...

Teringat saya niat saya ketika nak menulis blog ini dulu, adalah sebab nak mengabadikan perjalanan kehidupan kami sepanjang berada di rantau orang. Dan sempena tahun baru hijrah yang lepas, saya dah upgrade sikit niat saya, nak menulis sambil berdakwah.Tapi mungkin niat yang ini masih belum lagi terlaksana sepenuhnya.

So, kali ini saya nak berkongsi pengalaman kami sekeluarga bermain ski semasa winter break yang lalu...Sebenarnya bukan nak main sangat pun. Lebih-lebih lagi saya ini yang memang tak pernah ada pengalaman main ski. Sebenarnya, lebih kepada nak tengok dan main salji. Maklum la dekat bumi Arizona ini, xde salji turun pun melainkan nak kena naik bukit. So, kami pun memulakan expedisi mendaki Mount Lemmon yang mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke atas menaiki kereta.


Jalan yang terpaksa dilalui



Anak ummi yang sangat gembira..=)


Seronoknya tengok salji..

Alhamdulillah...akhirnya sampai ke destinasi yang dituju, Mount Lemmon





Subhanallah...indahnya ciptaan Allah







Anak ummi yang kesejukkan.....ummi tengah main ski


Lepas ini, jatuh lagi..



Geng Ekpedisi; Liza, Es, Kauthar, Izuan, Ridzuan
Kesian dekat Kauthar, tertido dalam kesejukan dan keletihan..


Alhamdulillah dapat juga diberi peluang melihat kebesaran Allah yang Sangat Agung ini. Walaupun tidak dapat melihat salji turun sacara life, saya tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya saya dapat pengalaman mendaki Mount lemmon dan bermain Ski. Sangat meletihkan apabila banyak kali jatuh. Semua orang mengadu sakit kaki dan badan akibat banyak kali jatuh. huhu...



















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...