Wednesday, March 10, 2010

WE LOVE MUHAMMAD, YES WE DO!


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang......


Teringat saya kata-kata suami 2 minggu lepas "minggu depan tak ada halaqah ye, ada program dekat masjid".

Program apa ya? saya tertanya-tanya di dalam hati.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL (SEERAH RASULULLAH )

Bagaimana saya boleh terlupa. Inilah masalahnya bila kita tidak menggunakan kalendar hijrah. Kalau di Malaysia mungkin kita lebih alert. Lebih-lebih lagi hari tersebut merupakan cuti umum. Tetapi disini????

Alhamdulillah saya berkesempatan juga menghadiri satu majlis sambutan maulidur Rasul walaupun berada di negara Uncle Sam ini. Walaupun pendekatannya sedikit berbeza dari Malaysia, tetapi alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program tahunan yang merupakan kali ke-3 diadakan ini di anjurkan oleh Leaders of Tomorrow (one of the muslim student organization at univ of Arizona ). Majlis ini bermula selepas solat isya' berjemaah di Islamic Center of Tucson (masjid kat sini). Tetapi selepas solat maghrib, ICT sudah pun dipenuhi dengan ramai orang. Tak kira, tua muda, kana-kanak mahupun orang tua. Orang Arab mahupun orang kulit hitam. Tiada apa pun yang membezakan kita semua. Dinul Islam menyatukan kami semua. Terasa ruh Islam di situ.....








Antara agenda pada malam itu adalah:

  • Dimulakan dengan bacaan Al-Quran


  • Ucapan alu-aluan pihak penganjur
  • 2,3 lagi persembahan tambahan
  • Persembahan dari Al-Huda School
  • Persembahan dari Sunday School
  • ShortTalk (lupa sipa speaker)
Tetapi antara isi penting yang menarik hati saya:


  • Kisah pengislaman Umar Al-Khattab
  • Quote from him, "We love Muhammad". Then all the audience and children said "yes, we do!
SAYA JATUH CINTA....

Inilah antara sebab-sebab yang membuatkan saya jatuh hati dan jatuh cinta dengan bumi Tucson, Arizona ini. Alhamdulillah masjid atau lebih di kenali sebagai ICT di sini di makmurkan. Ada solat berjemaah setiap waktu, halaqah kecil-kecilan setiap kali selepas solat isya' setiap hari (untuk muslimin), kuliyyah mingguan, kelas mengaji untuk new muslim setiap Sabtu, ifthar setiap hari isnin minggu pertama setiap bulan, Sunday school. Tidak kurang juga hebatnya dengan sambutan bulan Ramadhan yang lepas. Solat tarawikh, ifthar jamaie dan qiyamullail besar-besaran pada malam 27 Ramadhan..

Faktor iklim yang tidak banyak beza dengan Malaysia juga menjadikan saya tidak susah untuk menyesuaikan diri di sini. Walaupun bukan negara beriklim Khatulistiwa, bumi Arizona ini bukanlah kawasan empat musim. Ia sangat kaya dengan cahaya matahari.

Membaca tulisan ustaz Hasrizal tentang kembaranya ke bumi Urdun membuatkan saya terkesima seketika. Pada hemat saya tak banyak beza antara bumi Urdun dengan Arizona. Bumi yang tandus dan kering dan kaya dengan pokok kaktus menjadi tempat titik bermulanya pentarbiyahan kami sekeluarga sebagai seorang pejuang kalimah Allah di muka bumi ini.








Jiran tetangga yang juga terdiri daripada kaum Cina, India membuatkan saya seperti rasa hidup di Malaysia.





1 comment:

satu said...

Salam ziarah, salam kenal...teruskan menulis...

Silalah ke http://www.ibunoor.com

-ibunoor-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...