Thursday, February 24, 2011

Oral Glucose Tolerance Test

Dengan Asma' Allah yang maha Agung

Ahhhh, tertekan saya. Tadi saya da tulis banyak2, da siap nak post je. Then tetiba je semuanya hilang. Check kt draft pun xde. Huhu. Xde mood da nak tulis.

Pagi selasa lepas, saya mengabiskan masa dekat Sonora Quest Lab. Kat sini, doktor bg borang, kemudian kita pergi lab ambil darah, keputusannya dapat tahu bila jumpa doktor next appt.

Saya sampai pg tu 8.10am. Terus nama saya kena panggil. Sebelum minum air gula tu, kena ambil darah dulu. Kemudian minum air gula 100mg. Seingat saya sebelum ni saya minum 50 g je. Puas juga saya nak hbskan dalam tempoh 5 min. Dahla air dia lebih manis dari yg sebelum ni. Kemudian saya kena ambil darah lagi setiap jam lepas tu dalam tempoh 3 jam. So, pukul 9.24am, 10.24, 11.24 am saya kena ambil darah lagi. 3 cucuk yg pertama saya bagi tgk kiri, tapi bila tgk tgn saya da merah2 dan bengkak, utk yg akhir tu saya bg tgn kanan. So, total saya kena 4 kali cucuk utk amibil darah. huhu, sadis sungguh rasanya. Saya berdoa dalam hati results saya semuanya normal.

Kalau nak tgk sample air gula tu, boleh tgk kt sini. Saya xpuas hati nape kena minum 100mg. So saya pun goggle kt internet. Maklumat yg saya dapat, kalau kita fail first screening utk 1 hour test, minum 50g air gula tu. Kena buat 3 hours test. Yg mana kena minum 100g air gula mcm yg saya buat tu. Barulah saya faham lepas tu...

Alhamdulillah, semalam saya dapat call bgtau results darah saya semua ok. Alhamdulillah, syukur sangat2. Esok saya ada check up dengan doktor. So, kita tgk ap yg doktor kata kt saya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...