Thursday, April 21, 2011

Selamat Hari Lahir Anakku


Bismillah hir rahmaa nir rahiim

Dengan nama Allah yang maha Agung...

Alhamdulillah hari ni Allah bagi sedikit kesempatan untuk menulis. Selamat hari lahir anakku Wardatul Kauthar yang tersayang. Alhamdulillah dengan izinNya pada April 7,2011 yang lalu kak long dah genap 3 tahun. Ummi mohon maaf kerana terlewat buat ucapan disini. Sempena dengan hari ulang tahun kak long ini, ummi nak join contest dari ummu muhammad. Ini pun join saat2 akhir dah. Bagi sesiapa yang nak join, boleh tengok kat sini.



Buat pengetahuan kak long, disaat ummi menulis pada ketika ini, ummi sedang sarat mengandungkan adik kak long. Hari ini dah genap 39 minggu 2 hari. Bila-bila masa sahaja nanti adik kak long akan lahir ke dunia. Kak long doakan ummi mudah bersalin ye, sebagaimana Allah mudahkan ummi sewaktu bersalinkan kak long dulu. Tapi seandainya, dengan takdir Allah, ajal ummi sudah sampai sewaktu melahirkan adik kak long nanti, ummi harap kak long doakan ummi tergolong dalam orang2 yang mati syahid.

Ummi berdoa moga suatu hari nanti kak long berkesempatan membaca kembali pesanan yang ummi nukilkan buat kak long disini.

Sempena dengan birthday kak long kali ini, ummi ada satu harapan dan doa. Ia tak lain tak bukan hanyalah moga anak ummi menjadi anak yang solehah, hafizah, mujahidah, ansarullah. Bukan ummi tak nak anak ummi jadi doktor ke guru ke, pensyarah ke. Tapi bagi ummi yang paling penting adalah anak2 ummi jadi anak yang solehah. Kerana hanya itu bekalan untuk ummi di akhirat sana.

Buat pengetahuan kak long, ummi tak ada harta. Ummi juga bukan dari keluarga yang berharta. Tapi ummi tak pernah kurang dengan kasih sayang dari wan dan aki. Ummi tak ada wang ringgit yang boleh wariskan buat anak2 ummi. Hanya didikan agama yang ummi mampu berikan sebagaimana hajat abah yang tidak mahu ummi keluar bekerja. Abah mahu ummi tumpukan sepenuhnya pada pendidikan anak2. Moga2 dengan hajat abah itu, kak long menjadi anak yang solehah. Kerana dengan doa dari anak yang solehah itu sahaja boleh menjadi bekalan amalan buat ummi dan abah di negeri yang fana. Sebagaimana sebuah hadith berbunyi:

"apabila matinya anak adam, terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara; sedekah jariah, doa dari anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat".

Buat anakku yang disayangi,
Ummi juga berharap kak long dapat menjadi seorang penghafaz Al-Quran. Moga kak long dapat merasai dan mengecapi nikmat hidup bersama Al-Quran sebagaimana yang pernah ummi lalui dulu di bumi Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Ia satu nikmat dan saat yang paling manis dalam hidup ummi. Ummi tak boleh memaksa kak long, tapi ummi boleh memberi sedikit galakkan. Buat pengetahuan kak long, sekarang ini kak long dah boleh hafaz 3 surah dari Al-Quran, surah Al-Kauthar, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Antara ketiga2 surah ini, surah Al-Kauthar yang pertama sekali kak long hafaz.

Ummi ingat lagi waktu tu umur kak long setahun lebih. Abah buka youtube dan pasang surah Al-Kauthar. Bila kak long dengar, kak long kata "Kauthar?" Sejak hari tu kak long minta pasang tiap2 hari dan tak lama lepas tu kak long dah boleh ingat dan hafaz. Ummi doakan moga Allah mudahkan kak long untuk menghafaz kalam2 Allah ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ingatlah anakku, tiada sedikit pun kerugian seandainya kita membaca kalam Allah ini setiap hari. Malah ia menambah keberkatan dalam hidup kita. Sebagaimana nabi Muhammad SAW juga pernah berpesan "berpeganglah pada 2 perkara ini yang mana kamu akan selamat dunia akhirat, iaitu Al-Quran dan sunnahku".

Buat anakku yang dikasihi,

Walaupun sekarang ini kita hidup di negara uncle Sam, tapi ummi dan abah cuba untuk mewujudkan biah solehah dalam keluarga kita. Moga2 dengan halaqah mingguan bersama kakak2 dan abang2 disini yang ummi dan abah buat sejak kita datang kesini dulu dapat mendidik kak long hidup dalam suasana pentarbiyahan. Doakan ummi dan abah dapat istiqamah dalam medan perjuangan ini dan tidak tergolong dalam golongan yang futur. Ummi dan abah sentiasa doakan kak long dapat menjadi mujahidah dan pejuang2 agama Allah.

Buat yang terakhir anakku yang dirindui, renungkanlah nasihat Lukman al-Hakim ini kepada anaknya sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dalam surah Luqman ayat 13-19. Huraian di bawah ini ummi ambil dari sini.

1. Tidak menyekutukan Allah.

Sebesar-besar kedzaliman dan kemungkaran adalah menyekutukan Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(Q.S. Luqman:13)

Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik, kecuali ia bertobat dan meninggalkan perbuatannya. Sesungguhnya hanya Allah sajalah yang berhak untuk disembah (Allahu mustahiqqul 'ibaadah). Dia lah yang berhaq di mintai pertolongan. Hanya kepada-Nyalah segala urusan diserahkan, takut (khouf), berharap (raja') hanya layak ditujukan kepada Allah swt, bukan kepada yang lainnya

2. Berbuat baik kepada kedua orang tua.

Firman Allah SWT.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."( QS.Luqman: 14)

Di dalam riwayat Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Amalan apakah yang dicintai oleh Allah ?Beliau menjawab: Shalat pada waktunya, ia bertanya lagi: Kemudian Apa ?, Beliau menjawab: berbuat baik kepada orang tua, .Ia bertanya lagi: kemudian apa?, Belau menjawab: Jihad di jalan Allah" (shahih Bukhari V/2227, hadits No.5625)

3. Ketaatan kepada kedua orang tua harus dilandasi oleh ketaatan kepada Allah;

Kerana tidak boleh taat kepada keduanya dalam rangka berbuat maksiat kepada Allah, lebih-lebih lagi menyekutukan Allah ( syirik ). Allah berfirman "Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"(QS. Luqman: 14).

4. Mengikuti jalan orang-orang yang kembali kepada Allah SWT

Firman Allah SWT
Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.(QS. Luqman: 15)

Di sini Luqman memberikan sebuah nasihat kepada anaknya agar ia mengikuti jejak orang-orang yang kembali kepada Allah SWT iaitu para nabi dan rasul serta orang-orang yang beriman dan beramal shaleh, yang selalu bertaubat kepada Allah SWT, yang telah diberi Allah SWT hidayah, iaitu tetap dalam agama yang hanif yakni Islam.

5. Allah akan membalas semua perbuatan manusia.

Firman Allah swt :
(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(Q.S: 16)

"Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula". (QS. Al Zalzalah: 7-8).

6. Menegakkan sholat.

Shalat adalah tiang agama, sehingga ia tidak akan tegak tanpa shalat. Maka sebagai seorang yang beriman kita diwajibkan menegakkannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 17 yang berbunyi :
"Hai anakku, dirikanlah shalat …"
Shalat dapat mencegah manusia dari perbuatan keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah SWT.

…"Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar." (QS. Al 'Ankabuut: 45)

7. Amar Ma'ruf nahi Munkar.

Ada dua komponen penting dalam Islam yang memberikan sebuah dorongan yang kuat kepada setiap muslim untuk mendakwahkan agama yang dianutnya, yaitu Amar ma'ruf nahi mungkar (memerintahkan berbuat kebajikan dan mencegah yang mungkar). Perintah untuk beramar ma'ruf nahi mungkar sangat banyak di dalam Al Qur'an seperti :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".(QS. Ali Imran:104).

8. Bersabar terhadap apa yang menimpa kita.

Sesungguhnya segala cobaan yang menimpa seorang muslim itu adalah merupakan sesuatu yang mesti terjadi kerana itulah bentuk ujian (ikhtibar) dari Allah SWT, apakah ia sabar atau tidak ?, firman Allah SWT.

"Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(QS. Luqman:17)

9. Tidak Menyombongkan diri

Sifat takabur atau merasa besar dihadapan manusia adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."

10. Bersikap pertengahan dalam segala hal dan berakhlaq yang baik

Islam tidak menghendaki sikap Ghuluw (berlebih-lebihan) juga tidak menginginkan untuk bersikap tahawun (meremehkan) dalam segala hal termasuk juga dalam perkara-perkara yang menurut penilaian sebagian orang dianggap kecil seperti sikap berjalan, berbicara dsb. Allah SWT mengatur itu semua sebagaimana firmanNya:

"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

Manusia akan mempunyai nilai jika menampakkan akhlaq yang baik, kerana tujuan diutusnya Rasulullah SAW selain untuk menyeru kepada Allah ( Ad-dakwah ilallah) adalah untuk menyempurnakan Akhlaq dan budi pekerti.



p/s: kepada semua pembaca, doakan saya mudah bersalin=)

~ buat suamiku yang kuhormati , ku pohon ampun dan maaf darimu, bukan harta dan emas yang ku pinta, hanya sedikit kasih sayang yang kudamba~




2 comments:

ummu muhammad said...

esfaaaa hafizahullah sayang...terharunye k.linn...antara nikmat Allah utk hamba2 yg terpilih sahaja utk menjadi Al-Quran berjalan insyaAllah...bersyukur sgt sebab ramai ibu bapa yg celik dan inilah generasi insan berkualiti yg kite nak lahirkan.. ;)

mudah2an mudah bersalin..nanti jgn lupe brite terbaru dgn adik kautsar ;)

insyaAllah tunggu pengetua bw ;)

esfa said...

Alhamdulillah kak lin, Allah bg saya peluang untuk dekat dengan KalamNya...ayuh kita sama didik anak2 kita menjadi generasi alQuran juga=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...