Wednesday, September 9, 2009

Bila kauthar da pandai mengemas...

Bismillah hir rahmanir rahim...

Hampir seminggu saya tidak menulis, gatal pulak rasa tangan ini untuk menaip. Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan saya berada di negara orang ini. Selama itu jugalah saya mejadi isteri, ibu, suri rumah sepenuh masa. Seronok rasanya melihat anak membesar di depan mata sendiri. Tawanya, tangisnya, ragamnya, keletahnya menjadi penghibur hati. Kadang2 ianya sangat menguji kesabaran. Hampir saja tangan ini memukul tubuh kecil itu. Tetapi apabila difikirkan semula, apalah dosanya. Dia hanya budak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Umur baru setahun jagung. Zalim benar rasanya andai tubuh kecil di perlakukan seperti binatang. Nauzubillah....

Kauthar semakin matang dan berdikari. Nak pakai seluar sendiri, mandi nak sabun sendiri, nak makan suap sendiri,gosok gigi sendiri. Seronok rasanya melihat perubahan sedikit demi sedikit dalam dirinya. Teringat karenahnya semalam. Entah bagaimana saya terlelap seketika dalam melayan karenahnya. Sedar2 habis bajunya dalam almari dikeluarkan. Terkejut saya seketika. Rasanya hanya seminit sayaterlelap, tapi sempat juga dia buat projek. Nak marah ada, nak gelak pun ada. Lantas saya mengambil kamera, ingin menjadikan ia sebagai kenangan sewaktu membesarkannya. Moga2 menjadi tatapannya suatu hari nnti.




Surprise!!


Suka ya dapat buli ummi? Hanya gelak menjadi jawapannya...Hilang terus amarahku.

Seronok rasa 2-3 hari ini dapat menyambungkan semula silatur rahim dengan sahabat2 lama. Almaklumlah saya baru sahaja mengaktifkan diri dalam facebook. Bergenang air mata apabila dapat bertemu sahabat2 yang sudah lama tidak bersua. Walaupun hanya dapat menatap gambar, cukuplah ia sekadar melepas rindu. Dalam keseronokkan, tiba2 aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan. Salah seorang sahabatku disahkan menghidapi Thalasemia beta. Innalillahhi wainna ilaihi rajiunn..tabahkan hatimu wahai sahabatku. Kamu diuji tanda kamu disayangi..hati mana tidak sayu apabila mengenangkan dirinya yang bakal mendirikan rumah tangga 3 minggu lagi..doaku sentiasa mengiringimu sahabatku..


p/s: Kauthar dah nak mengamuk...baik stop huhu. Jom cari malam lailatul-qadar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...