Wednesday, September 23, 2009

Eid Mubarak

Bismillah hir rahmanir rahim..

Eid Mubarak buat semua. Hari ini hari keempat syawal,baru hari ini aku berkesempatan untuk menyambung coretanku di sini. kami sekeluraga memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kepada seluruh umat islam walau dimana anda berada. 20 0ktober 2009 merupakan syawal yang pertama buat kami sekeluarga meraikannya di perantauan. Perasaanku bercampur baur. Suka duka silih berganti. Sedih kerna teringatkan mak abah, adik beradik dikampung. Suka kerana berdebar2 nak menempuh sesuatu yang baru yang belum pernah dialami. kami disini juga menyambut syawal pada hari ahad. Cuma bezanya, disaat kami baru sahaja nak menunaikan solat raya, mereka di Malaysia sudah keletihan dan kekenyangan menikmati juadah raya.

Hari terakhir puasa kami berbuka di rumah kak zatul. Alhamdulillah kami semua dapat berkumpul beramai2 sambil menyambut kedatangan syawal dengan bacaan takbir. Seronok rasanya berkumpul begitu. seolah2 berada di malaysia pula. Kak zatul menyediakan juadah yang sangat istimewa. Ada acara bakar satay, ada lemang. nasi impit, rendang, popia. Alhamdulillah, terubat juga rindu pada lemang yang emak buat. Walaupun hanya dibakar guna oven, itu sudah memadai. Lemang dalah menu wjib bagi kami sekeluarga di pagi raya. Tapi tahun ni mak buat lemang kat umah wan, sebab semua anak2nya balik rumah mertua dulu utuk raya pertama. Raya ketiga baru semua berkumpul kat umah mak dan abah. Nasib baik adik tak kawin lagi. Kalau tak mak dan abah beraya 2 orang la tahun ni. Hampir jam 10 malam baru kami semua bersurai. Sampai di rumah aku menyambung menyiapkan juadah untuk di makan dio paga raya. suamiku di sini tiada perayaan diadakan untuk menyambut syawal. Tiada laungan takbir di masjid. Yang ada hanyalah solat hari raya.

1 comment:

F. Hanim M. said...

uik..
raya 20 september 2009 la kak es..
hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...