Thursday, June 16, 2011

Berkata benar

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...


Sekarang ni kami sekeluarga tengah sibuk cari rumah. Elok je 2 hari lepas habis pantang dapat berita tu. Sebenarnya kami bukan la dapat warning letter kena keluar rumah. Cuma selepas diberitahu oleh kami sendiri, dengan secara automatiknya kami kena pindah rumah 2 bilik.

Niat kami dengan berkata benar dan jujur itu moga2 dia ada bagi kelepasan. Abang kata tak sedap la, dulu bayar rumah untuk 3 orang, tapi kami da berempat, so kena la bagitahu. Mungkin perlu tambah duit sikit je ke. Tapi kami silap. Tup tup kena pindah juga. Orang office kata kalau kami tak bagitahu, diorang buat2 tak nampak je. Tapi sebab kami dah bagitahu kena la pindah. Sebelum ni saya ada cerita yang undang2 kat sini menetapkan rumah satu bilik hanya boleh didiami untuk 3 orang sahaja. Kalau lebih kena masuk rumah 2 bilik. Insya allah ada hikmah semua tu kan.

Tapi, entahla. Setelah saya buat kajian, rasanya itu bergantung kepada landlord. Sebab ada satu apartment yang kami tengok tu, dia tak kisah pun kalau kami sewa apartmtn satu bilik. malah dia sendiri terkejut bila tahu reason kami kena cari rumah lain. Bagi dia terpulang pada kami, kalau rasa tak sempit rumah sebilik, tak perlu la nak rumah 2 bilik. Hmmmm, mungkin ada landlord yang kisah ada yang tak kisah.....

So, sekarang ni kami tengah pening cari rumah...huhu. Kontrak rumah ni sampai akhir bulan 7. Awal bulan 8 kena pindah. Elok2 je nak mula puasa waktu tu. huhu. dah la adik2 ni ramai yang balik Malaysia. Ermm pening juga la fikir bak pindah ni. Yang saya paling malassssss ialah nak kena kemas rumah ni.......Kat sini macam mana kita masuk rumah tu. Putih, cantik, berseri, macam tu la kita kena buat sebelum keluar dari rumah. Kalau tak, duit deposit tu kena potong untuk bayar ganti rugi.

Lagi satu saya sayang pokok kunyit saya yang baru ada 2 helai daun, pokok serai yang sedang merimbun, pokok labu yang bukan main gemuk....semua saya sayang...



ni masa baru tanam... tak nampak lagi daun serai tu. mak abah tanam sebenarnya, harapkan saya tak dela. saya memang tak pernah ada kemahiran pasal ni. Aritu mak abah datang, dah ajar sikit2 kat saya hehe


Ni sebelum mak abah balik.....serai dah ada daun sikit2. sekarang ni bukan main gemuk semua sayur2 tu...



Belakang rumah



Depan rumah






2 comments:

Nadiah Sidek said...

kalau tak bgtau mungkin diorang buat tak kisah je, kan? undang2 kat sini sama jgk. 1 bilik maksimum 3 org. bila kami plan nak tmbh anak sorg lagi, awal2 dah apply rumah 2 bilik sbb rmh sebilik tu kecik sgt2. duduk berempat akan jadi bertambah crowded. mcm rumah esfa luas juga walaupun sebilik, kan? lagipun rmh ni rmh universiti..mana nak sorok ada pertambahan ahli keluarga :p

takpe la, ada la tu hikmahnya pindah sekali lagi. insyaAllah lebih selesa :)

Esfarizam said...

aah rumah skang luas.850 square ft!rumah ni standard untuk 2 bilik tapi dia nuat satu bilik.in sya Allah ada ganjaran Allah untuk orang yang jujur dan ikhlas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...