Tuesday, January 24, 2012

Tasneem 8-9 m.o



Tasneem di Muktamar MISG 2011 yang lepas

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Alhamdulillah sedar tak sedar hari ini Tasneem genap 9 bulan. Syukur padaMu ya allah atas segala nikmat baik senang ataupun susah.

Mendidik dan menjaga Tasneem hingga ke saat ini adalah suatu nikmat yang tidak ternilai. Setiap saat mereka berdua membesar di depan mata saya. Kadang-kadang bergenang air mata, terdetik dihati saya, 'i miss this time with Kauthar'.

Dikala usia 7 bulan yang lalu, Tasneem mula berdiri, memanjat di sana sini. Kini usia 8-9 bulan, dia mula bertatih. Mak kata 'nyusur adang'. Semua tempat yang boleh dipegang, dia akan berdiri dan mula berjalan. Baik dikatil, disofa, dikerusi, ataupun didinding. Tapi masih lagi dengan bantuan. Diusia ini juga dia mula merangkak. Tak jauh beza dengan kak long Kauthar. Kauthar dulu pun mula bertatih sendiri di usia 9 bulan. Tapi tak tumbuh gigi lagi. Ummi terselamat.

Diusia ini juga dia dah pandai associate word with action. Contohnya, bye-bye, tepuk tangan.
Bila makan, selagi dia tak kenyang, dia tak kan duduk main, tak bagi ummi buat kerja lain, bila ummi berdiri dia akan tarik-tarik kain ummi. Mula-mula saya tak faham apa yang dia nak, tapi sehari demi sehari saya mula mengerti dan belajar bahasa anak-anak. Agak sedikit berbeza dengan kak long. Kak long, baru dua tiga suap dah tutup mulut, tak nak makan. Ummi pula yang kena kejar dia nak bagi makan. Tapi kak long jenis yang makan sikit tapi kerap.

Mereka berdua sudah pandai bermain bersama, bergaduh bersama, 'mengemas' bersama, pandai cemburu (ermm boleh tahan juga ni, lebih-lebih lagi bila abah balik sekolah, berebut nak duduk atas abah =D.

Moga mereka berdua jadi anak-anak yang solehah, muslihah, sentiasa hidup dalam redha dan rahmat Allah. Ameen.

p/s: Sewaktu menaip, Tasneem tengah tidur atas ummi. Kalau tidur pagi (11.00am), mesti macam tu, kalau ummi letak dia jaga. Agaknya sebab musim sejuk ni. Bagi peluang kat ummi buka komputer =p.

~ menulis perkembangan anak-anak, bukan untuk membandingkan dengan anak-anak sesiapa. hanya sekadar kenang-kenangan di hari tua. maaf andai ada yang tidak suka.


Kauthar sangat seronok dan suka dapat main salji di Flagstaff.

1 comment:

Ummu Muhammad said...

wah dah berwajah baru..best tgk2 pic liku2 kehidupan tu ;)

p/s: bilelah agknye bole rase salji real ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...