April 2010- pertama kali Kauthar ke ER
Dengan nama Allah Yang Maha Agung
Sambungan daripada dilemma ummi
Ermm apa yang Tasneem makan?
Sesuatu yang kotor dan penuh dengan kuman. Saya basuh mulut Tasneem sampai dia nak muntah. Astaghfirullah hal 'azim. Mengucap panjang saya. Malu nak cerita. Segan apatah lagi. Tapi ia peristiwa yang tidak akan saya dilupakan. Juga pengajaran buat saya, suami dan kak long. Moga ia tak kan berulang lagi.
Kak long juga dapat hukuman pada hari itu. Alhamdulillah, dia akur dengan hukuman yang diberikan kerana kelalaian yang disengajakan.
KAMI KE ER (EMERGENCY ROOM) AKHIRNYA
Kenapa???
Sedang Tasneem tidur pada suatu malam, tiba-tiba dia batuk dan muntah susu. Sejak dia lahir hingga ke umur 8 bulan, tak pernah lagi dia muntah susu sebelum ini. Kerana bimbang yang makin mendalam, akhirnya saya nekad membawa Tasneem ke hospital.
Pulang sahaja suami dari masjid malam itu, laju saya menceritakan apa yang berlaku. Akhirnya, pada pukul 10.30 malam kami menjejakkan juga kaki ke ER.
LETIH MENUNGGU
Prosedur di ER bukan bergantung kepada siapa sampai dahulu. Tetapi mengikut tahap kritikal sesuatu kes.
"There are lot of patients tonight" kata Dr yang bertugas. Hampir ke jam 3 pagi baru kami berkesempatan berjumpa dengan Dr. Tasneem dan Kauthar sudah lama tertidur. Abang juga entah beberapa kali terlelap kepenatan. Saya masih mampu bersengkang mata menuggu dengan penuh sabar.
Inilah antara faktor yang menyebabkan kami 'liat' untuk ke hospital melainkan ia benar2 'urgent'. Tetapi kami tiada pilihan lain. Di sini tiada klinik2 kesihatan seperti di Malaysia yang boleh menjadi tempat rujukan. Jika sakit, ER lah destinasi tumpuan kami. Lebih-lebih lagi apabila pihak insuran hanya akan bertanggungjawab membayar bil-bil hospital seandainya ia daripada ER. Atau dengan kata lain hanya bila sakit.
Teringat saya antara rungutan-rungutan kami di sini bila terasa susah untuk berjumpa doktor seandainya hanya sakit biasa2 sahaja. Ada yang memberi idea"buat-buat sakit".
TIDAK KRITIKAL
Alhamdulillah, itulah jawapan yang diterima sebaik sahaja Dr selesai melakukan pemeriksaan ke atas Tasneem, selepas saya menceritakan segala-galanya, sejak dari Tasneem jatuh katil hingga ke kejadian sebentar tadi.
Alhamdulillah ada lega disitu. Paling kurang saya tidak perlu berfikir yang bukan-bukan dan berhenti menyalahkan diri sendiri.
Hampir waktu subuh, baru kami tiba di rumah. Terpaksa melapkan mata selepas subuh ekoran keletihan yang tidak dapat dibendung lagi.
1 comment:
alhamdulillah selamat...mcm tulah perasaan bile dah jadi ibukan..kerisauan yg tak pernah sudah ;)
Post a Comment