Dengan nama Allah Yang Maha Agung
Dah seminggu mak abah pulang ke Malaysia. Seminggu ni juga la saya mula belajar berdikari. Rasanya tak pernah pun cerita pasal mak abah datang sini, tup tup da balik Malaysia semula. Bukan tak nak cerita tapi tak dan huhu, alasan je kan. 2 bulan mak abah duk kat sini. Alhamdulilah terubat rindu saya pada mereka. 17 mac aritu mak abah sampai LA. Kami sekeluarga pergi jemput mak abah dekat LA. Nanti ada masa saya sambung cerita pasal ni.
Ni mak abah dah xde. Terasa sepi dan sunyi semula rumah. Abang kata ternampak2 lagi abah duk sebelah dalam kereta kalau pergi masjid. Saya apatah lagi, mak la teman saya di dapur. Tak tahu la camne perasaan Kauthar. Biasanya pagi2 dia ikut abah (aki) pergi jogging. Nak gelak pun ada kalau tengok gelagat dia pergi jogging. Ye la kan, 2 bulan hidup bersama. Abang kata dah sebati dalam diri. Lain kalau setakat seminggu dua.
Perasaan saya bercampur baur sekarang ni. Takut ada, gelisah ada, gementar ada. Semua ada. Nama je dah dua anak, tapi saya rasa ni la baru saya nak jaga anak betul2. Kauthar dulu rasanya setakat dalam pantang je. Lepas tu saya tinggalkan dia dengan mak. Allah je yang tahu perasaan saya waktu nak berpisah dengan dia dulu. First berpisah, saya tgh dalam pantang lagi, sbb nak ambil exam. Sampai demam2 saya sebab anak tak menyusu. Lepas saya hbs pantang saya buat praktikal, kmdn bulan tujuh saya dah mula kelas semula. Tak banyak masa yg saya habiskan dengan dia. Sangat sedih susu yang tgh banyak kering macam tu je. Waktu tu pengetahuan ttg pam susu ni tak mendalam sangat. Sebab tu la saya jual pam susu tusekarang ni, niat nak menolong ibu2 yang bekerjaya. hehe. Abang kata ada bnyk hikmah kenapa Allah bg Kauthar lmbt dapat adik, Allah nak kami ganti semula masa2 yg kami 'hutang' dengan dia dulu. Kauthar dah setahun lebih baru kami hidup sekali. Sebenarnya bukan dengan Kauthar je, kami sekelurga belajar hidup dalam alam rumah tangga setelah berada di sini. Walaupun sedih, saya yakin ada hikmah semua yang berlaku itu.
Dalam perasaan yang bercampur-baur sekarang ni, hanya kepadaNya tempat saya merintih dan mengadu. Hari ini hari ke-30 saya berpantang. Tinggal 14 hari lagi. Moga Dia mudahkan urusan kami sekeluarga untuk meniti hari2 mendatang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286; " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Mak abah kat LA, ni nak balik Malaysia dah. Tapi sebab adik2 ni book flight sgt awal dari Tucson, terpaksa la mak abah balik awal juga. Last2 10 jam kena bertapa dekat LA tu. Flight dr LA ke Malaysia kul 1245am Selasa. Tapi betolak dr Tucson 115pm Isnin.
Adik2 undergrad yang menemani abah mak balik Malaysia
No comments:
Post a Comment