Tuesday, August 25, 2009

Hari keempat!

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang2 yang di beri kitab sebelum kamu dan dari orang2 musyrik. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang (patut) diutamakan " (Ali- Imran; 185 & 186).

Alhamdulillah dapat juga aku meneruskan bacaan Al-Quranku sesudah solat zohor sebentar tadi. waktu zohor di sini awal pukul 12.26pm. Anakku Kauthar sedang lena diulit mimpi. Tidurlah anakku, rehathan dirimu sebentar.Tidak susah untuk menidurkannya berbanding dulu. Kalau dulu kemana-mana sahaja pasti dengan buaian. Agak susah kami hendak bergerak kemana-mana. Tapi kini alhamdulillah, sedang aku menunaikan solat zohor tadi, dia turut hadir sebelahku dan meletakkan kepalanya diatas tikar sejadah dan terus melelapkan mata. Setinggi kesyukuran kupanjat kepadaMU ya Allah memudahkan urusan hambaMu yang dhaif ini. Mungkin juga faktor perjalanan yang lama untuk kami sampai ke sini dari Malaysia sebulan yang lalu, 24hours in the aeroplane as the causes for everything to change.

Hari ini juga, merupakan hari pertama suamiku memulakan class for this new semester. He take 3 subjects in this semester. Pasti suamiku masih berdebar2 menanti keputusan peperiksaan last friday yang akan menentukan sama ada dia berjaya untuk menyambung pHdnya atau tidak. Kupanjatkan doa buat suamiku moga2 semuanya berjalan lancar seperti yang kami harapkan. Kejayaannya adalah kejayaan kami sekeluarga. Tetapi sebagai insan kita hanya mampu marancang, segala ketentuan adalah milik Allah Yang Maha Khaliq.

Sudah dua hari kami sekeluarga berbuka dimasjid. Daripada pemerhatianku, tidak banyak perbezaan suasana berbuka disini mahupun di Malaysia. kami dihidangkan tamar dan susu untuk berbuka puasa. Kemudian solat maghrib berjemaah, selepas itu baru makan nasi. Bezanya cuma cara lauk2 tersebut dimasak. Sudah tentu ada bezanya dengan masakan di Malaysia. Agak berkurang sedikit jumlah sisters yang ifthar dimasjid semalam berbanding hari sebelumya. Begitu juga dengan solat Tarawikh. Mungkin faktor kelas yang telah bermula pada hari semalam dan hari bekerja menjadi penyebab. Kauthar juga sudah mula merengek sewaktu aku memulakan solat tarawikh pada rakaat yang kelima sesudah berhenti seketika untuk tazkirah. Mungkin fikirnya aku sudah siap menunaikan solat. Mungkin juga dia sudah mula bosan dan mengantuk kerana tidak ada kawan2nya yang dtg semalam. Insya allah petang ini kami sekeluarga berbuka dirumah pula. Apa ya menu kami pada petang ini??? Insya allah permintaan suamiku supaya aku memasak nasi lemak akan aku tunaikan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.16pm. Mungkin aku patut berhenti di sini dahulu. Aku patut rebut peluang yang ada sementara anakku masih tidur untuk menyediakan juadah berbuka kami pada petang ini.

" Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa2 kami dan hapuskanlah kesalahan2 kami, dan matikanlah kami beserta orang2 yang berbakti. Ya Tuhan Kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melaui rasul-rasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah mengingkari janji......AMEEN!!!" (Ali-Imran;193 & 194)

2 comments:

Dain said...

assalamualaikum.. aku saje melawat blog ni.. semoga ko sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.. kirim salam kat izuan ye.. sila lah luangkan masa melawat blog aku http://cikgudain.blogspot.com/

Esfarizam said...

Thanx, insya allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...