Monday, August 31, 2009

Majlis Kesyukuran

Bismillah hirrahmanir rahim.

Alhamdulillah dapat juga kami mengadakan majlis kesyukuran semalam sewaktu berbuka puasa dalam suasana yang simple tapi meriah. Ini kali pertama semua pelajar2 malaysia dan kak zatul sekeluarga berkumpul di pondok kecil kami ini. Walaupun, hakikatnya, ini kali kedua kami mengadakan jamuan di sini. Kali pertama dahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa, meraikan kedatangan junior2 dari Malaysia.


Tetapi disaat2 akhir ada juga yg tidak dapat hadir untuk majlis kali ini. . Haris, (baju belang) 1st year chemistry undergraduate student tidak dapat hadir mungkin ada assignment yang perlu disiapkan. Terima kasih kepada Kak zatul sekeluarga kerana dapat juga hadirwalaupun agak lewat sampai. Kami semua terpaksa makan dulu sebab semua orang da lapar. Dapat juga aku menyediakan tomyam campur sebagai juadah berbuka puasa. Di tambah dengan bubur jagung dan buah tembikai sebagai manisan dan pembasuh mulut. Rajin rupa2nya adik2ku ini memasak. Ya, bolehlah aku memanggil mereka sebagai adik2ku kerana mereka semua early 20 years old. Apabila semua orang membawa serba sedikit makanan, penuh juga meja kecil kami itu dengan pelbagai jenis juadah. Ikhwan (ayam masak kunyit), Aini dan Husna (bergedil), Wani dan Khaliza (cekodok kurma dan roti goreng), kak zatul (sambal sotong). Wah, sedapnya!!





Mengikut perancangan asal aku dan suamiku, majlis tamat selepas maghrib. So, semua orang boleh ke masjid untuk solat isya' dan tarawikh. Lagipun jarak rumahku ke masjid tidaklah jauh sangat. Tetapi, lain pula yang jadi. Hampir ke pukul 11pm, majlis baru bersurai. Mungkin kerana kak zatul tiba agak lewat dan kami semua sudah lama tidak bersua muka. Banyak yang hendak dibicarakan. Mungkin selepas ini kami perlu buat agenda yang lebih tersusun.

Terima kasih diucapkan kepada Husna kerana datang awal dan tolong aku memasak, kepada Aini sebagagai ajk pengangkutan, Khaliza tolong basuh pinggan, Ikhwan dan Farid (bagi akak pinjam periuk dan senduk), kak zatul sekelurga (walaupun abg sayyuf baru balik kerja, mesti penat) dan kepada semua yang sudi hadir. Tidak lupa juga kepada suami tercinta yang sudi menolong aku mengemas rumah. Moga ukhwah yang terbina ini diredhai Allah dan kekal hingga ke syurga. Ameen!!







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...