Sunday, August 30, 2009

Kauthar nak tumbuh gigi

Bismillah hirrahmanir rahim...

Sudah beberapa kali penulisanku kali ini tertangguh. Ini semua kerana kesihatan anakku tidak berapa baik. Dia demam dan selsema. Tetapi tidak begitu kuat. Bimbang juga dengan virus H1N1 yang dengar2nya sudah menular kembali kesini. Menurut makku, kalau nak tumbuh gigi geraham pun boleh demam juga. Ya, itu mungkin juga penyebabnya. Gigi geraham atasnya sudah tumbuh, tetapi gigi geraham bawah baru nak tumbuh. Ku pohon doa kepadaMu ya Allah moga kesihatan anakku kembali pulih. Seingatku beberapa hari lepas dia meragam sewaktu hendak tidur malam sehingga muntah2. Keesokkan harinya dia mula mengidap selsema. Ya, gara2 dia muntah itu jugalah kami dapat first warning letter from the management office, hanya kerana aku menyidai toto kauthar yang terkena muntah di pagar kolam renang .Huhu. Menurut suamiku according to USA law, memang kita tidak dibenarkan menyidai pakaian atau ap2 sahaja di luar rumah. Sbb itu disini dryer machine disediakan disetiap apartment. Tetapi aku tetap meneruskan niatku kerana menurut brother sayyuf (malaysian) yang sudah 13 tahun menetap disini, ia dibenarkan di sini.

Alhamdulillah result exam suamiku sudah keluar. Bushra buat kami sekeluarga. Dia lulus exam tersebut. Ini bermakna kami akan tinggal disini 3-4 tahun lagi, Insya allah. Setinggi kesyukuran kupanjatkan buatMu ya Allah. Moga2 suamiku tidak lupa pengorbanan kami sekelurga buatnya, dan dia tidak menjadi insan yang lupa diri, bisikku di dalam hati. "Kita kena buat majlis kesyukuran sikit ni. Jemput student2 berbuka puasa kat rumah ni," kata suamiku. "Insya allah, "jawabku. Apa ya menu yang hendak kusediakan buat mereka, ia berlegar2 di benakku.

Semalam, kami sekelurga ifthar jamai di masjid bersama2 student malaysia yang lain2. Sepatutnya keluarga kak zatul pun turut hadir. Kak Zatul adalah satu-satunya keluarga dari malaysia yang sudah 13 tahun menetap di sini. Sudah 4 orang anaknya. Tetapi di saat2 akhir dia tidak dapat hadir. Insya allah kak zatul, lain kali kita ifthar sama2 ye..












No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...