Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kareem!

Bismillah hirrah ma nirrahim..

Alhamdulillah setinggi puji-pujian dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan bantuan suami tercinta. Tanpa bantuan dan sokongan darinya mungkin blog ini masih belum dapat disiapkan lagi. Tercapai juga niat dihati untuk memulakan coretan ini sempena bulan yang penuh barakah, maghfirah dan rahmat ini.

Hari ini masuk hari ketiga umat islam berpuasa di bumi USA ini. Sahur kami sekeluarga hanya berlaukkan telur goreng. Itu sudah memadai. Memandangkan banyak stok2 makanan kami yang sudah kehabisan. Mungkin hujung minggu ini mungkin baru kami berkesempatan untuk ke grocery semula. Almaklumlah kami masih belum masih mempunyai kereta sendiri lagi. Masih dalam proses mencari kereta yang sesuai. Banyak bezanya menyambut Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan sebelum2 ini. Kalau dulu aku masih lagi bergelar pelajar namun kini memikul tanggungjawab sebgai isteri sepenuh masa. Ya, inilah baru kami pertama sekelurga meraikan Ramadhn bersama sepenuhnya. Walaupun usia usia perkahwinan kami sudah menganjak ke angka 2, namun baru sebulan lebih kami memulakan hidup berkelurga dalam erti kata sebenar. Hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Dan kami memulakan kehidupan kami di sini. Di bumi yang tidak terfikir dibenakku akan aku diaminya. Perjalanan kami baru bermula. Moga2 setiap langkah ini disirami rahmat dan maghfirah dariMu ya Allah. Amen ya rabbal a'lamin.

p/s: moga2 ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 sebelumya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...