Saturday, May 28, 2011

Happy birthday Abang!

Dengan Asma' Allah yang Maha Agung





Buat suamiku yang tercinta....

Selamat hari lahir yang ke-27 (17 Mei 2011)

Moga dengan bertambahnya umur, bertambah ketakwaan kepadaNya...

Moga menjadi suami, abah, ketua keluarga yang dapat membimbing kami ke jalanNya

Moga Allah permudahkan abang dalam pengajian menuntut ilmuNya ini....


Insya allah sayang dan anak2 akan sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan akhirat..




Tasneem (hari ke-20)

Kauthar tengah buka hadiah birthday yang diberi oleh 'kakak-kakaknya'





p/s: letak gambar anak, sbb xde gmbr abahnya waktu kecil. Dalam erti kata lain nak mention yang abang dah 'tua' kih kih =)...Maaf abang, tak ada hadiah dan kek special.....(macam sebelum ni kita celebrate je kan). Nanti ummi habis pantang kita pergi makan kat Sultan Palace (lamb~ kesukaanmu). Nak order 3 pinggan pun x pe..=)

Friday, May 27, 2011

Moga kekal hingga ke Syurga

Dengan Asma' Allah yang Maha Agung

Alhamdulillah, sedar tak sedar tanggal 25 Mei yang lalu, genap 4 tahun bait Muslim ini di bina.
Moga hubungan yang terbina ini akan kekal hingga ke syurga, disulami dengan sakinah, mawaddah, wa rahmah......Ameen.


25 Mei 2007 (malam)-akad nikah


26 Mei 2007


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....


Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....


Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu


Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....


Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... ....

Amin.....



Rinduku Bertaut

Dengan Asma' Allah Yang Maha Agung.....

Cerita dah lapuk. Ni antara gambar nak pergi ambil mak abah kat LA dulu.






Suasana pilu seketika....setelah setahun lebih tidak bersua muka



Bermalam di rumah En Hazli (pegawai MIDA) di LA, California.


Depan rumah En Hazli. Terima kasih auntie and uncle sudi menerima kedatangan kami sekeluarga.

Tuesday, May 24, 2011

Alhamdulillah, rezeki anak!


Dengan Asma' Allah yang Maha Agung


Alhamdulillah dengan izinNya, pertama kali saya menang contest. Penyertaan saya saat akhir, dua tiga hari sebelum Tasneem lahir kedunia membawa tuah. Terima kasih ummu muhammad selaku penganjur MLCC. Hadiah yang saya dapat........jeng jeng jeng

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


2 x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Washable Liner
1 x Laundry Net

book mark


baju baby 3-6 bulan


p/s: moga ukhwah kita berkekalan. Ukhwah fillah abadan abada....

Monday, May 23, 2011

Rumah kembali sepi

Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Dah seminggu mak abah pulang ke Malaysia. Seminggu ni juga la saya mula belajar berdikari. Rasanya tak pernah pun cerita pasal mak abah datang sini, tup tup da balik Malaysia semula. Bukan tak nak cerita tapi tak dan huhu, alasan je kan. 2 bulan mak abah duk kat sini. Alhamdulilah terubat rindu saya pada mereka. 17 mac aritu mak abah sampai LA. Kami sekeluarga pergi jemput mak abah dekat LA. Nanti ada masa saya sambung cerita pasal ni.

Ni mak abah dah xde. Terasa sepi dan sunyi semula rumah. Abang kata ternampak2 lagi abah duk sebelah dalam kereta kalau pergi masjid. Saya apatah lagi, mak la teman saya di dapur. Tak tahu la camne perasaan Kauthar. Biasanya pagi2 dia ikut abah (aki) pergi jogging. Nak gelak pun ada kalau tengok gelagat dia pergi jogging. Ye la kan, 2 bulan hidup bersama. Abang kata dah sebati dalam diri. Lain kalau setakat seminggu dua.

Perasaan saya bercampur baur sekarang ni. Takut ada, gelisah ada, gementar ada. Semua ada. Nama je dah dua anak, tapi saya rasa ni la baru saya nak jaga anak betul2. Kauthar dulu rasanya setakat dalam pantang je. Lepas tu saya tinggalkan dia dengan mak. Allah je yang tahu perasaan saya waktu nak berpisah dengan dia dulu. First berpisah, saya tgh dalam pantang lagi, sbb nak ambil exam. Sampai demam2 saya sebab anak tak menyusu. Lepas saya hbs pantang saya buat praktikal, kmdn bulan tujuh saya dah mula kelas semula. Tak banyak masa yg saya habiskan dengan dia. Sangat sedih susu yang tgh banyak kering macam tu je. Waktu tu pengetahuan ttg pam susu ni tak mendalam sangat. Sebab tu la saya jual pam susu tusekarang ni, niat nak menolong ibu2 yang bekerjaya. hehe. Abang kata ada bnyk hikmah kenapa Allah bg Kauthar lmbt dapat adik, Allah nak kami ganti semula masa2 yg kami 'hutang' dengan dia dulu. Kauthar dah setahun lebih baru kami hidup sekali. Sebenarnya bukan dengan Kauthar je, kami sekelurga belajar hidup dalam alam rumah tangga setelah berada di sini. Walaupun sedih, saya yakin ada hikmah semua yang berlaku itu.

Dalam perasaan yang bercampur-baur sekarang ni, hanya kepadaNya tempat saya merintih dan mengadu. Hari ini hari ke-30 saya berpantang. Tinggal 14 hari lagi. Moga Dia mudahkan urusan kami sekeluarga untuk meniti hari2 mendatang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286; " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"



Mak abah kat LA, ni nak balik Malaysia dah. Tapi sebab adik2 ni book flight sgt awal dari Tucson, terpaksa la mak abah balik awal juga. Last2 10 jam kena bertapa dekat LA tu. Flight dr LA ke Malaysia kul 1245am Selasa. Tapi betolak dr Tucson 115pm Isnin.


Adik2 undergrad yang menemani abah mak balik Malaysia



p/s: saya rasa ayat saya tunggang langgang, sama mcm saya juga sekrg ni. Tengah belajar nak biasakan diri dengan kehidupan baru kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...