Tuesday, March 8, 2011

Rumah baru

Bismillah hir rahmaa nir rahiim...

Dah dekat 2 bulan duduk kat rumah ni. Baru nak upload gambar. hehe. Cerita dah lapuk pun. Niat asal nak pindah rumah, sebab nak cari suasana lain sikit. Kebetulan mak abah pun nak datang. Rumah lama, tak de tempat Kauthar nak main dan jalan2. Kauthar sekarang dah besar, dah pandai minta nak jalan2 keluar rumah petang2. Bosan agaknya duduk terperap dalam rumah dari pagi.

Tapi tu la, rumah ni, bukan rumah pun sebenarnya, apartment juga, sama macam yang lama, ada satu bilik je. Bila baca kat blog izza dan nadiah, reason diorang pindah sebab undang2 kat sini menetapkan satu rumah tak boleh lebih dari 3 orang. Rasa cuak la plak. Tak tahu sejauh mana undang2 tu berkuatkuasa kat Arizona ni. Bila tanya kak zatul, yang dah menetap kat sini lebih dari 10 tahun, dia kata tak pe je. So, tengok la nanti macam mana. Kalau kena pindah, tak tahu la nak pindah kemana pula. Rasa dah seronok duduk kat sini.

Kalau ikut harga, apartment ni memang mahal dari yang lama. Apartment lama $660, fully furnish, termasuk internet dan air, cabel tv, dekat dengan sekolah dan masjid. Tapi yang ni $783 ( ermm kalau x 3, huhu, boleh sewa banglo kat malaysia), unfurnish, yang lain tu sama macam yang dulu. Memang banyak juga la habis duit beli perabot walaupun semuanya second hand je. Beli pun kat craiglist je. Tapinya apartment ni lebih besar dari dulu, Ada view yang cantik dan hijau, ada balcony. Dekat sini memang susah nak cari apartment yang ada persekitaran yang ada pokok2 sikit. Sebab tu yang ni mahal sikit. Lagi satu yang ni jauh sikit dari sekolah dan masjid. Tpi abang still pergi sekolah naik basikal, sama macam dulu juga sebab nak jimat duit bayar parking. Abang kata seronok pergi sekolah naik basikal sebab ada kawan. Kalau pagi2 tu, berduyun2 orang pergi sekolah naik basikal. Kiranya dekat juga la dengan kawasan sekolah, cumanya jauh sikit dari dulu. Abang kata kalau kena pindah, tak nak cari rumah jauh dari kawasan sini dah, sebab takut tak mampu nak pergi masjid setiap waktu. Dekat sini ada satu je masjid, so kalau duduk jauh susah juga abang nak pergi masjid setiap waktu. Lagila sekarang dengan harga minyak yang semakin naik. Sekarang pun dah $3 lebih. Tak mustahil harga minyak Malaysia pun akan naik lepas ni.

Inilah gambar apartment sekarang ni...Ni pun ambil dari blog Yasmin. Kebetulan dia terjah rumah kami waktu halaqah pertama awal2 semester ni dulu.



Masuk rumah, ada dapur di sebelah kanan






Bar kitchen, saya sediakan bihun sup sebagai menu halaqah malam tu








Boleh buka pintu belakang tu, ada balcony, tempat Kauthar main pondok2




Ruang tamu yang besar, tempat Kauthar berlari


Laluan ke bilik air dari ruang tamu (Tombol pintu bilik air)


Mesin basuh comel 'illegal' saya


walk-in closet (kiri kanan ni closet)
Tombol pintu sebelah bilik mesin basuh tu, pintu bilik air (view dari bilik tidur)





Ini view belakang rumah, tapi bukan belakang rumah saya. Ini saya ambil dari website apartment ni. Tapi belakang rumah saya ada rumput hijau macam tu juga. Tu yang buat saya jatuh hati sangat tu. Sebab bila tension2, saya suka duduk kat balcony tu, tengok pokok hijau2, rasa tenang sikit.


Kenapa saya kata 'illegal' mesin basuh? Sepatutnya saya kena buat laundry dekat luar rumah. Pihak pengurusan dah sediakan satu tempat untuk buat laundry. Tapi sebab saya dah ada mesin basuh comel ni, saya basuh kat dalam rumah je. Saya tak pakai dryer pun. Sidai dalam rumah je. Alhamdulillah kering dan baju pun tak bau hapak. Itulah kelebihan duduk dekat Tucson ni, ada cahaya matahari yang panas dan terik. Rasa macam rugi je kalau pakai dryer tu (ayat cover sebab nak jimat duit, hehe). Kalau nak guna mesin basuh yang disediakan tu, kena bayar $1.25 per machine. Tu tak kira dryer lagi. Kalau basuh setiap hari dan darab 30 hari, parah juga la kan. So, saya pun buat jahat sikit. Dah lama saya beli mesin basuh tu. Sejak dari bulan 6 tahun lepas, Beli kat craiglist juga. Yang second-hand je dengan harga $90. Alhamdulillalh sampai sekarang elok lagi. Doa saya moga2 ia bertahan sampai saya habis duduk kat sini.

6 comments:

Hazrul-Izuan said...

alhamdulillllah.dah pandai buat comment window:)advance!

ummu muhammad said...

alhamdulillah berjaye! bestnye rumah.. ;)

Esfarizam said...

alhamdulillah berkat tunjuk majar cikgu=)

Fathunnajah said...

cantiknyer umah es...

Fathunnajah said...

cantiknyer umah es.... Home sweet home

Esfarizam said...

alhamdulillah, tapi rumah sewa je pun....bukan rumah seniri lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...