Thursday, March 3, 2011

Apa kata doktor?

Bismillah hir rahmaanir rahim

Alhamdulillah, jumaat lepas, doktor kata bacaan darah saya semua normal lepas buat OGTT tu.Alhamdulillah, syukur sangat. Kalau tak saya kena dietitician. Dapatkan nasihat nak kawal makan. huhu. Sangat tak seronok, sebelum bersalin da kena pantang banyak benda. Tapi, alhamdulillah, tak yah jumpa dietitician macam dulu.

Waktu tu, berat badan saya 124lbs~ berat kan. Abang tak habis2 kata perut saya besar. Sampai dia tanya doktor tu, anak kembar ke? Tergelak je doktor tu dengar. Sedangkan ukur lilit perut saya memang menepati 31 weeks pun. Mungkin mengandung dulu perut saya kecik kot. Sebab tu, kali ini abang kata sangat besar. Tapi saya memang rasa lain. Memang rasa perut besar. Terasa betul ada bawa benda. Mengandungkan Kauthar dulu, tak nampak sangat perut saya. Even waktu nak bersalin, berat saya paling akhir 55kg je. Tapi sekarang ni, dah lebih dari tu. huhu. Saya kata kat emak, rasa badan berat sangat. Dulu tak macam ni pun. Mak kata, dulu saya lincah kesana kemari. Ini duduk rumah je. Memang la ada beza, lagipun mengandung anak sulung dengan kedua tak sama. Kuasa Allah kan. Sejak dari alam rahim, setiap anak itu mempunyai ciri2 yang berbeza.

Mengandung anak sulung:
  • awal2 tu nak makan manis je, tu yang samapi kena GDM tu
  • selera makan pun bertambah2
  • angin sikit2 je.
Mengandung kali ni:
  • Awal2 tu, nak makan2 masam2 je
  • Tu yang sampai saya buat ikan patin pekasam. huhu. Nasib baik tetiba ada jual ikan patin kat asian market kat sini. Kalau tak telan air liur je lah.
  • Teruk saya kena angin, sampai tak boleh nak bangun. Rasa nak tidur dan baring je sepanjang hari
  • Sangat sensitif, ditambah lagi homesick ingat kat mak abah je.

Tutup cerita saya, pasal Kauthar pula.

Kesian anak ummi, tak berapa sihat. Sejak malam semalam dia demam. Ni pun tak baik2 lagi. Seharian ni meragam je. Makan semua tak nak. Nak minum susu je. Makin susut la badan tu. Sedih betul saya tengok. Tak tahu nak bagi makan apa.

Kauthar kalau bab2 makan ni, memang memilih sikit. Nasi memang dia susah nak makan. Kalau makan pun sayur dan lauk je. Lepas tu dia nak makan roti, biskut, mee. Mak kata nak ikut cara makan orang sini. Tapi saya tengok x juga. Pagi2 tu, saya bagi cereal, xnak pun dia makan. Kadang2 buntu juga saya. Puas dok fikir nak masak apa, nak bagi dia mkan. Ada sesiapa2 boleh bantu. Kot2 ada pengalaman ada anak yang agak 'picky' sikit macam ni.

Doa ummi, moga sayang ummi ni cepat sembuh. Demam sikit2 xpela. Ujian Allah nak bagi sikit. Ujian buat ummi juga moga lebih banyak bersabar. Kerap diuji tu kan tandanya kita disayangi. Cumanya jangan melarat2 sangat. Ummi susah hati ye sayang.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...