Tuesday, March 8, 2011

3 serangkai

Bismillah hir rahmaanir rahim..

Tiga serangkai? Apa yang saya maksudkan dengan 3 serangkai tu? 3 serangkai tu maksudnya kami bertiga. Bermula dengan Kauthar, umminya, dan yang terakhir abahnya. Kami bertiga semuanya diuji dengan sedikit ujian demam, batuk,selsema. Dah hampir seminggu berlarutan, alhamdulilah sekarang berada dalam fasa2 pemulihan walaupun belum pulih sepenuhnya.

Teringat saya ayat2 Kauthar waktu dia tengah demam hari tu. "Ummi, my hand is not moving". "my foot is not moving". Kalau ikut saya tak faham apa yang dimaksudkan, tapi disebabkan kasihan tengok dia, sambil menangis teresak2, saya pun ambil minyak afiat urut kaki dan tangan dia. Nasib baik saya memang ada bawa minyak tu dari Malaysia dulu. Alhamdulillah dia senyap bila saya urut tangan dan kaki dia tu.

Bila tiba giliran saya demam sampai lenguh2 kaki dan tangan. Rasa mencucuk2.Saya kata pada suami, agaknya ni la yang anak kita maksudkan 'my hand is not moving, my foot is not moving'tu. Dia tak reti nak cakap macam mana. Itu jela yang mampu dia luahkan bila kaki dan tangan dia lenguh2 tu.

Abang kata, kalau Ummi demam, tak berasap la dapur kita. Saya mengusik dia, Allah bagi ummi rehat sekejap, masa ni la abang nak tunjuk bakat terpendam di dapur. Alhamdulillah, terima kasih kerana menunaikan hajat saya nak makan mee kari ye cik abang. Boleh tahan juga la rasanya walaupun ni pertama kali abang masak, dan saya da siapkan semua bahan2nya. Tinggal campak je dalam peruik. hehe =)

Dalam tempoh demam ni, Kauthar suka betul lagu doa makan ni. Sekarang ni, dia dah pandai baca doa nak tidur dan makan sikit2. Agaknya bila dengar doa tu kat youtube, dia rasa seronok bila dia dah tahu sikit2. Tu yang asyik2 mintak nak dengar je tu. Saya kongsi link doa tu kat sini. Mana tahu ada yang berminat, boleh ajar anak2 juga=)


ya Allah, moga dengan sedikit ujian ini mendekatkan lagi kami kepadaMu....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...