Thursday, March 10, 2011

Pecah rumah!

Bismillah hirrah maa nir rahim...

Petang semalam kami sekeluarga menghantar seorang adik junior ke airport. Sepatutnya flight dari Los Angeles ke Malaysia pada pukul 11.00 malam. Tetapi, terkejut saya bila dapat berita yang dia masih lagi berada di LAx sekarang ni kerana ada masalah dengan kapal terbang. Sepatutnya sekarang ni dia sudah berada di Malaysia. nasib baik pihak pengurusan ada provide hotel untuk bermalam, kalau tak lagi sedih dan letih menuggu di airport tu sejak dari petang semalam lagi. Lebih menyedihkan kerana tujuan dia pulang ke Malaysia adalah untuk bersama-sama meraikan perkahwinan kakaknya pada hari Jumaat malam nnti. Sabar ye adikku. Insya allah ada hikmah disebalik semua ini. Kak es doakan moga Husna dapat juga pulang ke Malaysia dan sampai dengan selamat. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.


Baru tadi juga saya dapat berita rumah kak Zatul kena masuk pencuri malam tadi. Inna lillah, terkejut saya mendengarnya. Nasib baik mereka sekeluarga tak ada apa2. Menurut kak zatul, pencuri tu tak masuk rumah, cuma dia curi barang2 dalam garage je. Tapi masalahnya habis semua barang2 kerja abang Soyuz (suami kak zatul) dalam garage tu kena curi. Abang Soyuz ni sebenarnya kerja pasang2 karpet tu, ala2 gitu la, saya pun x reti juga la nak terang. Tapi kak zatul kata total semua brang2 yang hilang tu dalam $5000 juga la. Tapi alhamdulillah pihak polis ada jumpa finger print, moga2 dapat la tangkap siapa yang curi tu. Pihak insurance pun akan bayar ganti rugi sikit. Walaupun tak banyak, kira boleh la. Allah hu akbar, termenung saya seketika dengar berita ni. Kalau Allah nak bagi ujian, sekejap je. Tanpa kita sangka ia datang dengan tiba-tiba.. Doa saya moga kak Zatul sekeluarga bersabar dan tabah dengan ujian Allah ini. Insya allah yakinlah, ada hikmah yang tersembunyi.

Sebut pasal pecah rumah ni, teringat saya zaman belajar dulu. Waktu tu saya final semester. Satu malam tu, bilik saya kena masuk pencuri. Sampai bila2,saya tak kan lupa peristiwa tu. Habis modem internet, wallet saya dan roomate sebelah kena ambil. Dia hanya sempat masuk compartment saya dengan kawan sebelah. Dua compartment lagi dia tak sempat nak masuk sebab saya terjaga. Tak boleh saya bayangkan macam mana dia cross badan saya yang tgh tidur ambil modem tu. Waktu tu saya tertidur dengan lampu yang terpasang dan laptop atas katil sambil menyiapkan thesis akhir tahun. Wallet saya waktu tu ada atas meja study. Kakak saya kata nasib baik dia tak buat apa2 kat saya. Dia ambil modem internet tu je. Kalau tak, Allah je la yang tahu. Kalau ingat2 balik, rasa takut dan ngeri sangat. Saya jadi sangat fobia lepas tu. Lebih2 lagi saya nampak sekali imbas rupa pencuri tu, walaupun tak jelas sangat sebab saya tak pakai cermin mata. Lama juga saya panik bila nampak ada orang asing dalam bilik. Lepas tu barulah saya bersuara kejut roomate yang lain. Bila semua dah bangun, kami tengok pintu bilik terbuka dan ada kunci pada pintu. Bila dah siasat, rupa-rupanya pencuri tu ambil kunci dari tingkap kawan sebelah bilik saya yang hilang wallet juga tu. Kunci tu dia letak atas meja study. Kebetulan tingkap dia memang tak boleh tutup rapat sangat. Kami duduk tingkat bawah sekali, so,memang agak berisiko la. So, pencuri tu guna kunci tu untuk masuk bilik kami. Alhamdulillah, apa pun kami semua selamat dan tak diapa2kan. Moga2 lepas ni ia mengajar saya supaya lebih berhati2 dan berwaspada dalam apa jua keadaan.

Sesungguhnya yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...